Pages

Sunday, 21 October 2012

Fatimah Syarha at Puncak Alam


Semalam merupakan hari yang paling meriah di UiTM Puncak Alam. Mula-mula kedatangan Hilal Asyraf memenuhi slot pagi 8.30-10.30pagi.. Kemudian pada pukul 11.00pagi -1petang di hiasi dengan mutiara kata  daripada Fatimah Syarha.

Tapi sayangnya kehadiranku hanya sempat di penghujung saat dan ketika sesi bersoal jawab bersama Fatimah Syarha. Walaupun atas keterlewatan tersebut , ALHAMDULILLAH.. input yang aku dapat disaat pengakhirannya sangat SUPERB! Aku memang tersangat mengagumi isteri kepada Dr. Farhan Hadi ni.. bijak dalam bertutur kata, lemah lembut dalam setiap gerak-gerinya... Antara kata-kata beliau yang aku masih ingat..
Kita kalau nakkan suami yang elok jangan anggap diri kita ni keji, jangan anggap kita tak layak untuk diIMAMkan oleh seorang lelaki yang soleh. Mintalah padaNYA. Berdoa yang baik-baik. =)

Aikk.. kenapa boleh keluar SUAMI pulak ni? Aku pun konfius.. dah nak kahwin sangat ke GBM oii.. Isyk takdelah.. Dah time aku masuk dewan ni tetiba ada seorang hamba Allah ni bertanya..

"Ustazah, orang kata lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Macam mana pulak kalau kita dulu jahat, selalu buat dosa..keji.... Kalau kita bertaubat kita masih tak layak ke nak mendapat pasangan yang baik?"

Tersangat unik soalannya kan??? Dulu pun aku pernah terfikir akan soalan sebegini..tapi tak tahu nak bertanya pada siapa. Alhamdulillah.. terima kasih kepada yang sudi bertanya.



SubhanAllah... cantiknya ciptaanMU..



Slot Hilal Asyraf aku tak sempat nak join langsung disebabkan keterlibatan aku dalam eksplorace Misi Mencari 10 Muwasafat Tarbiyah. Seronok.. 1 group 4 orang.. 2 junior, 2 senior. Bergabung meletup ahh! Hehehe.. Ni kali pertama aku terlibat dengan aktiviti yang melibatkan permainan lasak dengan junior optometri first year. Orintasi yang haritu memang ada, tapi aku tak sempat lansung nak beramah mesra dengan mereka. Maklumlah time tu aku and the 41 house the geng sendiri yang plan eksplorace tu. Mana nak reka game, mana nak jaga checkpoint, mana nak bagi markah lagi.. Fuhhh.. memang masa sangat mencemburui kita kan?


Yang tudung hitam tu organizer.. Yang tudung putih dari kiri; Amal, GBM, Fatin, Ezzaty

dan bila kita mendefinisikan menunggu itusebagai tanda redha,maka bukankah detik menunggu itu perlu dilalui dengan rasa senang hati?dengan rasa percaya dan redha sepenuh hati?bukankah penantian itu perlu diisi dengan perkara-perkara yang memberi nilai tambah pada diri?
Sekian,

2 comments:

Nurfatin Atikah said...

Explorace BEST! :)

Gadis berkaca mata said...

kan.. org len 10.. kite 9 jewwww...