Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu sudah hampir berkunjung tiba. Dimana semua student UiTM diberikan pelepasan untuk menghabiskan masa sebanyak 24jam x 12 bersama-sama keluarga tercinta sambil menikmati hidangan daging korban yang... perghhh... segar dan sedap! *Jelas terpancar kerinduan terhadap cik lembu. muehihihi..
Pukul 9 pagi, InsyaAllah perjalananku bergelar seorang musafir bakal bermula. Rabbi Yassir Wala Tuwassir. Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.
Tapi!!!! Yang nak ditekankan dekat sini bukan berkenaan lembu mahupun raya haji mahupun tentang keluarga aku yang hanya sempat untuk aku rindui selama 1bulan setengah maklumlah hari ni kan nak balik.. dah jumpe hilanglah rindu tu. Tapi ini mengenai tentang apa jerr aktiviti yang boleh aku lakukan sepanjang percutian tersebut.. WAAAAA.. Rasa macam nak nangis...!!!
"Relax GBM.. Cool down..!" Hidup sebagai student Optometry perlu sentiasa optimis. You are apart to be a CLIMBER! So, always think positive. Apa nak risau.. Allah tu Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengasihani, Maha Teliti atas segala-galanya.. Dan DIA tidak akan menduga seorang hamba diluar kemampuan hambanya.
Ala, setakat balik daripada cuti minggu pertama hari selasa test Light And Colour Perception, hari rabu test Pathology, hari khamis test Ocular Anatomy tu.. apalah sangat.. "Senang" je... Tu semuakan ada kaitan dengan Biology.. Semua menghafal je.. GBM kan memang "Terer" giler keje-keje menghafal ni..
Atas ke"Terer" an tersebut.. terpaksalah bawak balik buku "senipis" 1 set kertas A4 versi YELLOW sebanyak 3 ketoii. Syabas GBM. Semoga menjadi insan yang paling TABAH antara yang paling TABAH. REMEMBER that ALLAH is always there. =)
Sir Saiful- Lecturer Light and Colour Perception |
In order to be a CLIMBER, what they need is always trying to be positive, creative and innovative. They are the saver to others. They are the solver to many things. No matter how tough it is.. they will take it as a challenge for them.- Sir Saiful
Sekian,
2 comments:
Entri Yang Best :)
Dah Lama Follow Blog Awak . Follow Blog Ni Kalau Sudi :)
http://mynameishafizah.blogspot.com/
ayuh menjadi CLIMBER! :)
Post a Comment