Pages

Sunday 14 October 2012

First spectacle made by ME!

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdullillah...

Fuh, FINALLY akhirnya berjaya jugak aku menyiapkan task yang pertama kalinya.. begitu... MENARIK dan MENCABAR!

Untuk semester kali ini kami pelajar tahun 2 dikehendaki menyiapkan spec sebanyak 5 ketoi.. dan lecturer akan menilai atas setiap ketelitian dan kekemasan atas setiap spec yang dihasilkan. Pada akhir semester nanti the highest 4 spec will be taken. Minggu lepas telah bermulanya kisah tersebut dimana kami masing-masing perlu memotong former dan memotong lens sesuai dengan spec yang telah diberi. Untuk tugasan pertama, spec ber'frame'kan full plastic diberikan kepada setiap pelajar. Maka... 'gerrrrrrr....kreeeeeengggg..kreeeekkk..' bermulalah sesi permotongan tersebut..

Haruslah merah.. My febret wavelength. =)


 Amacam? Cantik tak? hihihi.. Sebenarnya spec aku ni takdelah menjadi sangat sebab lens sebelah kiri aku terover corrected plak.. sampai longgar skit-skit nak terlondeh dari frame. Tapi lecturer aku cakap.."Takpe, ni sebab awak first time buat.. nanti dah lama-lama mesti okey. "


Prasan tak yang frame seketoi kat bawah yang ada lubang banyak-banyak tu? Yang tu nama beliau adalah former. Beliau ini sangat penting sebelum proses pemotongan lens terjadi. Sebab beliau ini bertindak sebagai acuan kepada lens yang hendak dipotong. Former ini perlu dipotong dengan baik dan TELITI. Salah satu faktor yang selalu terjadi kecacatan pada lens adalah disebabkan former anda yang tidak dipotong dengan baik. 

Minggu sebelum minggu pemotongan lens tu kami bertungkus lumus memotong si former ni lah. Selagi benda ini tidak di siapkan selagi itulah yang namanya spec tidak akan terhasil.

Spec dilatari oleh bakal-bakal optometrist Malaysia. Wow. TERBAIK!

Minggu ni iaitu besok yang bersamaan dengan hari isnin 15 oktober kami bakal menyiapkan spec full metal frame pulak. InsyaAllah..  
"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"Maksud: "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"





*******************


p/s:  sekarang OPTIMIST UiTM Kampus Puncak Alam sangat busy dengan pilihanraya. Hari Jumaat ini keputusan undian bakal diumumkan. InsyaAllah. Will be update soon. InsyaAllah. =)

Sekian,

2 comments:

Unknown said...

wow....bestnya da dapat buat spek sendiri..lps ni tak yang g kedai da...hehe

Gadis berkaca mata said...

InsyaAllah.. itu yang dihajatkan. =)