Pages

Thursday 11 October 2012

Stereopsis test a.k.a 3D test

Kalau sebut stereopsis mungkin ada yang geleng kepala, ada yang garu kepala, ada yang ternganga mulutnya.. lalu mulutnya lantas mengeluarkan suara.. "Apakah itu?" 

Stereopsis ini adalah nama test untuk chek penglihatan 3D kita. Sama ada 2 mata kita berfungsi dengan baik ataupun tidak. Ala, yang macam korang tengok citer 3D dekat pawagam tu.. Hahh.. lebih kurang lah tu. Tapi untuk test yang ni kita gunakan buku khas. Buku untuk stereopsis test ni ada banyak jenis..

 Titmus Fly Stereotest 
Yang ni yang selalu aku guna dalam lab sebab yang ni paling senang. hihihi. Sepanjang test berlangsung, patient akan diberikan seketoi spec yang memang dikhususkan untuk tengok 3D. Ala, yang macam korang tengok 3D dekat pawagam tu jugak lah.. mesti dia kasi spek kan. Untuk result kita akan record  berdasarkan berapa degree kadar floating gambar yang patient dah tak boleh baca. Contohnya patient aku haritu mendapat:

25 degree @ 40cm

Maksudnya patient tersebut, gambar yang beliau tidak mampu lagi untuk melihat floating pada angle 25 degree pada jarak 40cm. 

Biasanya untuk mata yang normal, beliau tidak boleh membezakan object yang floating ini maximum pada angle 40 degree @ 40cm. Ini maknanya, patient saya yang diatas masih dikategorikan sebagai normal eyes. 

Untuk memberi gambaran yang lebih kepada you alls, ni antara gambar during the stereopsis test:


Nak suruh patient sebut dekat mana beliau nampak floating boleh.. nak suruh beliau tunjuk dimana kedudukan floating tersebut pun boleh.. 


Dah macam orang buta pulak aku tengok. muehehe.

TOPUP ILMU: Stereopsis adalah penglihatan yang menggunakan 2 belah mata. Mereka yang mempunyai masalah pada salah satu mata akan mengalami masalah semasa ujian stereopsis dilakukan.


p/s: Nak tahu sejauh mana penglihatan 3D anda? Jom berkunjung ke kedai Ui Vision kami yang terletak di dalam kampus UiTM Puncak Alam. Your vision is our priority. =)

Sekian,

2 comments:

mohamad rivai said...

masih belum paham.
belum pernah coba soalnya..

Gadis berkaca mata said...

hurm.. cuba kamu baca disini http://webvision.med.utah.edu/book/part-viii-gabac-receptors/perception-of-depth/
Semoga dapat membantu. =)