Pages

Wednesday, 23 January 2013

Hadiah dari cikgu

Selalu kita dengar anak murid yang bagi hadiah kat cikgu-cikgu mereka. Jarang sangat kita dengar anak murid dapat hadiah daripada cikgu. Kalau dapat pun mesti sebab dapat nombor satu dalam kelas, dapat markah paling tinggike.. Zaman sekolah rendah dulu selalu jugak lah dapat hadiah masa kelas matematik. Cikgu matematik tu garang baq hang. Skali bagi homework beratus-ratus soalan. Memang keje giler ah. Hari ni bagi homework, esok mintak nak semak. Wohh.. kedarah molek. Tapi, garang-garang beliau anak murid beliau semua majoriti dapat A untuk subjek matematik. Beliau dah cakap awal-awal, setiap kali exam sape dapat A, cikgu akan bagi hadiah. Kalau sekelas yang dapat A, sekelas jugak cikgu akan dapat hadiah. 

Woo.. meloncat-loncat semue time nak terima hadiah. Antara hadiah yang aku ingat adalah hadiah berupa sebuah buku nota pooh yang sangat cantik bewarna ungu. Hadiah ni aku ingat sebab hadiah ni je yang bertahan sampai sekarang. Itu yang kelas matematik jelah yang terer sket, yang lain macam.. hurm.. hurm... hurm.. "tett".

Baru-baru ni masa study week 2 minggu lepas kot, aku call mak aku, saje-saje nak release tension. Adik aku si mekni ni beria plak nak cakap dengan aku. Pehal plak budak ni.. jarang sangat ah bila aku call mak aku dye nak layan aku ni. Rupa-rupanya nak cakap, "Tadi Uni jumpe Cikgu Aniza dia bagi hadiah suruh bagi kat kakak." Aku pun.. macam.. "Iye ke.. iye ke.. iye ke??" Macam tak percaya plak. 
"Hadiah apa?"
"Hadiah buku.. Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia."
"Aik, guane Uni buleh tahunye?" 
"Ayah bukak siap bace doh buku tu.."
"........ okey. Ayah punya pasal... pasrah...."



"Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling indah akhlaknya"
Macam mana cikgu aku boleh kenal adik aku? Sebabnya.. adik aku tu satu sekolah rendah dengan sekolah rendah aku dulu.. Pelajar sering bertukar tapi cikgu masih cikgu yang sama. Betapa hebatnya insan yang bernama cikgu ni kan? Semua adik beradik aku daripada kak long sampailah ke adik aku yang paling bongsu, si mekni semua bersekolah di sekolah rendah yang sama. 

Antara kata-kata yang paling menarik yang terkandung dalam buku ini adalah..
"Sering kali sepatah kata yang diucapkan oleh seseorang dapat membuatkannya melayang-layang di Neraka selama 70 tahun lamanya." Riwayat At-Tirmizi

I learn something from this. Berhati-hati dalam setiap pertuturan. Kerana adanya mulut, adanya lidah. Kerana adanya lidah, hati yang sering terkesan. Terima kasih cikgu. Hadiah yang sangat berguna. InsyaAllah, saya akan cuba memanfaatkannya sebaik mungkin. =))






Sebagai blogger, penting bagi kita untuk menjaga peradaban dalam penulisan kita. Ya, memang betul.. penulisan itu tidak melibatkan lidah untuk melahirkan pertuturannya.. Tapi jangan lupa yang orang yang membaca mempunyai lidah untuk membaca, dan hati untuk memahami. Nasihat buat diri sendiri jugak. =))

p/s: Betulkan saya andai kata terdapat salah dan silap sepanjang berkecimpung dalam dunia blogger. Saya budak masih memerlukan tunjuk ajar. Terima kasih. =))

Sekian,

1 comment:

Nurfatin Atikah said...

bestnyaaa ada cikgu ingat..