Pages

Tuesday, 22 January 2013

Kesinambungan RIBET

Sekarang ramai orang heboh pasal ribet. Nak beli henfon tu lah.. nak beli henfon ni lah.. Tak perlu nak tengok contoh yang lain pun.. contoh terdekatnya aku lah. Turut terkene tempias godaan hawa nafsu. Konon -konon nak besemart fon lewww sangat. Ya, aku faham hasrat kerajaan yang sanggup melaburkan RM200 kepada anak-anak muda yang berumur 21 dan keatas yang cukup syaratnya semata-mata untuk memastikan  rakyat celik IT. Masalahnya IT tu sempat celik ke tidak?

Jutaan terima kasih  kepada yang pemberi ribet dari saya yang bakal berusia 21 tahun pada pertengahan bulan september nanti kerana anda telah berjaya memberi harapan kepada saya untuk memiliki sebuah smart fon ala-ala galaxy note II yang megah diperkatakan hari ini walaupun harapan itu cumalah palsu belaka. Marah? Oh.. tidak..tidak! Malah aku rasa sangat bersyukur.. Kerana dengan harapan itu telah mengajar aku untuk banyak belajar erti kesabaran. 

Sabar dalam mencari kedai yang dapat menggunakan ribet ni. Walaupun masuk kedai ke 10 kalinya barulah jumpa. Sabar dalam menceruk kesibukan jalan raya. Walaupun parking sekarang memang bukan free. Sabar dalam mendengar bleberlan dari kakak aku. Walaupun padahal masa tu memang aku pun rasa macam dah nak giveup. *Giveup? Macam frust menonggeng je bunyinye. Sabar dalam menerima hakikat yang apabila seseorang ingin mengadaikan ribetnya seseorang itu perlulah memilih sama ada hendak menggunakan plan postpaid atau plan prepaid.


* Pamplet yang diberi sendiri oleh pekedai tersebut. 


Walaupun masa tu aku macam ... "Apeeee!!!!!" Mulut menggeletar, mata menjegil, badan terkaku saat penjaga kedai tu cakap dengan aku. Samsung Galaxy SIII- Harga asal RM1999, harga ribet RM1799. Itu pun terpaksa memilih plan prepaid baru. "Tapi cik kenapa kedai yang saya pergi sebelum ni ada yang lagi murah daripada harga selepas ribet ni, RM1795." *Murah RM5.. banyak kot.. kalau tak dah boleh beli nasi briani mamak sebungkus. Perut kenyang, hati riang. 
"Memang. Memang kalu cik pergi kedai kat luar lagi murah daripada harga ribet. Saya pun tak tahu kenapa." 
Pulak dahhh... 

Tak pe GBM.. Niat mesti ikhlas.. Nak tukar fon baru tak semestinya kena guna ribet. Nawaitu kena betul. Nak tukar fon tukar je.. Kalau ribet tak nak kasi murah, kite cari kedai lain. Yang penting niat ikhlas untuk tukar fon terlaksana. Orang lain besemart-semart blake, kite pun mesti kene semart jugop. Tak gitu?



p/s: Entry ni sekadar meluahkan rasa kekecewaan. Bukan aku kecewa sebab aku tidak cukup umur untuk tuntut hak ribet tu.. Aku boleh mintak dengan kakak aku bile-bile mase je aku nak. Bukan aku kecewa sebab aku tidak dapat nak beli henfon baru gune ribet tu. Tapi aku kecewa.. kenapa perlu kami ini diberi harapan sebegitu melangit sedangkan harapan itu tidak sebegitu. Apa yang aku boleh katakan disini memang pemberian ribet ini sekadar indah kabar dari rupa. Awalnya pemberi harapan untuk kami pelajar-pelajar yang masih belum mempunyai pendapatan untuk menikmati smartfone dengan harga yang lumayan, tetapi di pengakhirannya pemberi seribu kekecewaan. 

p/s lagi: Cuma satu yang aku tak faham kat sini, kenapa perlu pilih plan prepaid atau postpaid? Beli macam tu terus tak boleh ke? 

Sekian, 

1 comment:

pHoenix said...

I hope a rebate that would be available for food, as I live to EAT