Pages

Saturday, 19 January 2013

Jom Check Mata

17-18 Disember yang lalu OPTIMIST UiTM telah terlibat dengan program jelajah Malaysia JCM bertempat di SMK Seri Selayang. Ini adalah JCM yang pertama yang aku sertai..sebelum ni JCM pernah diadakan di Pekan, Pahang sebagai lokasi pertama. Lokasi di Pekan, Pahang aku tak berkesempatan nak join disebabkan ketaksuban nak makan daging lembu terlampau. Masa tu masing-masing tengah sibuk-sibuk buat preparation untuk Raya Aidiladha.. nak gadaikan cuti raya haji macam.. haaaaa.... errrrrrrr.... hurmmmm.. cukup 10kali pikir. Memang la... TAK SANGGUP!! Astaghfirullahalazim.. Tak patut betul kan?

Pengalaman pertama menyertai JCM.. berhadapan dengan masyarakat yang sebegitu ramai.. buat kali pertamanya.. Fuhh.. ketaq lutut jugak ah.. Cuak memang tak tahu nak cakap. Aku join sesi tengah hari bertarikh 18/12 bermula dari pukul 12tengah hari sampailah pukul 5petang. Screening diadakan di dewan SMK Seri Selayang. Ada 7-8 kaunter macam tu ah kalau tak silap. Boleh tengok kat sini.. dah diupdatekan di blog OPTIMIST UiTM sendiri.

Autoref

Untuk permulaan aku pilih nak jaga kaunter autoref.. senang! Tekan-tekan.. keluar result refractive power untuk mata patient, tulis pada borang patient dan.. tadaaaaaaa.. siap! Mudah bukan? Tapi skali tengok patient first-first yang datang pada aku.. lelaki yang agak berusia bermata sepet. Mata hitam yang nampak cuma sejemput.. Untuk pengetahuan semua, mesin autoref ni takkan keluar result selagi anak mata hitam tak fully detect. Ok rilex-rilex... "Takpe GBM. Jangan Gelabah.. Take this as a challenge. Setiap masalah ada penyelesaiannya.." Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim... aku mulakan dengan mata kanan.. bermula dengan 1 minit.. 2 minit.. tak lepas-lepas jugak.. result tetap tak mahu keluar.. Aku pun dengan gugup bercampur ayu mula bersuara, "Pakcik, minta maaf.. mata pakcik kecil sangat mesin tak boleh nak detect.. boleh tak pakcik besarkan sedikit mata pakcik." Sepatutnya examiner yang patut pegang dan tahan kelopak mata patient kalau case yang macam ni.. barulah mesin boleh dengan lancarnya mendetect. Tapi sebab lelaki. pulak tu aku ni first time jaga menda alah ni.. errrrr... errrrr.. gemuruh punya pasal, otak yang kena tempiasnya. Tak dapat nak pikir dengan baik.

5 minit berlalu aku masih tak dapat detect apa-apa.. walhal sebelah mata pun. Ya Allah..teruknya aku ni. Sepatutnya seminit dah boleh siap. Kesian dekat patient.. mesti mata beliau telah penat. Apa aku buat ni?? Mendera mata patient yang sememangnya tidak bersalah.. Last-last rakan lelaki 1 batch datang tolong. tak sampai 2minit.. settle masalah.

Lepas dari insiden tu aku give up. Isyk.. sumpah tak berani buat dah. Aku pun ambil keputusan untuk tukar je kaunter dengan rakan aku tu. Aku jaga kaunter Visual Acuity, dia ganti aku jaga autoref pulak.

Kaunter Visual Acuity
Seronok jaga Kaunter VA ni.. dapat beramah mesra dengan patient.. Sebab VA ni subjective refraction, yang memerlukan respon daripada patient tu sendiri. Kalau Autoref tadi objective refraction, yang bergantung kepada mesin semata-mata tanpa perlukan respon daripada patient. Lama jugak lah aku jaga kaunter ni.. dalam 2jam lebih tak silap. Seronok. Aku jatuh hati dengan VA!

Lepas solat zuhur kami tukar-tukar shift plak.. Aku dikehendaki kembali ke mesin autoref tu balik. "Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya. Kalau semua baby-baby di dunia fikir macam aku.. sampai bila mereka ni tak dapat berjalan dengan baik. Dah tu kalau nak try jalan skit jatuh balik.. mestilah sakit kan." So, sekali lagi aku take it as a challenge. Sekarang aku sorang je dekat kaunter tu.. rakan-rakan semua dah ke surau. So nak tak nak.. semua bergantung kepada aku. Dan alhamdulillah.. setelah cuba melakukannya keatas beberapa orang patient akhirnya aku berjaya. Yeyyy.. Alhamdulillah.. Dan mahir pun... sikit-sikit...


Khusyuk molek tuh.. haha.. Maaf yer kawan-kawan. Buat pengetahuan semua gambar diatas adalah sewaktu aku di kaunter Tonometer untuk check kadar tekanan mata patient. Dekat mesin autoref takde orang nak tolong snap. Semasa 30 minit yang terakhir aku berhijrah ke kaunter tonometer. Saje nak timba ilmu.. minta rakan tolong ajarkan cara nak menggunakannya. Sepatutnya mesin ni dihandle oleh senior 4rd year. Tapi disebabkan 4rd year masa tu tengah sibuk handle kaunter slit lamp dan funduscopy, kami pun gantilah sekejap. 




Alhamdulillah, banyak yang aku belajar daripada penyertaan jelajah JCM kali ni. Seronok. InsyaAllah, kalau ada kesempatan aku nak join jelajah JCM di negeri kelahiran sendiri pulak. Nanti boleh ajak mak, ayah, pakcik, makcik, toknyang semua datang. Korang pun nanti kalau JCM berada di lokasi tempat anda jangan segan-segan nak datang. Free je tau. Kami disini sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda =))

p/s: Mata pun salah satu aset penting dalam kehidupan, bukan?

Sekian,

No comments: