Pages

Tuesday, 29 January 2013

Suka lelaki yang jujur

Aku tertarik dengan kata-kata seorang ustaz yang berkongsi ilmu melalui IKIM.FM semasa aku dalam perjalanan ke rumah datuk aku.



"Saya paling geli apabila ditanyakan soalan, apakah ciri-ciri lelaki idaman awak? si perempuan menjawab saya sukakan lelaki yang jujur dan ikhlas."

Kenapa ustaz?


" Sifat lelaki itu yang paling utama adalah susah untuk bersifat jujur."
Contoh situasi pertama, kalau isteri masak tak sedap, tapi si suami cakap 'Boleh tahan Yang masak, mintak tambah kicap sedikit.' Tambah kicap tu maknenye tak sedap lah mek oiii..!! Tapi si suami Tak JUJUR, Menipu HARUS sebab nak jaga hati isteri. Itu dibenarkan dan digalakkan oleh Rasulullah, demi menjaga hati isteri yang telah berpenat lelah masak untuk si suami. Contoh situasi ke dua, Isteri masak ikan pari tiga rasa sedap sampai tambah 3 pinggan, tapi bila si isteri tanya, sedap ke tidak bang? si suami jawab..'boleh la..' Boleh lah je?? Tapi tambah tiga pinggan bohhh. Napok benor nipunye.. -.-


Ihsan Google
Kenapa lelaki tidak di benarkan mengeji dan memuji isteri dalam bab masakan?
1. Sebab takut kalau di keji, si isteri boikot tak nak masak.
2. Sebab takut kalau di puji, hari-hari si isteri akan masak masakan yang sama buat si suami. Payah jugak tuh!




Bila di pikirkan apa yang diperkatakan ustaz tu betul jugak. Nak-nak kalau para isteri yang kurang mahir dalam masakan ni masak tak sedap, lepas tu si suami jenis lurus bendul asal cakap ikut kebenaran yang benar lagi tulus ikhlas "Awak masak tak sedap langsung, pahit mengalahkan petai." Fuh sentap. Mahu 3 hari 3 malam si isteri boikot dengan si suami.

Bukan ke lebih indah kalau si suami itu turut sama membantu isteri dalam memasak. Sama-sama belajar dan sama-sama berusaha untuk memperbaiki gaya memasak. =)) 

Sekian,

2 comments:

Nurfatin Atikah said...

semoga GBM dapat lelaki idaman yang dicari.. hehe ;)

Gadis berkaca mata said...

aameen. moga kamu pun begitu. :))