Dulu masa zaman-zaman matrik kedah dulu selalu kawan-kawan bising tentang Radix FC. Radix FC sedap la. Radix FC murah.. Masa tu aku macam katak dibawah tempurung, bengong-bengong sket. Radix FC?? Apekebende Radix ni? Nama kumpulan penyokong bola sepak baru ke? Apasal aku macam tak penah dengar pun. *Ceh. macam pro je bab-bab bola kan.
Rupa-rupanya kedai makanan segera.. aku pun macam.. "Ooooooo... ye ke. " Maaflah.. ter'darat ulu' seketika. Dah nama Radix Fc.. aku ingatkan Radix Fan Club la kan. Rupa-rupanya Radix Fried Chicken. muehehe. Patutlah dey'ollzz cakap sedap la.. best la.. Tapi aku tak pernah pergi pun sebab tak kenal tempat. Aku jarang shopping tempat luar kawasan Changlung. Sebab tu macam terdarat uluss bila ada orang tanya mana-mana tempat di kedah. Jangan kata di kedah, di Terengganu sendiri pun aku boleh tersesat kalau jalan sorang-sorang.
Baru-baru ni aku baru tahu yang Radix FC ni ada jugak cawangan di K. Terengganu. Fuh, see..yang ni lagi kejam. Tanah kelahiran sendiri boleh plak tak tahu. Aku tahu dari kawan aku, haritu masa bulan Ramadhan kitorang ingat nak adakan iftar ramai-ramai kat sini. Tapi dicancelkan saat akhir kes takot jem stobery cinta di tengah jalan. Karang iftar kemana, terawih kemana..
Hari Isnin yang lalu, demi melunaskan hasrat yang tersimpan berbulan-bulan.. oppss silap.. bertahun-tahun lamanya (sejak matrik) akhirnya sampai jua aku di Radik FC berkat usaha pengorbanan rakan-rakan yang sudi mengorbankan kenderaan mereka untuk dinaiki oleh we'ollzzz.. Thanks Sahabat! Anda meme sahabat yang baik. Semoga kalian sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, amennn.. *Touching :')
The Radix FC |
Dan jugak Chicken Chop!!! yang sebahagiannya sudah selamat ditelan akibat kelaparan terlampau.
Tak tahu keje sape lah ni.. Pandai ye.. kate nak pinjam fon. rupa-rupanya ambil partime jadi paparazi dalam diam. Haiiippp!
Hari itu aku telah menjadi The Incredible Hulk versi pink. Nasib baik kulit tak pink. Dengan izin Allah, mulut yang sentiasa melafaz kata-kata dusta lagi nista terhadap pink berbalik kepada aku. Kawan-kawan semua terkejut melihat, lagi-lagi yang duduk sebelah kanan aku tu.
Katanya, "Padan muka! Dulu kata benci pink.. pink dok comey. pink dok menarik.. kan dah termakan diri sendiri." Hah.. sekarang kite tengok sapa yang menarik sapa yang tak ni??
*Moral of the story, jangan keji sbelum mencuba. Kenapa? Kerana, setelah diteliti di hadapan cermin.. eyh, ayu plak aku tengok warna pink ni. Ok, part ni sesi tekan lift masuk sorang-sorang!
Komen aku, okey lah.. boleh tahan.. harganya pun memang standard student seperti kami. Kalau nak dibandingkan dengan kfc, aku rasa lebih baik jangan dibandingkan. Sebab kalau bukan kita yang sokong produk malaysia buatan orang Islam, siapa lagi? Sampai bila-bila pun kaum kita takkan maju kalau kita sendiri yang tak memberi sokongan terhadap orang kita. Pilihan semuanya terletak ditangan kita. =))
PEACE!
Happening baik punya. Satu restoran meriah dengan suara gegurlzz weollzz! =) |
Seorang teman sejati akan membuat kita senang dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingat kita dalam doa-doanya.
Uhibbuki Fillah ya sahabat. <3
p/s: Boleh ke sini untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai cawangan Radix FC yang terdapat di Malaysia.
Sekian,
3 comments:
kte pernah makan RFC sekali je, masa kat mrsm merbok dulu.. ;)
pernah dengar orang ckap tapi sampai skarang tak jumpa cawangannya kat area bangi or kajang.huhu.
yeah teman yg baik ialah yg membawa kita ke syurga :)
:))
Post a Comment