Pages

Sunday 20 January 2013

Terasa bagaikan anak tunggal

Dulu memang aku selalu berangan.. kan best kalau aku anak tunggal.. Nak mintak apa-apa mesti dapat. Kasih sayang tak perlu lah nak kongsi-kongsi.. Perhatian memang gerenti terfokus dekat aku sorang je.. Wahhh.. BESTNYE!!!

Tapi.. hakikatnya yang perlu aku terima sekarang adalah aku mempunyai 2 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan dan 2 orang kakak. Semua mempunyai pasangan masing-masing kan.. Aku je sorang yang keseorangan tanpa ada pasangan. Sob3. Sedih? Iskk.. Nak sedih buat apa.. pasang tak pasang sangat ah.. kasih sayang mak ayah bagi tetap sama okeyh.

Kalau zaman sekolah dulu, Ya Allah rasa tak nak balik je rumah.. kes sebab bising. Maklumlah bila ada adik-beradik 7 orang.. masing-masing dalam kategori bawah umur.. Kalau balik comfirm gaduh dengan adik-adik aku. Macam orang terencat akal. Berebut itulah.. berebut inilah.. pernah sekali tu aku gaduh dengan adik aku siap main tark-tarik rambut, tendang-tendang kes berebut seketol kerusi yang paling center dengan TV. Bila pikir-pikir balik.. Macam orang tak de akal je. Kerusi je ponnn.. sampai tendang-tendang habis lebam-lebam. Ni semua salah setan sebab menghasut. Astaghfirullahalazim,..

*Gambar Aidlifitri yang lalu. 

Sekarang semenjak dah bergelar mahasiswa, rasa macam Ya Allah.. Bila nak balik ni? Bila nak balik.. Oh, masa.. tolonglah bergerak dengan cepat. Aku nak balik.. Aku nak balik.. Aku nak balikkkkkkkk! Hah. amek ko. Macam orang histeria kes sebab dah 3 bulan tak jumpa kampung halaman. 

Bila dah balik.. Masuk hari ke-3 duk rumah.. Ya Allah, bosannya duk rumah sorang-sorang.. 2orang adik aku tinggal dekat asrama, 1 orang matrik, 1 orang kakak blajar dekat ibukota, 1orang kakak lagi praktikal guru.. dan adik aku yang bongsu tu sekolah rendah sampai ke 5 petang. Aku sorang-sorang kat rumah tak tentu arah dibuatnya. Dah lah aku ni jenis yang tak berapa nak layan sangat tv semenjak menjengah ke alam dewasa ni. Kerja apa je yang mampu dibuat melainkan makan, tidur, solat. Nak keluar jalan-jalan kereta takde. Bosan sungguh. Rasa diri seperti dipulaukan. disisihkan pun ada .. Tetiba sesi muhasabah diri menjelma, menghayati setiap perasaan anak-anak tunggal di muka bumi ini. "Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.."



Alhamdulillah kerana walaupun dikurniakan 2 orang kakak yang garang, itu tanda beliau perihatin terhadap adik-adiknya..
Alhamdulillah kerana walaupun dikurniakan 2 orang adik lelaki yang sangat nakal, itu memberi peluang kepadaku untuk belajar erti sabar..
Alhamdulillah kerana walaupun dikurniakan 2 orang adik perempuan yang manja, itu mendidik aku untuk menjadi lebih matang..
Setiap yang berlaku pasti tersembunyi hikmah disebaliknya. Belajarlah erti bersyukur, dan jangan sering menyalahkan takdir. Kerana atas setiap yang ditakdirkan itu semua berlaku atas IzinNYA. Keep sabar, keep doa, keep smile =))

Sekian,

3 comments:

Unknown said...

meriahnya adik badik ramai kan..

Gadis berkaca mata said...

Yup.. betul tu. time rya paling meriah. dapat kumpul ramai2. =))

Nurfatin Atikah said...

GBM, jom cari kerja part time! ;)