Daripada golongan bijak bestari. |
Yang bahagian Star yang pertama tu aku setuju! Manusia kalau tak kenal erti susah, mereka ini takkan menghargai erti penghargaan. Dan manusia yang biasa sangat dengan kesenangan, pahit untuk menelan erti kesusahan. Kata orang "bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah."
Cinta tidak perlu dicari, ia datang sendirinya.
Bahagian ni aku tak berapa berkenan.. Kenapa perlu menanti cinta itu datang walhal cinta itu sememangnya telah lama wujud dalam diri seseorang. Cinta kepada Allah. Cinta kepada Rasul. Cinta kepada ibubapa. Cinta kepada adik-beradik.. bukankah itu dinamakan Cinta? Dalam konteks Cinta itu sendiri ramai orang yang salah dalam menafsirkannya. Bagi muda-mudi masa kini mereka beranggapan yang Cinta itu merujuk kepada sebuah perasaan yang terputik dihati antara 2 insan yang berlainan jantina dimana perasaan yang wujud itu seringkali menyebabkan insan-insan tersebut sering termimpi-mimpi, terbuai-buai, teringat-ingat akan sesama mereka. Itu bukan cinta dik..itu dusta. Cinta yang sebenar adalah cinta yang halal. Sebagaimana sabda Rasulullah;
At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadis yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”Bilamana nafsu menguasai iman, segala yang pahit dikatanya manis, segala yang dusta dikatanya benar. Aku tertarik dengan petikan daripada filem Ketika Cinta Bertasbih 1;
"Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah syaitan jadi nabi, mengubah iblis jadi malaikat, mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan, mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah."
Lihat bagaimana iman itu sering dibutakan dengan cinta palsu sehinggakan syaitan jadi nabi, iblis jadi malaikat. Ya, Cinta itu memang adalah kekuatan.. Tapi apabila ianya bersandarkan pada landasan yang benar. Cinta kepada Allah dengan beribadat kepadaNya. Cinta kepada Rasul dengan mencuba beramal segala sunnah Baginda. Cinta kepada ibubapa disitu terletaknya keberkatan seorang anak.
Bagaimana kalau perasaan Cinta itu terterbit kepada seseorang yang bukan muhrim? Berdoalah.. kekuatan doa itu mengatasi segala yang ada didunia ini. =)
"Ya Allah, sekiranya dia 'si polan' ternyata baik untukku, maka kau satukanlah kami dengan ikatan yang sah. Akan tetapi sekiranya dia mendatangkan kemudaratan buat diriku, jauhkanlah dia dariku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaMU."
Bagi si perempuan jalan yang terbaik sekiranya ada lelaki yang cuba-cuba nak 'cucuh iman', boleh sampaikan ini pada si dia;
Jauhi diriku, dekati waliku- Fatimah Syarha
p/s: credit to empunya biodata. Sekadar memberikan pendapat. =))
Sekian,
No comments:
Post a Comment