Kecur air liur. Melihat asap yang berkepul-kepul keluar daripada pembakaran spesis hidupan laut daripada meja sebelah. Waaa.. tak sabar. tak sabar. tak sabar!
"Nak makan apa cik?" tanya waitress.
"Nak yang set 4 orang. yang ni..?" Sambil tunjuk menu.
"Ok. Minum?"
"Jus oren satu."
"Uni nak air tepeng."
"Carrot juice."
"ABC satu. special."
Sambil tunggu makanan sampai, terpaksalah kami menelan air liur sambil tengok gelagat jiran meja sebelah menjamu selera dengan begitu seleranya.
"Sedappnyerrr orang tu makan.."
Dialog orang yang sedang kelaparan. Siapa? Si mekni lah. Adik aku yang paling muda tapi yang paling besar dalam kalangan semua. hahaha.
Pandai depa ni bajet. Mula aku tengok macam.. "eerrr. nape macam sikit?" Dah siap makan. Alhamdulillah.. Super kenyang. Habis licin di habiskan kami adik beradik. Kecuali tomyam dan sayur sedikit. Bukan sebab kami ni anti-veg ke hape. tapi sebab tomyam depa ni pedas. Sangat. Aku ni jenis yang kurang makan pedas. Adik aku yang 2 orang tu lagi lah tak makan pedas. Cuma kakak aku jela yang kental dengan pedas.
Eksyen dekat adik..
"Emmm.. sedapnye tomyam ni..""Ce rase.."
Dah rasa. Sekali rasa sedap, dua kali rasa 'emmmm', tiga kali rasa 'waaaaaa. pedaaasss'. Sampai teresak-esak!
Sebenarnya tomyam ni sedap je. Masa mula-mula makan memang deria rasa tak sempat nak detect lagi kepedasan tersebut. Dah berkali-kali makan barulah sensitivity terkesan lalu mula menunjukkan simptom watery nose. Sampai satu ketika membuatkan mata menangis.
"Maaf tomyam, aku terpaksa menyerah. Malu kat orang nanti tak pasal-pasal depa ingat aku ni baru putus cinta kes makan steamboat sambil nangis. Ah, sudah!! Tak pasal-pasal."
"Maaf tomyam, aku terpaksa menyerah. Malu kat orang nanti tak pasal-pasal depa ingat aku ni baru putus cinta kes makan steamboat sambil nangis. Ah, sudah!! Tak pasal-pasal."
Oh ya. Dah sedap-sedap melantak.. lupa nak cakap nama restoran. Inilah tempatnya. D'ganu cafe terletak di Pulau Duyong Kuala Terengganu. Makanan-makanan disini sangat berpatutan. Untuk set yang kami makan steamboat untuk package 4 orang cuma berharga rm25. Selain steamboat ada juga makanan-makanan yang lain.
Nasi goreng, mee goreng, kwe tiaw goreng dan macam-macam goreng lagi lah. Restoran ni bukak waktu petang selepas solat asar tak silap aku sampailah ke malam. Waktu kami pergi pukul 6petang. Masa tu tak ramai sangat lagi orang.
Selesai menjamu selera, tibalah masa untuk menjamu mata dengan melihat keindahan alam sang Pencipta. Cantik. Ketenangan datang menyapa. =))
Sedang elok selesai sesi 'photoshoot' untuk cover majalah SPC (Screen PC) azan maghrib daripada masjid kristal yang berhampiran berkumandang. Tiba masa untuk pulang. Masa untuk mempersiap diri untuk mengadap Sang Pencipta. =))
2 comments:
satu soalan.. air tepeng tu apa? huhu.. tomyam yg pedas mmg sedap ..
Oh. Air tepeng tu panggilan org trg. Hihi. Orang kl panggil air teh ais. =))
Post a Comment