Pages

Sunday, 24 February 2013

Berbudi dalam kritikan

"Blog GBM ni kalau tukar background kaler terang skit mesti lagi meriah..ni tidak, pink memanjang."

"Gaya tulisan dalam blog GBM tak best. Tak berseni langsung la. Cuba tambahkan peribahasa dalam setiap entry pasti lebih nampak clishayyyyy."

"Gambar dalam blog GBM ni semua hensem-hensem. Tapi kalau tak letak gambar lagi entry tu nampak hensem." *Errr... ok. tak sentap ponn

"What the hell. Entry macam budak tak sekolah. Ejaan dalam BM pun boleh salah. Macam ni ke orang panggil blogger? Heyyy.. pi laa.."






Keempat-empat contoh deklamasi ayat tersebut mungkin nampak sama kepada segelintir orang. Tapi tidak bagi aku. Sangat memberi effect yang besar pada jiwa aku. Bukan nak kata aku ni lemau. Kritik sikit tak boleh. Boleh.. sebab aku tahu orang yang kritik-kritik nilah sebenarnya depa ni romantik. Depa sayang kat kita tapi depa tak pandai nak tunjuk kasih sayang depa melalui karya yang lebih kreatif macam sajak ke.. syair ke. pantun ke. depa lebih suka gaya yang lebih spontan. Iaitu Kritikan. Romantik sangat! kan?


Tapi masalahnya... aku ni berjiwa sensitif skit. Aku tak boleh dengar orang mengeluarkan kata-kata berunsur negatif. Hati mula merintih sedih mendayu-dayu. Kalau aku boleh kategorikan ayat-ayat diatas, aku kategorikan potongan dialog 1-3 sebagai kritikan membina. Tapi potongan dialog yang last sebagai kritikan yang menjahanamkan. Maaf kalau kedengaran agak kasar. Budi bahasa itukan budaya kita. Mana letaknya budi bahasa kita selaku anak bangsa yang hidup dalam penuh ketamadunan. "What the hell". Kalau translate kepada bahasa melayu membawa maksud "Apa neraka."


Bukankah sangat kurang didikan agama bunyinya? Nak mengkritik itu boleh. tapi bahasa nak diperdengarkan itu perlulah dijaga. Jangan ikut sedap mulut yang berbicara, hati yang merasa tersiksa merana. Itu sudah boleh membibitkan rasa benci dalam kalangan orang sekeliling. Bukankah islam menuntut kita untuk saling menjaga hubungan baik sesama manusia?

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.'
(Surah al-Israa':53)


Ini bukan budi bahasa, ini kurang ajar namanya!

Sekian,

3 comments:

Yumida Huda said...

tu la kan..berpada-pada bila mengomen..takut org kecik hati..kena jg bahasa..paling terbaik kita kasi kritikan membina...

blog awak memang lawa..pink..sejiwa dgn i...kehkehkeh

ZWAN SABRI said...

Btul tu.. kritikan perlu ada caranya.. tak boleh kritik sesuka hati je..

Nurfatin Atikah said...

itulah, kdg2 ada jugak kwn2 yg jenis mulut lepas dlm kritikan, tapi kita yg mendengar ni kena bijak mengambil apa yg baik drpd kata2 nya.. :)