Pages

Thursday, 14 March 2013

Kendali Kanta Lekap

Minggu ni aku belajar yang something special. Sangat. Benda yang special tapi sangat menakutkan. Benda yang boleh membuat aku terkenang-kenang kondisi mataku ketika 3 semester yang lalu. Benda yang kalau boleh aku nak je teriak satu dunia cakap.. "Tak nak buattt!!!!"


Oh. GBM. Hidup ini satu proses pembelajaran. Peristiwa semalam dijadikan pembakar semangat untuk lebih maju untuk hari-hari yang berikutnya. Okey?


Gulppp!
'Benda' yang takdelah 'bende speriss' sangat pon. Seperti yang tentera di tajuk entry iaitu 'Kanta Lekap'. Ya. Semester kali ni kami perli belajar subject baru iaitu Contact Lens I. Lecture 2 jam beserta lab 2 jam. Yang totalnya seminggu kami belajar 4 jam berkenaan Contact Lens. Macam mana perasaan? Semestinya SEMANGAT MEMBARA! *ikhlas. ikhlas.



Firstly, aku nak tabik sprinngggg sama orang-orang diluar sana yang mampu memakai contact lens sendiri. Tanpa bantuan sesiapa termasuk cermin! Fuh. Salute! Itu kira espeerrrtt  sangat. 1,2,3... TABIK HORMAT! 
Benda yang paling aku nak elak ketika para senior memerlukan para junior untuk dijadikan pesakit adalah ketika sesi klinik contact lens. Maaf senior! Bukan malas. Bukan tak suka. Tapi takot! takot yang bukan disengajakan. Pengaruh berita, internet,surat kabar yang selalu membisikkan tentang bahaya contact lens menjadi punca utama yang telah membunuh keberanianku. Salah depalah. sape suh letak gambar seram-seram!



Minggu ni lab kami berkisar tentang cara-cara pemakaian contact lens kepada patient. Kepada patient! bukan pakai untuk diri sendiri yer. Fuh, Alhamdulillah. Nasib baik!
Pakai contact lens untuk orang lain ada skill tersendiri tau. tak boleh main redah terus pakaikan dekat mata hitam pesakit. Tersilap langkah.. naya anak orang wooo. Saman tak berbayar nanti. 




Sedikit ilmu yang boleh dikongsikan disini berkenaan cara-cara pemakaian contact lens; 

1. Basuh tangan. Walaupun ketika itu tangan anda memang kelihatan bersih, tetap kena basuh guna sabun. JANGAN MALAS!
2. Keluarkan CL daripada casing dan bilas CL guna Saline solution. 

3. Suruh patient tengok atas, kemudian tarik kelopak mata bawah patient.

4. Suruh patient tengok bawah, kemudian tarik kelopak mata atas patient.
5. Suruh patient tengok hidung.

Macam mana hantu kak limah boleh tergayung
atas kepala aku ntah. Haihh.. tak reti2
nak balik rumah lagi ke?
6. Masukkan CL dari arah temporal (kawasan mata putih). 
7. Last, suruh patient slowly gerakkan mata ke arah temporal, atas, bawah. Tutup mata dan... okey. settle. Siap. 



Tadaa. dan berjaya! Yeayy.. Alhamdulillah. 



Mereka yang ceria, mereka yang membantu... Ukhwah fillah groupmatetahhh! =)


p/s: keberanian sedikit demi sedikit kian meningkat. Well done GBM, WELL DONE!

Sekian,

2 comments:

Nurfatin Atikah said...

tak mudah namun tak susah, terserah atas pilihan.. tahniah! :)

Gadis berkaca mata said...

hehe. finally we did it!