Pages

Tuesday 12 March 2013

Masalah permodenan

Kadang-kadang aku konfius dengan masalah yang dialami dunia sekarang. Banyak sangat. Lepas satu-satu. Masalah jenayah, masalah politik, masalah ekonomi... tak pernah nak sunyi dunia ni tanpa kaitan depa ni dalam mana-mana berita sekali pun. Stress? Mestilah. Tension tahu tak bila dengar orang gaduh baling bom baling mercun rasuah sana culik sini. Kenapa dunia ini tak pernah nak diberikan hak yang seadilnya? Keharmonian. Ya. Aman Damai Tenang. Sangat dipuja sangat diimpikan.

Tak habis lagi masalah tersebut timbul lagi satu masalah baru. Yang boleh dikatakan dialami oleh kesemua makhluk Allah yang bergelar Manusia. Ehem-ehem! Manusia?? Itu aku! Terasa, sentap? Tak. Sebab aku pun tahu korang semua berkait dengan masalah ini. 
Bukan aku tak cuba elak. Aku cuba. Sangat. Aku cuba menahan nafsu, setiap kali melalui mana-mana kedai atau terlihat mana-mana iklan terbaca mana-mana pamplet terdengar mana-mana saluran aku cuba butakan mata aku, pekakkan telinga, off kan segala deria yang ada. Aku pikir mungkin kerana terlalu mencuba lalu ianya menjerat aku. Hasutan demi hasutan. Sungguh aku hamba yang lemah, tak mampu lagi bertahan. Rebah tersungkur jua akhirnya aku dengan masalah yang bernama GADJET. 

Pejam celik pejam celik dah dua bulan gadjet yang bergelar smartfone tersemat dalam genggaman. Perasaan? Bingung. Seringkali jugak aku bermonolog sendirian. Keperluan atau kemahuan? Atau atas dasar ketidakpuashatian? Jelous tengok ayah, kakak, kawan-kawan semua bersmartfone tetiba teringin nak bersmart jugak. Waaaaa. tak nak pikir. nanti menyesal rasa nak campak jauh-jauh. Susah!



AF bukan nama sebenar

And today.. I got special tag from someone. Dia yang rapat, dia yang selalu berbaik sangka, dia yang selalu menegur, dia yang disayangi, dia yang selalu dibuli. Ahaks. 

"I talk to them, they ignore me. What is so important about handfone?"

Fikir sejenak. Aku rasa aku dah tersilap langkah. Ya. Memang aku tersilap besar. Masalah ini telah membuatkan aku semakin lalai. Lupa keadaan sekeliling. Lupa bahawa ada DIA yang memerhati. Lupa bahawa ada rakan yang perlukan teman untuk berborak. Maaf!

Sekarang aku plak yang tertanya..

'Heyyy handfone, what you had doing with my time. Nanti kalau ditanya Munkar Nakir, aku nak jawab apa? Main game? Fesbuk? Twitter? ' 


Gullppp. telan air liur. perit pedih. peluh mula merintik. 
Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim...



Thanks sahabat. Teguran itu sangat diperlukan! 

Sekian,

3 comments:

nur fadhilah said...

huhu, sentap juga :)

Nurfatin Atikah said...

tetiba terfikir, agak bagus jgk wifi block sume laman sosial kat fakulti, sekurang-kurangnya kurang sikit 'pegang' phone.. ;)

Gadis berkaca mata said...

sentap juga. tapi kekadang yang mengetag tu pun 2x5 sebenarnye. hihi