Pages

Friday 15 March 2013

Allergic yang pelik

Wangian dan kecantikan itu tak boleh lari daripada dikaitkan dengan wanita. Aku?? Mesti ah bohh. Wangi tak semestinye gune perfume smata. Boleh jadi wangi itu datang daripada sabun atau pelembut pakaian ataupun bedak.. bukan bedak compact tapi bedak serbuk.. carrier junior for example. Mungkin. Kadang-kadang bila dah bercuti lama.. tengok gelagat mak dan kakak sebelum keluar kerja mesti di sprayy kan dulu duatiga round. Aku pon jadi terikut. Pergi keluar jenjalan dengan rakan-rakan amek perfume mak sembur seketoldua dekat tudung. Muehehe

Mekni pun pakai perfume taw. Tak padan 'KECIK'!

Tapi masalahnya aku bukannya ada masalah pun dengan segala bentuk perfume mahupon bedak. Itu baru mukaddimah kepada apa yang aku nak katakan disini. Berkenaan Allergic. Selalu orang ada allergic dengan seafood, ayam dan sewaktu dengan segala bentuk makanan. Alhamdulillah.. aku bukan dalam kategori itu. Allergic aku pelik skit. Eyh, bukan skit... tapi Banyak!


Pernah skali tu masa zaman sekolah aku selalu ah tengok kakak aku ni duk guna deodoran rexona. Tetibe nafsu ingin mencuba meloncat-loncat. Tambah pulak kakak aku cakap guna mende alah ni best. Selesa je. Kurang hamis tambah wangi katanya. Errkkkk... macam ikan ler pulakss. Lepas tu aku suruhlah mak aku beli seketol untuk aku. Tak sampai seminggu guna.. ya ampun. Tak sanggup nak citer. Tobak menyesal aku guna mende tu. Bengkak meradang merah bawah ketiak. Melarat dari bahu hingga ke siku ko. Pedih tak terkata. Kita hanya boleh mencuba, kuasa kesesuaian itu terletak pada DIA yang satu. Pergi klinik, doktor tanya, awak ada allergic apa-apa ke? Aku jawab je takde. Giler ko nak citer hal sebenar, mahu doktor tu tigehariempatmalam gelak tak berenti. Balik dari klinik baru aku citer kat mak pasal ni. Terpaksa tadah telinga dalam kerete.. apa lagi.. kene bleter lah der.. "Guna lah lagi lain kali.. lepas ni simpan stok rexona banyok..bla.bla.bla....."
Ah, sudahhh! Padah memendam rasa akhirnya telinga menjadi mangsa. Lama jugak nok boleh ke baik. Lepas peristiwa tragis tu langsung aku tak pakai mana-mana deodoran. Berbau? Isyk. mana ada. aku guna bedaklah. Bedak pon boleh wangi apa! Sekarang aku bedak dah berganti dengan nivea. Stakat ni alhamdulillah, sihat walafiat!


Dan.. Dua minggu yang lalu adik aku beli pencuci muka untuk lelaki, lepas tu dapat free trial set untuk wanita. Mak aku kasilah kat aku. Kesemua aku try. Cuma yang body lotion tu nak dekat-dekat pengakhiran cuti baru aku terdetik nak pakai. Dalam tiga hari berturut-turut aku pakai dekat lengan tak silap.. masa tu okey je. wangi! Licin molek rase kulit. Lepas pada tu, aku rasa malas nak pakai. Dalam 3 hari macam tu. Keesokannya aku langsung dah nak balik ke puncak. Tengok-tengok ada bintik-bintik merah dekat pergelangan tangan. Tapi aku ingat merah biase je lah. Tak cakap dekat mak aku pon. Sesampai di puncak tengok-tengok bintik merah dah melarat ke siku. A'hhh sudaahhh.. Kenapa begini?? Waaa.. takottt.
Dan pengakirannya bintik-bintik tersebut akhirnya bergabung sehingga menjadi kumpulan merah yang sangat besar. Sumpah ngeri. Rasa macam proses transformer ala-ala the hulk bertukar. cuma yang beza dengan keadaan aku sekarang the hulk hijau aku merah.


3 klinik aku pergi termasuklah unit kesihatan rawatan UiTM Puncak Alam. Depa bagi ubat sapu betamethasone. Hari pertama pakai, ya Allah pedih memang tak terkata. Mengalir habis air mata air hidung. Makin merah. makin bengkak. makin pedih. Waaa.. sakitnya! Astaghfirullahalazim.. astagfirullahalazim.. astaghfirullahalazim.. Sakit penghapus dosa. Istighfar dan istighfar.


Keesokkan harinya aku ke klinik swasta yang terletak di FASA 2 Puncak Alam. Doktor tu terkejut jugak lah tengok keadaan tangan aku. Dia tanya ada allergic apa-apa ke? Aku pun cerita hal sebenar. Sakit tak tertanggung masih mahu menipu? Mestilah tidak.
Kesan dari itu, doktor yang baik hati itu telah memberi injection keatas bahuku sambil mulut doktor tersebut terkumat kamit membacakan ayat-ayat suci al-quran. Alhamdulillah. 'Bagus, ayat-ayat suci diamalkan dalam perubatan. RESPECT ini doktor.'

"InsyaAllah, harap-harap lepas cucuk ni cepat sembuh ye." 


Alhamdulillah, sekarang dah sembuh. Tapi masih berpantang. Tak boleh seafood. tak boleh telur. tak boleh keli. Kenapa begitu? saya cuma allergic lotion kenapa makanan jadi mangsa? Sebab makanan tu semua boleh menjerumur kelembah ke'gatal'an. Nanti gatal rasa nak garu. bila dah garu makin merah. bila makin merah payah nak baik!
Pantang ye GBM..PANTANG!

Mak pesan, "Lepas ni jangan sebarang je pakai alat cosmetic kalau diri tu jenis sensitip. Jaga pemakanan"
Ayah pesan,"Baca surah As-Sad ayat 42 7x hembus dalam air.. minum dan sapu pada tangan."
Diri sendiri pesan, "Mak ayah amek berat pasal aku, jadi ingat pesan depa."


LOVE, ayah mak!
Cover photo
LOVE, housemate!
TERIMA KASIH buat MAK, AYAH, HOUSEMATEku dan rakan-rakan yang banyak membantu! Semoga kalian berjaya dunia akhirat. Aameen.


p/s: PANTANG melayu mundur. itupun pantang jugak. #FearFactor!


Sekian,

1 comment:

Unknown said...

sy ske wangian perfume..tp klo sy sendiri pakai x ske..pasal x tahan bau yg kuat

tringat ms form 6 dulu..tangan sy alergik...gatal2..sampai merah..pasal mkn ikan kembung..juga x tahan ngn serbuk pencuci...pastu x dpt cuci pakaian..kwn yg tolong cucikan..sampaikan spender pun dia yg cuci..hikhik..malu weh...