Pages

Saturday, 6 April 2013

Emo

Emo. Satu perkara yang sangat sensitif bagi seorang wanita. Moody, tak lalu makan, rasa nak menyendiri. itu perkara biasa yang dialami ketika sedang mengalami proses peng'emo'lan.


Aku bukanlah jenis yang emo. marah tak tentu pasal. sensitif tak tentu hala. No. That was not me. Allah pun tak suka orang yang suka memarahi seseorang ni. Bukankah hidup lebih indah kalau semua orang hidup dengan saling berkasih sayang tanpa perlu marah memarahi. 


Aku adalah orang yang paling membenci kemarahan. Sangat. Tapi orang tak pernah nak paham aku. Mereka melabelkan aku sebagai seorang yang sensitif. Adilkah sebegitu? Tanpa mereka mendengar rintihan hati aku. Adilkah? Pernah sekali tu aku bawak kereta accident. Accident kes langgar tiang parking kereta depan rumah. Depan rumah je. Tapi daripada kakak, emak, ayah. Semua marahkan aku. 7 hari 7 malam aku berkurung dalam bilik. Sepi tanpa bicara walau sepatah pun. Hati mula memberontak mula rasa nak lari dari rumah. Astaghfirullahalazim. Betol-betol anak derhaka aku pada minggu tersebut. 


Dan pernah sekali tu aku menarik tangan seorang hamba Allah ni ketika hendak melintas disebabkan aku melihat kereta begitu hampir dengannya. Tapi ditengah-tengah jalan itu jugak aku ditengking, dimarahinya gara-gara itu. Katanya beliau sudah cukup dewasa untuk reti melintas jalan. Kereta takkan berani nak langgar orang dewasa. Tersentak. Terkedu. Apakah tindakan aku salah? Akal mula membuat perkiraan. Adakah peratusan kanak-kanak yang meninggal akibat kemalangan jalanraya di Malaysia lebih ramai daripada orang dewasa? 


Dan yang paling menyedihkan hamba Allah tersebut merupakan orang yang agak rapat dengan aku. Aku jadi sedih. Hati mula berhusnuzon. Mungkin niat aku hendak menolongnya tidak ikhlas kot tadi. Mungkin salah satu cara Allah hendak menguji kesabaran seorang hambaNYA. Astaghfirullahalazim... Selepas kejadian itu agak lama aku melarikan diri dari si dia. Mungkin aku seorang yang sensitif. Tapi mungkin juga sebagai tanda untuk aku memprotes tindakan si dia terhadapku. 


Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.

Luahan hati daripada wanita untukmu wanita.
Jauhi api kemarahan, dekatkan dengan penghawa kesabaran.
Kita mampu mengubahnya.


Sekian,

2 comments:

nur fadhilah said...

Syara' menuntut kita mengawal marah.

Gadis berkaca mata said...

yup. betul tu. :))