Pages

Thursday 4 April 2013

Spectacle 1 done

2 minggu lepas dalam hanya 1 hari kami satu kelas berjaya menyiapkan sebijik spect. Alhamdulillah. Kalau semester lepas kami bermain-main dengan spect ala-ala remaja vogue (boleh lihat sini).. Ber-cyl, ber-sphere. Semester kali ni lebih advance. Kami belajar prescribe spect untuk warga emas. Emas takdelah emas sangat pon. Umur 40 keatas cenggitu ada yang dah pakai pun spect ni. Iaitu spect Multifocal. Spect 2 dalam 1. Boleh guna untuk penglihatan jauh dan dekat hanya menggunakan satu spect. Tak perlu lagi susah-susah untuk bertukar-tukar spect untuk membaca dan memandu. 1 spect sudah memadai. =))

Spect 1

Inilah spect pertama aku untuk permulaan semester kali ini. Yang nampak macam conteng-conteng dakwat kuning tu sebenarnya marker untuk setiap bahagian spect. Yang bulat dekat atas tu nanti senang nak check distance power untuk patient. Addition power untuk near memang dah dilabelkan siap-siap atas permukaan lens. After finishing..dah complete potong lens, chamfer.. boleh cuci balik dakwat-dakwat tersebut. Jangan risau. Optometrist tak sekejam itu untuk memberi kepada patient spect yang berconteng-contengan sebegitu. Tak semena mena rupa yang tampan dah jadi kurang tampan, mata yang sepatutnya makin elok jadi makin teruk, kepala yang sihat tak semena-mena menjadi pening. 
Kepuasan pelanggan perlu diutamakan. Tanpa pelanggan siapalah pekedai. kan? 

Sesuai dipakai untuk 40 and above =))

Sekian,

No comments: