Pages

Thursday 18 April 2013

Spectacle 2- Half-frame


Alhamdulillah selesai sudah spect ke-2 untuk semester kali ini. Sama seperti minggu yang lalu. Spect ke-2 ini juga di prescribe untuk yang berusia 40 and above. Yang mempunyai multi vision problem- distance&near. Cuma yang bezanya minggu lepas kami guna trifocal lens. Minggu ni kami guna bifocal lens.


Konsep lens yang digunakan untuk task yang lalu




Bifocal lens- Task untuk spect ke-2


Seronok buat spect untuk orang-orang tua ni. Opss. Silap! Seronok buat spect untuk orang-orang yang lebih dewasa ni. Susah tu memang susah jugaklah kalau tak belajar. Bila lecturer dah ajar rasa macam...

 'Eyh, senang la pulak buat spect orang dewasa ni.'

Cettt. Bunyi macam orang berlagak la pulak. Padahal spect nye senget kemain. Padah berlagak. Padan muka.

Sebelah kiri lens near add tersenget. T_T
Madam cakap,
Lens sebelah kiri awak senget kebawah, so saya terpaksa potong markah awak. 


So, kenalah potong markah separuh daripada satu. Terpaksa buat muka pasrah. Dah memang salah aku. Aku pergi guna sackel untuk pemegang lens yang longgar. Terpaksa. Kes malas nak tunggu. kawan-kawan semua dah siap cop sackel yang cun-cun, segak-segak. Yang dah hilang seri tinggal macam tu je... kejamkan betol.


Takpe. senget-senget pun tetap cumel. Senget tak sampai 5degree pun. orang takkan perasan pun. hehe. =p


Tulisan buruk nampak teruk,
Spect pula senget menget,
Bila niat dihati ikhlas belajar,
Kesemuanya diterima pasrah. 


*Amboi. teruk benor pantunnye hahh. Tengok dek Ahmad Fedtri Yahya mahu menggeleng panjang beliau karang. Haha


Sekian,

1 comment:

Unknown said...

hehe.. oh course awak pn kena reka spect jga ea? awesome.. ^^ suka tgk