Pages

Friday 24 May 2013

Kisah disebalik kenaikan harga roti


“weh hang, hang tau dak harga roti dah naik?” kata seorang kawan. saya geleng kepala.

“tu la hang ni tak ambik tahu hal semasa. hang tau dak, harga barang semua nak naik.”

“oh yeke?”

“hah la. aduih. la ni mana nak cekau duit nak beli macam-macam…”


saya tersenyum. seorang ustaz pernah pesan pada saya, seorang muslim yang beriman kepada Allah, tidak akan sekali-kali mengeluh tentang beban rezeki-Nya, kerana dia yakin Allah akan memberikan dia rezeki walau sesukar mana pun.

“tak baik mengeluh, beb.”

“mana tak mengeluh…harga barang naik. makin susah la kita.”

saya senyum lagi. aik, keyakinan dia pada harga melebihi keyakinan pada Allah?

“kau nak dengar satu cerita tak?”

“cerita apa?”


“pasal kisah sufi. aku baca dalam kitab kisah para wali Allah. kitab ni agak lama jugak ni. sebelum risalah sufi al-Qusyairi. banyak kali dah aku baca. best.”

“kisah tu ada kena mengena dengan harga barang ke?”
dia tersenyum sinis. saya balas dengan sengih sinis juga. lalu saya bercerita.

“macam ni. suatu masa dulu, ada seorang bernama syeikh as-sariy as saqathy, dia pergi ziarah kubur. lepas tu dia nampak seseorang. nama orang tu bahlul al-majnun. nama sebenar dia wahab ibn asr. dia ni sufi. ada la diorang sembang dan tegur menegur. tiba-tiba syeikh as-sariy tertanya : “eh, Bohlul! tahukah engkau bahawa harga roti sekarang sudah naik?”

bohlul pun jawab : “demi Allah duhai Sariy, aku tidak peduli berapa saja harganya itu, walaupun sampai sebatang roti berharga sedinar sekalipun. itu bukan urusan kita, apa yang mesti kita pentingkan ialah kita harus menyembah Allah dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang kita diperintahkan. dan Allah akan mengurniakan rezeki-Nya sebagaimana yang djanjikan-Nya. harga roti naik atau turun bukan menjadi masalah, sebab walau apa pun rezeki dari Tuhan tetap ada.”

dapat tak gambaran kat sini? bohlul tu sufi, dia jenis berfikir tentang kebesaran Allah. syeikh as-sariy tu walau imannya tinggi, syeikh lagi, tapi masih berfikir tentang keduniaan. si bohlul ni mengingatkan kita, kalau kita yakin pada Allah, inshaAllah rezeki tu ada.”
kawan saya itu diam sejenak.

“terima kasih, atas peringatan. Allah. aku ni manusia juga, kadang-kala lupa. Allah. terima kasih.”

“ucaplah alhamdulillah pada DIA. aku pun sekadar mengingatkan saja. kita ni kadang-kadang merungut pasal dunia, tapi akhirat kita tak betulkan.”

“terima kasih weh.”

“takda hal la. nanti senang-senang cari la kitab tu. walau pun dah buruk, dan mungkin orang rasa tak ada kaitan dengan harga barang atau situasi masa kini, ceritanya boleh dijadikan teladan.”

lalu dia berlalu dan tersenyum.

credits:tersenyumelihatlangit:))



kalaulah Allah mengkehendaki,
maka tidak akan ada tangan manusia yang berhak dan mampu menghalang dan menahannya dari terjadi.
sedangkan kalau Allah tidak mengizinkan,
maka tidak akan ada pula tangan dan kehendak manusia yang mampu dan berupaya membenarkan ianya terjadi.


Sekian

No comments: