Pages

Thursday 23 May 2013

Akhirnya... Spect 3,4, dan 5.

Entry gabungan untuk three weeks dispensing lab. Fuh. Nampak sangat busy bebenor sampai terbengkalai habis entry-entry yang sepatutnya diupdate. Sedar tak sedar,  minggu ni merupakan spect yang terakhir buat kami untuk semester kali ini sebelum menjelangnya kepada pre-final examination dan final examination. Alahai, sekejapnya masa berlalu. Sekarang dah minggu 11, lagi 4 minggu menjelang ke final exam. Ketaq kepala lutut memikirkannya.



Untuk spect yang ketiga untuk semester kali ini (maaf. tak ingat minggu keberapa), kami ditugaskan untuk menyiapkan round segment for rimless spectacle. Spect yang penuh menguji keimanan, kesabaran, dan kestressan kami satu group. Lepas buat spect.. semua pakat duk boikot tak nak pakai rimless dah lepas ni. Seriusly dalam banyak-banyak frame; spect plastic frame, metal frame, half frame dan rimless frame yang terrrrpaling susah, terrrpaling rumit, dan terrpaling rasa macam nak lempang-lempang je adalah rimless frame.

First starting nak buat tu rasa macam confident je. Ok. tak de masalah pun. Potong former, dan lens seperti frame-frame biasa je. Dalam masa 20minit dah boleh siap. InsyaAllah, Tapi sampai part yang nak tebuk lubang pada lens untuk dimasukkan framenye tu yang masalah. Sangat. Perlukan ketelitian dalam memastikan lubang yang ditebuk tidak besar dan tidak kecil. tidak berlaku sebarang malapetaka seperti lens retak. calar. Dan nak dijadikan cerita, lens aku bukan stakat calar der malah pecah terus. Pecah? Macam mana boleh pecah? 
Pecah kaca pecah gelas, sudah baca mohon jangan gelak!


Sewaktu nak tebuk lubang tu, memang ok je sepanjang perjalanan proses tu. Aku pun dengan senyuman yang manis menuju kemeja untuk proses memasangkan lens pada frame. Tengah-tengah nak pasang tu aku duk borak-borak dengan rakan sebelah, bincang masalah dunia yang kian menjadi-jadi. Masalah itu dan ini sambil tangan duk ralat pasang lens mata pandang kawan sebelah, dan tiba-tiba.. prakkkk. Pandang kearah tangan. MasyaAllah. Terlopong. Lens sebelah kiri terbelah dua. Depan lecturer kot yang patahnya. Nak tergelak aku jadinya. Isyk, tetibe rasa nak lempang diri sendiri. Cuai betol. Rakan-rakan dah siap tergelak-gelak. Asam boii betol depa ni. 
"Isyk, lagi 90% nak siap boleh pulak patahnyeeee..!" 
"Try salotep. kalau tak boleh saya bagi lens baru." 
"Kalau salotep potong brape markah madam?"
"Potong satu markah. Kalau ambil lens baru pun potong satu markah."
Satu kerje pulak nak cari ke salotepnye. Mana ada orang g kelas bawak salotep. jarang sangat aihhh.. 
"Saya nak buat baru jelah madam." dalam hati banyak kali berlawan dengan godaan setan. 'suyyhhh, nyah kau malas.nyah kau!'


Maka bermulalah sesi pemotongan lens lagi.. buat kesekian kalinya. Harap ini kali yang terakhir pemotongan lens buat hari ini. Bismillahirahmanirahim..


10 minit kemudian...

TADAAAA...


Ini hasilnya.. 
Alhamdulillah, siap pun. Total markah yang ditolak-2. 
Satu markah sebab ambil lens baru. 
Satu lagi markah sebab lens longar kes lubang lens sebelah kanan besar terlebih. Errr.. okeylah tu. Pelajaran untuk hari tersebut; "Buat kerja mata sila tengok apa yang sedang dikerjakan."




Spect 3

******************************

Untuk spect 4, tugasan yang diberikan adalah menyiapkan multifocal spect untuk plastic frame. Wuhuu, we olss dapat frame baru. Hihihi. suka-suka-suka. Tapiiiii, part yang tak sukanye.. lens yang aku dapat putih bersih berseri tanpa sebarang marking. Alahhh, jadi satu kerja pulak nak melorekkan markingnyee. Allah. Dugaan. cabaran. 

Keburukan marking yang ditanda. 

Nak menanda marking lens sahaja memakan masa setengah jam. Menguji kesabaran. Menguji ketekunan. Jangan cuai lagi! Sepanjang perjalanan pemotongan lens, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Siap kesemuanya dengan baik. Sangat baik. Tiba proses pemarkahan... 

Tolak satu markah. sebab? Terover chamfer. Alamakkk.. asyik tolak je ni. bila nak full mark. T_T

Spect 4



******************************

Minggu ni kami ditugaskan untuk menyiapkan half-frame spectacle dengan berlenskan round segment lagi. Status pemarkahan masih tidak diketahui. Mungkin next week dapat tahu kot. Tapi yang pasti untuk spect kali ini markah aku surely akan ditolak satu markah. Sebab? Terpotong terbalik. Yang right jadi left yang left jadi right. kesnya.. sebab terbalik tanda simbol R pada former. Yang sebelah kanan alhamdulillah dapat diselamatkan decentrationnya. Yang sebelah kiri, memang masuk longkang terus, lari habis decentrationnya. 

"Markah yang akan ditolak cuma 1 disebabkan PD patient tak sama. yang lain bergantung kepada spect yang awak hasilkan selebihnya."

 Aisyhhh. Cuai lagiiiii! Geram betol dengan diri sendiri. Takpelah. Kecuaian diri sendiri. Redha jelah. Yang pasti final nanti perlu buat betol-betol. Tau! Ingat GBM. Ingat! FOKUSSSS! 


SPECT 5

Lens sebelah kiri selalu menjadi mangsa ke'error'lan utama sekali gus menjadi punca markah ditolak Maaf ye. tak sengaja. Betol! InsyaAllah, lepas ni kite buat yang lebih baik, lebih fokus, lebih tekun. InsyaAllah. :))


p/s: tq for labmates dan madam hidayah yang banyak memberi bantuan dan sokongan.

Entry untuk spect yang sebelumnya;

Sekian, 

No comments: