Pages

Thursday, 11 July 2013

Ahli baru

Salam ramadhan buat semua. Entry ni sepatutnya di post sebulan yang lalu. Tapi disebabkan busy mengendalikan itu dan ini dengan persiapan final examnye lagi. Memang tidak sempat langsung nak gelebek laman GBM.


Alhamdulillah pada jam 10.30malam bertarikh 31 Mei yang lalu kami sekeluarga menerima ahli baru dalam keluarga. Dengan sekali lafaz kakakku kini sah bergelar isteri buat Izzuddin. Tahniah.


Nak dijadikan cerita, pada hari kejadian boleh pulak tok kadi, ayah, dengan si pengantin lelaki ni berpakaian sedondon serba putih. Kalau blackout ni comfirm dah confius mana pengantinnye. Nampak baju je serba putih. Isyk jangan! Dah lah area umah aku ni selalu blackout secara tiba-tiba. Ayah aku orang yang paling risau. Kot-kot lampu terpadam tetibe.. macam mana nak cari tangan pengantin untuk upacara lafaz akad. hihi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Lampu pun takde nak main hide n seek. kelip mengelip. Semua nyala terang elok je. Happy nak terima orang baru brangkali. 

Solat sunat pengantin.

upacara pembatalan wuduk. 

"Awak sekolah tingkatan berapa?"

"...Hahh??" Senyum. Ape mude sangat ke muke saya ni makcik? -.-''
"Tak sekolah dah makcik."

"Ooo.. habis tu belajar dekat mana?"

"UiTM kos Optometry."

Makcik ni mampu membuatkan aku rasa macam jauh je lagi perjalanan baitul muslim aku nanti. haish. makcik ni. Kalau masuk sekolah lagi bila nak ada baitul muslim macam kakak? Lambat lagi la jawabnye. tak nak ah macam tu. *glenya!

Welcome to our family buat abe din. 

Abe din asal daripada kelantan. Beliau ni merupakan senior kakak aku sewaktu belajar di IPG. Sekarang bekerja sebagai guru di sarawak. Jauh mengila. Sabar ye mekya. Jauh dimata dekat dihati. Jarak jauh, maka rindu makin erat bertamu. *Hipotesis dipetik daripada cakap-cakap orang berpengalaman. hihi. 


Keesokkan hari nya, 1 jun merupakan kenduri sambut menantu sebelah keluarga perempuan. Pengantin bertema hijau pucuk pisang. Kami sekeluarga bertema ungu pucuk paku. 


"Na je la jadi pengapit, comey doh tu."

"Isyk. Takboh eyh. Na nak ambil gambar ni."

Kan nanti tak pasal-pasal pengantin kena pegang sendiri payung. Dah pengapit sibuk duk ambil gambar. Mahu tak masuk book of record. Dapat title triple P. "Pengantin payung pengapit." muehehe. 



Kemain mak ayah yer senyum melebar dapat makan sekali disisi pengantin. Sampai nasi tak terhidang pun. Kenyang bergambar letteww. hehe. 


"The PENGANTIN"



"The FAMILY"






Thanks to gegurlz yang sudi datang. walaupun tengah busy dengan final exam ketika itu. Masih juga sudi memenuhi jemputan memeriahkan suasana. Ramai yang tidak dapat datang disebabkan musim final exam ketika itu. UiTM dapat cuti wesak seminggu tu yang happy je balik kampung. Tgk buku pun buat dono je. Padahal final exam lagi sebulan daripada hari kejadian. 


Girl with boyfriend. hensem bukan? :))


Sekian,

2 comments:

Nurfatin Atikah said...

nanti GBM bina baitul muslim, jgn lupa jemput.. ;)

Gadis Berkaca Mata said...

eyh? fatin dulu kot. fatin kan dh takde bendul. hehe