Pages

Wednesday 10 July 2013

Diawal perubahan

Saat mulanya sesi pembelajaran seawal semester dua yang lalu. Ketika sesi pembelajaran kelas mandarin seingatku...

"Subhanallah.. cantiknya kiki.. kiki nampak cantik dengan tudung labuh menutupi paras siku." bisikku kepada rakan sebelah. 80% lain daripada penampilannya semester lalu. 

"Awak pun mesti nampak cantik kalau berpakaian sebegitu." ujar zahidah.

Errr..... "Tak kuat..." bersuara lemah.



*********************



"Kak.. macam mana nak berubah?"

"Buang rasa malu."

"Macam mana nak buang?"

"Tanya diri awak.. awak nak berubah kerana apa? kerana Allah? Kalau kerana Allah buat apa nak malu.. Allah pandang kita setiap saat 24 jam sehari. masih mahu malu? Melainkan awak berubah kerana seseorang mesti rasa malu apabila bertembung dengannya saat awak bertutup cantik."

"Bukan macam tu lah akak.. "

"Pernah tengok cermin tak?

"Errr.. mestilah pernah..?"

"Pernah tak tanya pada diri sendiri masa bersiap dekat depan cermin.. 'Aku pakai sebegini masih cantik ke belum di pandangan Allah'? 

"Tak pernah.. sebelum ni tengok cermin pun sebab nak tengok bedak ada yang bertompok ke tidak.. langsung tak terdetik nak tanya."

"Hah. lepas ni sebelum keluar rumah.. pandang cermin lama-lama. Tanya 'Aku pakai macam ni Allah suka ke tak? Pandang sampai dapat jawapan. tau!"




********************


"Kenapa pakai sarung tangan lagi kat dalam? kan dah pakai baju lengan panjang.. tak panas ke?"

"Sebab panaslah saya pakai. Saya takut saya tidak mampu bertahan dengan azab bahang di akhirat. Sedangkan terkena air panas di dunia ini pun saya dah menggelupur mengadu sakit. Saya tak sanggup."

"Tapi kan dah lengan panjang?"

"Kalau saya pakai lengan panjang mana awak tahu saya pakai sarung tangan sebelah dalam?"

"Errr.. tadi terselak.."

..senyum.. fahamkan... 


Tips berpakaian daripada kak naqibah; "Baju yang menutup aurat yang sebenarnya adalah baju yang mana yang ketika dipakainya itu boleh membolehkannya langsung untuk terus bersolat."


Ya. nak istiqamah tu bukannya senang. selalu mendapat per'soalan' dan pen'dugaan' hebat daripada orang sekeliling. Yang paling tak tahan.. ada yang berkata, "Ni berubah pakai bertutup rapat ni mesti sebab sokong PKR kan?" 
Eyh. apa kaitan? Ya Allah. Jauh meleset mindset masyarakat sekarang. Sentap pulak bila tetiba dikaitkan dengan ragam politik sekarang. Tak baik bagi andaian buat orang-orang yang masih dalam proses mendalami islam sebegitu. Undi kan adalah rahsia. :))



Terima kasih Kiki atas kecontohan yang dipamerkan, 
Terima kasih Zahidah atas doa yang dipanjatkan,
Terima kasih kak atas nasihat dan pesanan yang di hulurkan, 
Terima kasih Akak Naqibah atas tips yang bernas.  
Terima kasih sahabat atas sokongan padu anda. 

Moga terus istiqamah. Aameen. 


Sekian, 

No comments: