Pages

Tuesday 16 July 2013

Hijab Talk


Baru-baru ini aku ada menghadiri sebuah ceramah. Hurm.. takdelah ceramah sangat sebenarnya lebih kepada perbincangan dari wanita-untuk-wanita. "Hijab Talk". Penceramah yang menyampaikan merupakan seorang pelajar farmasi tahun akhir. Best. Tak sempat nak menguap langsung. Salah satu sebabnya peranan penceramah yang pandai tacle pendengar. Menggunakan pendekatan soal jawab bersama pendengar. :))


Memetik kata penceramah (maaf. lupe name); "Kalau nak pakai tudung apa pun tak salah yang penting kena memenuhi kriteria yang telah termaktub iaitu menutup dada, tidak jarang dan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk leher."

"Kalau nak pakai tudung bawal pun tak salah. Boleh, tak jadi masalah.. tapi.. kan tudung bawal tu jarang mana boleh pakai. Jarang tu fizikalnya. Kamu carilah apa-apa jenis kain untuk menutup dalamannya. Contohnya pakai inner ke. Kan banyak inner-inner tudung dijual dikedai-kedai."


Sekarang memang banyak lambakan-lambakan tudung dengan pelbagai gaya. Yang terbaru adalah tudung ombak rindu yang berlapis-lapis warnanya. Yang bahagian berlapis-lapis tu dah cantik dah. Memenuhi dua  kriteria tidak jarang dan tidak ketat.. tapi sayang. Tudung tu tidak memenuhi kriteria yang satu tu.. menutup dada. Kriteria yang paling terrrpenting yang dinyatakan ada dinyatakan dalam Al-Quran. 

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan sebahagian daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung-tudung mereka ke atas bahagian dada mereka. ” (surah Al-Nuur 31)

Hurm. Sayangkan. kalau dilabuhkan tudung tu pasti lebih manis kelihatan buat si pemakai. Sedap mata yang memandang, manusia suka, Allah pun jadi sayang. :)) 



Seusai slot Hijab Talk, juga diselitkan slot Hijab tutorial buat pengemar-pengemar shawl dan pahmina, juga tidak ketinggalan buat penggemar bawal. Aku pun turut tidak lepaskan peluang memberi sepenuh perhatian. Hehe. Time raye nanti boleh praktiskan. sekali sekale bergaya tapi masih menerapkan elemen penting dalam memenuhi tuntutan syara'. :)) 






Suka tengok si penyampai tutorial.
Cantik bukan? 


Sekian,

No comments: