Pages

Sunday, 14 July 2013

Kisah di sebalik screening

Hari tu aku ada menyertai screening (Disember tahun lalu) . Screening yang bertempat di SMK Sri Selayang. First screening yang aku involve. Ketaq tu memang tak payah cakap lah. Al maklumlah first time bakal berhadapan dengan masyarakat.

Untuk first time screening, aku lebih prefer untuk menjaga kaunter visual acuity. Kaunter untuk check mata secara subjektif yang memerlukan maklum balas daripada pesakit sendiri. Semasa screening tu adalah beberapa kes unik yang aku jumpa dan antara kes unik yang paling aku ingat ialah kes seorang budak yang berusia 7 tahun yang bernama Adik Natasya.


Adik Natasya menghadapi masalah pada mata sebelah kanan akibat bisul sejak berusia 2 tahun. Aku sempat bertemu ramah dengan ibunya. Katanya dekat sekolah takde masalah sangat sepanjang proses pembelajaran. Adik Natasya merupakan seorang budak yang pintar di sekolah. 

Tekun sungguh menemu bual.

GBM: Adik tak ajak kawan-kawan datang check mata sekali ke?
Adik N: Tak, diorang balik kampung kot.
GBM: Ooo.. ye ke. Adik masa cikgu tengah mengajar nampak tak cikgu tulis apa dekat papan hitam?
Adik N: Nampak. 
GBM: Ok sekarang akak nak check mata adik. Kalau akak tutup mata adik sebelah kanan ni nampak tak?
Adik N: Nampak. 
GBM: Cuba adik baca.
Adik N: E... (Sampai ke bawah adik Natasya boleh baca)
GBM: Bagus. Sekarang kalau akak tutup mata kiri boleh nampak tak?
Adik N: Tak nampak.

Sekali adik tu cakap tak nampak aku langsung blank. 

"Sir lepas tu nak buat apa ni?" muka cuak.
"La. awak belajar dalam lab macam mana? Kalau patient tak nampak lepas tu kena buat apa?
"Errrrr.. " Aku blank giler. dah first time handle screening. sorang-sorang plak tu buat va. 
" Finger counting."
Owh. oke.. 

GBM: Adik nampak tak jari akak ni. Sekarang jari akak ada berapa?
Adik N: Tak nampak.

"Sir dah cuba buat finger counting, handmovement tetap tak nampak."
" Ada pentouch? Cube buat light perception?"

GBM: Adik ada nampak cahaya tak?
Adik N: Ada. 

Ok. done. 

RE: LP
LE: 6/6


Itu antara sedutan yang aku paling ingat dan tak akan lupa. InsyaAllah. Pengalaman pertama yang aku grab untuk screening yang pertama kali aku sertai. Pagi tadi duk usha blog sendiri. tetiba ternampak linkwithin entry bertajuk "Buta akibat bisul lambat dirawat." Dah klik tetiba tersembul wajah yang macam pernah ku lihat. 



Selanjutnya pada entry ini.


Entry bertarikh 2 August 2011. Hampir 2 tahun yang lalu. Aku tak masuk UiTM pun lagi mase ni. Tak sangka dah separuh jalan bergelar pelajar optometrist antara pesakit yang aku jumpa dalam screening pertama aku adalah adik natasya ni jugak. Kecilnya dunia. Yang paling membiulkan kepala aku adalah.. "Eyh, bila masa aku update entry ni eyh?" Aku sendiri lupa yang aku pernah update entry ni. Adushhh.. memang sah masuk air kepala aku ni. 


Aku sendiri yang beria update kisah adik natasya 2 tahun yang lalu. Tapi bila dah jumpa depan-depan.. siap buat va pada adik natasya lagi.. Aku boleh lupa. Isyk-isyk. Ternyata manusia dengan lupa itu memang tak boleh dipisahkan. Buktinya.. ada padaku kini. 


Sekian, 

3 comments:

Mama I.A said...

salam kenal...

ohh bakal optometrist ye ni...bagus2...

kesian pula tengok adik natasya tu ye..semoga mata dia boleh pulih kembali..

Nurfatin Atikah said...

wah, jumpa dia lps 2 tahun, kecilnya dunia.. :)

Fifi Nur 'Aqilah Yusof said...

kecilnya dunia.
semoga adik natasya pulih :)