Pages

Wednesday, 31 July 2013

Ukhwah di Kursus

Weekend minggu lepas aku ada menghadiri sebuah kursus. Kursus bagi orang-orang yang ingin menamatkan zaman bujang. Aku pun tak pernah expect cuti semester aku kali ini terisi majlis yang sebegini 'besar'. Fuh. Tak pernah terfikir dek akal langsung. seriusly!

Mungkin sebab doa-doa orang disekeliling yang tanpa putus-putus mendoakan BM si GBM. Terutama kak naqibah, rakan kak naqibah, usrahmate. Ingat lagi masa majlis ihya' ramadhan tempoh hari. Perbualan mengenai isu kahwin di bulan Ramadhan. Kite tanye je boleh ke tak kahwin di bulan Ramadhan. Tapi tak bermaksud kite ni yang nak kahwin. tau! Aku pun cakap dekat akak, "Nak kawen apenye kak, kursus kawen tak pergi lagi ni." 


Kalau akak naqibah aku tahu aku pergi kursus ni. Comfirm! kena usik lagi bukak sem nanti. Tapi takpelah. sampai bila nak berahsiakan. Sepandai-pandai tupai lompat jatuh gedebushh jugak. kan. 

Semasa nak menghadiri kursus ni cuak jugaklah. Sorang-sorang kot. Sebelum ni kemain dah plan ngan ex-classmate nak pergi kursus sesame. Tapi dah mak suruh pergi yang ni.. terpaksa jela pergi. Independent aku pada hari tersebut walaupun pergi kursus dihantar oleh parents. haha. Orang lain semua majority drive sendiri. Ok. malu menapa diri. Nak buat cane dah memang tak reti drive. Sampai sana aku jumpa dua orang gadis. Berjilbab separas siku. Ayu. :))


Bukti 'independent'nya aku pada pagi itu, sehinggakan mak yang keluar dari kereta bertanyakan 2 orang gadis tersebut. "Awak peserta kursus ke?" Kelakar pulak bila diingatkan. Haha. Aku tak suruh pun mak aku yang keluar untuk tanya. Dah mak yang beriya nak tanya. Mak tahu anak dia cuak sebab takdak geng kot. Hihi. Tapi memang cuak pon. Fizikal mental not fully ready. muehehe


Bermulalah perkenalan aku dengan dua gadis tersebut. Adik beradik rupanya depa tu. Sorang kakak umur 24 tahun baru je grad. Adiknya umur sebaya dengan aku 21 tahun masih lagi belajar. Si kakak yang menjadi teman borak, si adik seperti sedikit pendiam aku pun takut nak tegur. Kak aisyah tanya padaku, "nak kawen dah ke?" Senyum je yang mampu. Kawen tu memang la nak, yang istilah 'dah' tu yang belum. Lambat lagi.
"Kak aisyah nak kawen dah ke?"
senyum.. "Lepas raya ni insyaAllah."
"Fuyooo.. lepas raya tu bila?"
"Raya ke-10".
"Cepat jugak eyh. hehe."
"Baru je kenal. Mak ayah yang kenalkan."

Orang-orang yang macam ni aku respect. Meletakkan soal jodoh di tangan mak ayah menjadikan mereka ini mempercayai pepatah bercinta selepas kahwin. Sweet! Dah banyak cerita yang aku dengan mengenai kebahagiaan yang dikecapi cinta selepas kahwin melalui orang sekeliling. Ustaz-ustaz sepanjang kursus tersebut pun banyak kali cakap benda yang sama. Banyak lagi pesanan dan ilmu yang ustaz kongsi. Tapi aku tak nak share lagi entry kali ni. Bagi rehat jari. Besok atau bila-bila aku buat entry perkongsian sepanjang kursus aku selama dua hari. 



Mungkin ada rakan-rakan yang terkejut kenapa aku pergi kursus ni secara tiba-tiba. Bukan stakat depa. Aku pun terkejut ni hahh. hehe. InsyaAllah akan di ceritakan juga pada entry yang akan datang. Sekarang masa untuk tolong mak didapur untuk juadah berbuka pulak. 

Kearah membina BM. (Baitul Muslim). Doakan. eyh. 

Selamat berbuka puasa. :))


Sekian, 

4 comments:

Nurfatin Atikah said...

mak suruh pergi kursus, mak dah ada calon utk GBM mungkin? apapun, semoga bertemu jodoh yg baik.. :)

siti ZAHARA said...

kadang2 kwn lama pun tak tentu ke jinjang pelamin..bercinta selepas berkahwin bru seronokkn..=)

Gadis Berkaca Mata said...

@nurfatin atikah
Amboi. mane ade. takde calon pun. nati lah kte story knape mak suruh pergi. hehe

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.666 (cantiknya No.. mean senang.. senang.. senang.. kan.. heee

done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog