Pages

Tuesday 6 August 2013

Imam

Amboi GBM, sebelum ni update pasal kursus BaitulMuslim beriya. Hari ni update pasal imam pulak. Misi mencari imamku lettew. tak lama dah. tak lama dah. bau nasik minyak makin dekat dah ni.
Opss. Dunt get me wrong okey. Tak baik reka gosip-gosip liar. Baca sampai habis baru boleh buat tafsiran. Imam baitulmuslim tu memang menjadi impian semua gadis-gadis diluar sana bukan aku je. Hikhik.


Imam dalam solat.

Sebelum masuk ke uitm seriusly aku tak pernah tahu yang perempuan boleh jadi imam. Jahil tak jahilnya aku. Macam orang tak belajar agama. Padahal masa SPM dulu agama islam elok je dapat A. Bukan apa, aku tak pernah nampak saf dan imam terdiri dalam kalangan wanita. Maklumlah aku bukan sekolah berasrama penuh, first kenal asrama masa belajar dekat matrik kedah. Sedih woo tiga bulan sekali baru jumpa family. Dekat matrik aku bukannya muke budak masjid pun, terawih pun jarang-jarang pergi. Kalau tanya aku istilah usrah masa tu, mesti muka blur-blur jawab... 'Errr.. ape kemende tu?'


Sejak masuk UiTM, Allah aturkan pertemuan aku dengan orang baik-baik yang telah menggerakkan hati ini untuk lebih kenal islam, agama aku sendiri. Alhamdulillah, syukur tak terkata. Perlahan lahan telah mengubah diri ini daripada perempuan kasar yang selalu berlagak hensem dengan seluar jeansnye kepada gadis ayu yang macho dengan skirt labuhnya. Terima kasih mak kerana bagi sokongan dengan membantu menambahkan lagi koleksi skirt kite. Lebiuu la mak. Terima kasih buat Kak Naqibah first person who give me a present berupa tudung bawal Aikel berbidang 60". Lebiuu la kakk!


Dari situ aku mula kenal istilah usrah. Setiap minggu pasti akan diaturkan satu hari khusus untuk sesi usrah bersama. Suatu hari tu buat usrah waktu petang. Masuk waktu asar, akak minta seseorang dari kami untuk volunteer jadi imam. Depa semua tunjuk jari telunjuk depa pada aku. "Hahhh.. errr.. akak. Kite tak pernah jadi imam. Orang lain boleh."
"Tak retilah kena belajar. Nanti lain kali retilah."
"Tapi kite tak belajar lagi macam mana nak reti."
"Takpe. belajar hari ni. Solat Asar tak perlu baca kuat-kuat pun."

Sejak dari itu dah belajar slow-slow untuk belajar jadi imam solat semasa usrah. Usrah yang terdiri daripada gegirl je tau. Haram bagi seorang gegirl untuk jadi imam buat laki-laki. Dekat rumah sewa Puncak Alam pun seringkali juga diadakan solat berjemaah dalam waktu maghrib dan isyak. Imamnye digilir-gilirkan sesama housemate. Hari ni dia, esok awak, lusa kite. 


Ini versi solat luar negara. Jelas HARAMM! Jangan ditiru pulak ye.
Beberapa hari lepas dengar ceramah daripada Ustaz Kazim Eliyas. Berkenaan tips untuk orang yang mula berjinak-jinak nak jadi imam. 
1.Sesiapa yang mula-mula nak mengimamkan solat, mulakan dengan mengimamkan solat zohor dan asar. Sebab solat zohor dan asar tak memerlukan imam untuk membaca surah dengan kuat. Bagus untuk permulaan agar tak rasa gugup. 
2. Jangan mulakan dengan solat subuh. Mana nak baca surah. nak baca qunut. Nanti tergagap-gagap sampai ke sudah tak selesai solat.
3. Kalau orang suruh kite mengimamkan solat maghrib boleh tolak dengan buat-buat sakit tekak. Maklumlah first time tetibe bakal pak mertua suruh jadi imam,boleh tercabut kepala lutut baqhang. Nak tolak mentah-mentah kantoilah. hihi.

Tapi janganlah buat selalu untuk tips yang ke-3 tu. Bila dah diajak untuk kali pertama tu, hari-hari yang seterusnya kena be prepared. Kena rajin tanya ustaz. Beli buku tentang teknik-teknik mengimamkan solat. Ikhtiar untuk jadi lebih baik. Allah suka hamba yang berusaha bersungguh-sungguh tau. InsyaAllah, Allah permudahkan. :))







Ya Allah, jadikanlah pengakhiran Ramadhan ini pengakhiran yang baik untuk kami. Engkau tanamkanlah iman pada jiwa-jiwa kami agar kami menjadi hamba yang terus memperoleh hidayah dan keredhaanMu. Sesungguhnya tiada yang lebih adil melainkan Engkau Yang Maha Adil. Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami yang berada dibumi Jordan, Palestin, Mesir mahupun diseluruh pelusuk muka bumi daripada kekejaman dan kezaliman orang-orang kafir. Ya Allah, berikanlah kemenangan buat para mujahidin yang sedang berjihad di jalanMu. Moga islam kembali tertegak di bumiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Memakbulkan, maka makbulkanlah doa-doa kami. Aameen ya rabb. 

*p/s: Esok last terawih. hurm. hurm. sekejapnye..


Sekian,

No comments: