Pages

Tuesday 20 August 2013

Jaga ikhtilat. macam mana?

Selalu kita dengar ustaz ustazah pesan. Jaga ikhtilat dalam berhubung. tapi faham kah kita dengan yang dimaksudkan ikhtilat? Kalau tanya aku.. mesti aku akan jawab.. errr...mungkin sejenis coklat? Hahh. amek. kejadahnye ikhtilat jadi makanan. gitula gamaknye bila tak belajar arab. satu kerugian disitu.


Dalam usrah selalu juga kak naqibah tekankan mengenai ikhtilat. Menurut fahaman diri ini setelah meneliti daripada bantuan bantuan rakan sekeliling. Ikhtilat ni sejenis permainan yang bahaya. Kecundang sedikit merana jiwa terpesong akidah. Jatuh value keimanan. Kenapa? Kerana ikhtilat itu sendiri membawa maksud pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Bila dah berdua duaan pasti ada yang ketiga. Siapa lagi kalau bukan cik stan. Yang akan mencucuk cucuk nafsu kita terus terusan sampai akhirnya nafsu melebihi keimanan. maka terlompat rianglah cik stan.

Pergaulan lelaki dan perempuan ajnabi? Pergaulan macam mana ye? Face to face tanya khabar. Macam tu ke? Ya. betul la tu. Apa yang aku dapat perhatikan.. zaman sekarang susah benar nak melihat orang yang benar benar menjaga ikhtilat dalam kehidupan. think positively mungkin sebab mereka kurang diberi pendedahan kot. sebab tu mereka macam tak faham. hurm

Kalau dulu zaman zaman henset 3310 sistem SMS diperkenalkan. Lepas tu zaman facebook fames satu malaya. Zaman letak gambar cecantik mengharapkan like dari rakan alam maya. puji pujian lepas tu hati melambung lambung riang. best kan? feeling feeling pinsess gituu.. Sekarang timbul application baru. whatsapp, line, viber, wechat, kakao. Free. tak payah bayar. lagi best nak chat. Aku pun suka sebab senang nak share ape ape. hihi. Tapi seramai mana yang dapat memanfaatkan teknologi yang ada ini dengan baik? dengan mantap? dengan menjaga ikhtilat mereka sebaik mungkin. Mungkin ada lah segelintir. tapi tak ramai. hurm hurm. tak payah tunding orang lain. aku sendiri pun pernah kecundang. Minta nasihat kononnye last sekali hati yang ternasihat dek kerana kejahilan diri. Tskk tskk.


Ikhtilat zaman sekarang bukan setakat face to face dah tau. Call, mesej, chatting dengan lelaki yang bukan ajnabi walaupun tak kenal sape entah itu pun dikira sebagai ikhtilat. Senang citer sebarang jenis perhubungan yang melibatkan dua hati yakni lelaki dan perempuan perlu dijaga sebaik mungkin. kalau boleh dielakkan kita elakkan. Kalau berhubung dengan niat nak merisik sebaiknya gunakan khidmat orang tengah. Demi memelihara ikhtilat masing masing. Sebelum kawen ngorat mak ayah dulu, dah kawen baru ngorat si anak yang dah bergelar isteri. Baru terletak barakah. insyaAllah.


"There must be a certain distance between cars for safety, as such there must be a distance between male and female."



Teringat apa yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha ketika program bedah buku di puncak alam satu ketika dulu. Sewaktu someone bertanyakan, "Ustazah, boleh ke kalau orang lelaki yang nak berubah jadi baik minta tolong daripada rakan perempuan?"
"Lelaki nak berubah ke jalan Allah kalau dia betul betul ikhlas nak berubah dia akan cari ustaz. Kalau dia cari kita golongan wanita takot takot peluang nak bermaksiat lebih luas. Kita juga boleh bagi panduan supaya dia rujuk mana mana buku agama atau mana mana ustaz untuk dijadikan contoh kepada dia. Kenapa kita tak boleh tolong dia? Tak kesian ke? Sebelum kita kasihankan dia, lebih baik kita kasihankan hati kita. Takot takot nanti hati kita pula yang berubah. Jadi lalai untuk mengingatiNya." - Ustazah Fatimah Syarha

Islam bersifat melindungi umatnya. Tapi ingat islam itu juga bersifat tidak membebankan umatnya. Antara ikhtilat yang dibenarkan antaranya adalah;

- sewaktu jual beli.
-sebagai saksi demi menyelamatkan maruah.
- untuk melayan tetamu yang datang ke rumah. Contohnya; menemani si suami untuk melayan rakan sepejabat yang datang beraya bersama keluarga ke rumah kita.



Short note sebagai panduan untuk kita.
Mekasih incik google! :))


Wallahualam. Sekadar perkongsian daripada ilmu yang diperolehi. moga moga bermanfaat untuk kepentingan sejagat. Zikir hati jom! Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.



p/s: jangan lupa doa untuk sedara mara luar sana. mereka berjihad untuk kita!


Sekian,

No comments: