Pages

Friday, 23 August 2013

Kerana manisnya ukhwah

Teringat lagi saat mula mula aku jejakkan kaki ke sekolah tu. with broken feeling. Takde sape faham perasaan aku tika itu. Mak ayah aku pun tak faham aku. Pindah sekolah atas dasar keterpaksaan. walhal jiwa kecil memberontak. Atas nama anak yang baik kuturutkan keinginan mak ayah yang menginginkan aku berpindah sekolah yang lebih baik yang lebih dekat. Hari first menjejakkan kaki kesekolah itu aku datang dengan tangan kosong berlenggang kangkung mengalahkan itik pulang petang. File maklumat peribadi pelajar selamber badak tinggal dekat rumah. Kesian ayah terpaksa berpatah balik kerumah untuk mengambil file tersebut. Kalau tak cane nak daftar sebagai pelajar baru? protes sangat leteww. Bila tengok ayah bersusah payah berpatah balik kerumah baru terdetik rasa menyesal. tetibe dada jadi sebak.
Bagi sesiapa yang hairan kenapa saat mula mula aku berpindah kesekolah itu dengan wajah bermuram durja masam mencuka senyap menyepi. fahamlah dikau. Jiwa ini sedang memprotes lantas membanding bandingkan sekolah disini dengan sekolah disana. Sekolah disini tak best. meja buruk. kat sana meja baru sebab sekolah tu sekolah baru sebab batch aku merupakan second batch untuk sekolah tersebut. so semue peralatan, perkakas baru. Sekolah disini aku tak tahulah aku batch yang keberape. semua perkakas macam dah usang. bukan macam tapi memang agak usang. hehe. maaf kawan!


Itu pengalaman aku sewaktu muda muda dulu. Mungkin pahit yang dirasakan tika itu tapi manis untuk dikenang tika sekarang. sangat. Sekarang dah masuk 5 tahun kami kenal. kongsi suka duka. cerita itu cerita ini. sampaikan sedar tak sedar ada diantara kami bakal menjadi seorang ibu.dan kami? bakal menjadi makcik. yeayyy! makcik muda yang cun. dan semalam yang semalam yang semalam pada tanggal 18/8/2013 kami bertemu kembali. Terengganu Equestrian Resort (TER) menjadi saksi pertemuan kami. Bowling dijadikan landasan untuk kami memantapkan ukhwah yang sedia terbina. walaupun aku tak suke sangat game ni. huhhh!


Nasib baik belum stat. kalau tak memang hareeemm
 nak letak gambar ni. cari nahas malukan diri sendiri. haha
M M M dan Z. 4 orang je? bukan. Sebenarnya yang ada waktu itu F M M M M W Z. 7 orang. Tapi yang F dan M dia tak nak main. (Fatin dan Mas). Tak reti katanya. macam perli kite je. kite ni lagi la berdouble double double tak reti. Asyik salahkan bola kenape masuk longkang, salahkan tangan kecik kecik tak bengkung. Tapi lupe nak salahkan diri kenape asyik suka cari alasan untuk disalahkan. Haippp! Oh ye. yang W memang tak boleh main. (kak wani). demi baby kita bagi dia berehat rehat santai santai. baby tengok makcik makcik generasi ribena ni main ye. tengok je tau. jangan ditiru aksinye. karang sampai ke sudah masuk longkang. hihi.



Si F tu cakap je tak reti tapi mase turn mama mia, dia tolong balingkan elok je kene batang pin tu. siap jatuh tergolek golek baik punyer. macam ni dia kata taraf tak reti main? isyk. jeles betul hati kiterrr. Kite ni sikit punye seksa jiwa raga baling nak bagi pin tu jatuh. tapi tak jatuh jatuh. karang kiter main lompat lompat kat situ baru tahu langit tinggi rendah ye. Bukan setakat bijik bijik pin tu yang jatuh siap dengan bangunan bangunan sekali yang roboh. haha.


Tahniah buat Mimi. Johan bowling. memang kecik kecik cili padilah dia ni. Jeles lagi hati kiter. Badan kecik cenonet pegang bola boling seketol yang agak berat kukira boleh strike. Aku ni badan yang besar besar lada bengala pegang bola cenggitu pon usahkan nak strike, nak tengok pin jatuh seketol pun kemain payah. haihh. Tahniah jugak buat hajah Z. second place on that day. Hajah ni hapy go lucky dia masuk longkang pun dia gelak. Aku pon gelak. dalam hati berkata "yesss.yess. ade can nak menang!" kononnye lahh. -.-" mimpi di tengah hari membutee la GBM oii. Tengok orang star macam hajah main. Tengok cenggitu je bola bergolek eyh. jeling gitu je. ok foinne! Third and last place..? Mama mia let the secret be the secret. neh!

Bakal ibu dan makcik makcik ribena. Credit to makcik mimi. Editnye sangat gojes!

Picture from insta @shahimarz.




Sebenarnye keterujaan aku untuk ke TER ni adalah disebabkan faktor lain. hihi. Teruje untuk tengok jelah. Nak main tak berani. takot jatuh. bahaye. Eyh. Bukan aku je yang teruja untuk ini. Fatin dengan mama mia pun sama. Tapi tak sape yang berani nak tanye untuk minta izin antara kami. Minta izin untuk potoshutt. ala.. macam biase.

Tadaa. sesi potoshutt ngan cik kude.

Last-last aku buat buat berani bagi salam. Lepas tu nyorok belakang mama mia. haha. Tetibe muncul seorang mamat hitam hitam manis keluar. "Waalaikummusalam.. ye nak apa?" 
"Boleh tak nak ambik gambar ngan kuda.?"
"Boleh. boleh. sila sila. kuda ada dekat belakang." 

Bukan stakat bergambar dengan kuda. bervideo. main gosok gosok. berdialog dengan kuda. Dah jadi kawan baik pulak dengan cik kuda kuda. Abang tu sempoi habis. Diajaknye kami untuk jelajah setiap kuda sampai dikenalkan kepada kami baby baby kuda yang comel comel. Abang tu cakap "kalau bawak carrot dia lagi suka." Wah. cik kuda.. cita rasa kita samalah. jage mata jugak awak yer cik kuda. Bagus bagus! sesuatu yang amat membanggakan! patotlah tak nampak kuda kuda disini bermata empat. hihihik.

yang laki paka baju biru tu lah abang yang coach kami. 
cewahh. dapat title coach siap. mesti abang tu touching ngan kami. haha



Abang tu kasi tips kat kami:
1. Kalau nak pegang kuda kena berani. Tak boleh teragak agak, macam takot takot bila nak pegang kuda sebab nanti kuda akan ingat kita ni nak pukul dia.
2. Kalau kita pegang kuda, nampak telinga kuda kebelakang. itu tandanya kuda itu tidak selesa dengan kita. 


Tengok telinga kuda. kebelakang. nampak sangat kuda tu kompius bila 2
gadis berebut nak sentuh. okey2. kite tak sentuh la.
Lepas puas main. bermesra mesra dengan kuda. kami singgah kedai beli makanan. Lepas tu sambung lepak lepak kat umah ibu wani. Ibu yang propose kami untuk lepak lepak umah ibu. Cewahh. propose siap. macam orang nak masuk merisik bunyinye. tak menahan. Ibu kemukakan dengan alasan "nanti boleh jimat duit. tak payah beli air. kak wani buatkan air koktail." Okai. Alasan yang boleh diterima. menguntungkan kedua belah pihak. yeayyy! 

Makangg time.
Fasihah dengan Jue ada jugak. diorang datang lambat skit. masa kami buat rakaman diladang kuda baru depa mai. Uihhh. depa mai terus jadi kecoh. Nak nak masa dimeja makan. Nasib baik aku dah habis makan masa tu. kalau tak mahu tersembur kat situ. Macam macam isu keluar. Daripada isu lalat hijau. zaman single.. cewah macam sekarang dah ber'couple' je eyh. hihi. isu kawan kawan yang dah bertunang dah bernikah. Sungguh rahsia alam ni tak siapa yang tahu. Rakan rakan yang dulunya diam diam ubi dalam kelas senyap nak dengar suara pun payah sekarang dah bertunang. dah berkahwin. Betul. Allah itu maha pengatur. dan pengaturanNya memang tak terfikir dek akal. Allahuakhbar.



Hari tu kami sempat main tukar tukar hadiah. Malu sebentar time ni. Ini permintaan kiter. Kalau boleh nak kekalkan tradisi ni. Masa reunion kami dulu pun kami main tukar tukar hadiah jugak. Aku juga minta diorang sertakan sekali dengan ucapan. seayat pun jadilah. Dapat idea daripada geng usrah. juga daripada si dikya. pencetus idea. Haritu masa gathering dulu sesi pertukaran hadiah aku dapat hadiah daripada si dikya siap ada kad ucapan.. blink blink ada gambar bear siap. comel! hihi. Habis penuh muka aku disetiap gambar. konon konon organizer on that day. konon konon je la. hihi. sebenarnye nak rushing. Mama mia nak kena balik cepat sebab nak balik kampung di besut. Rushing rushing pun sempat lagi rakam video taruk dalam instagram. weolsss weolsss. memang lah. :))


Jodoh pertemuan itu terletak ditangan Allah. sungguh. Dan hari ini terbukti benar. Atas nama ukhwah kita bertemu lagi. Kerana Dia. Atas keizinan Dia. Kita diberikan ruang untuk melepaskan rindu yang terbuku dihati. Dalam pertemuan kita berpelukan, berkongsi cerita, berkongsi rasa. Romantik betul si ukhwah ni. bencintau.!


Kata mak, 
Kawan itu ibarat lebah,
Habis manis sepah dibuang,

Kata abah,
Kawan itu umpama bunga ros,
Dipandang cantik dipegang sakit,

Kata atuk,
Kawan itu seperti air 
tetap terus mengalir meski ribut melanda,

Kata nenek,
Kawan itu bak bulan,
Dipuja & disanjung tapi nun jauh di sana

Kata saudara,
Kawan itu macam makanan,
Kawan makan kawan,

Kata abang,
Kawan seperti lembu
Mengikut saja apa dikata

Kata kakak,
Kawan itu tak ubah macam durian
Bau saja busuk tapi sedap dimakan,

Kata adik,
Kawan macam biskut
Sekejap ada sekejap tak ada,

Kata aku,
Kawan itu tak kisahlah macam mana,
walaupun dia ibarat lebah,
umpama bunga ros,
seperti air,
bak bulan seperti lembu ,tak ubah macam durian 
dan macam biskut…
Dia tetap kawan…tau tak sebab apa?
Sekali aku dah kawan dengan dia 
Selamanya dia tetap kawan aku… kerana apa? kerana ukhwah itu sweet. :))
(edit daripada sumber google)


Hari ini aku belajar. daripada kenangan yang lalu. Kekadang yang bersifat keterpaksaan itulah sebenarnya manis untuk diingati. sampai bila bila. sampai bila bila. Wujudnya keterpaksaan maka wujudlah ukhwah kita, ceritera kita. Saban hari saban waktu saban tahun. tetap tersegar megah dalam ingatan. Alhamdulillah. Perancangan Allah benar benar romantik. :))



p/s: dalam gembira kita titipkan doa buat saudara kita yang jauh dimata tetap dihati. Mesir. Gaza. Syria. malah seluruh dunia. Moga kemenangan menjadi milik mereka. Aameen.


Sekian, 

3 comments:

Nurfatin Atikah said...

nak pegang kuda jugak, hehe ;)

Anonymous said...

Kisah anda sme ngn kisah sy... Paksa n rela pndh skull... At last redha... Tp xpe.. Dlunya pahit mcm ap tp skrg perghhh la... Sweet overload... Kerana ukhwah itu sweet... Bersyukur dikurniakn shabat2x yg sweet2x... Kekalkn ukhwah ini GBM... Moga ikatan persaudaraan ini kekal hingga syurga.. Allahuakbar..

Gadis Berkaca Mata said...

insyaAllah. ukhwah itu mmg sweet. :))