Pages

Wednesday, 4 September 2013

Soal Independent

Aku sebenarnya kurang gemar bila orang cakap aku tak reti nak berdikari. Hati ni mula cuba berfeeling-feeling merajuk. Nasib baik feeling itu sempat ditepis oleh cik iman. Marah itu asal daripada syaitonn. Ingat tu mek GBM. Sebab tu bila orang kata 
'Umur 21 tahun pun, masih tak reti-reti nak pijak atas kaki sendiri?'

Aku akan buat muka toya sambil dalam berkata, 
"Giler nak pijak atas kaki sendiri? sakit kott!" 
Haha. Lagipun kite muda lagi. baru 20tahun 11bulan plus plus. 

Al kisah sewaktu bermusafir di kota selatan malaysia bersama keluarga tercinta baru baru ini. Masa tu ada sale dekat salah sebuah shopping complex tapi kena guna kad dia baru boleh sale. Takde kad takde sale. Aku pon pelik dengan sistem sebegitu. Seolah olah sedang mendiskriminasikan ummah. Teringat yang kasut kuliah aku dah agak rabak kesan daripada perjalanan hidup bergelar pelajar optometri. Cis, ayat macam tragis giler tak menahan. Haritu sebelum masuk lab clinical optometry (Semester 3) , lecturer dah warning aku. Aim siap-siap cakap masa clinical tak boleh pakai kasut sukan atau sebarang kasut kasual sambil tengok kasut aku. Sedih giler. Aku tak suka pakai sebarang kasut pompuan! Sebab tu aku selamba je ke kelas pakai kasut sukan. Housemate aku siap cakap, "Jenayah fesyen sungguh!" Mana taknye. Tshirt, track, kasut sukan. Sampai budak lelaki tegur, "Nak pegi kelas ke, nak pegi jogging?" Tapi aku? "Aah.. ada ku kesah?" Tapi lepas lecturer tegur kena tukar la. Berkat kita depa pegang. Beli lah kasut pvc seketol guna sepanjang semester 3&4 untuk hari yang ada lab. Hari yang takdak lab maintain kasut sukan. muehehe. 

Ok. sambung kisah di mall. Tengah tengah belek kasut kasut pvc ala ala kulit gitteww mak ngan adik adik aku blah cenggitu je. Haihh, kecik pulak hati kiter. Tak menyempat depa ni pegi kedai lain. Aku pun protes pergi dekat mak cakap.. "Tak boh beli ah gini." 
"Doh bakpe takboh beli? Takdop hidung ke?" 
"Biar ah. takboh beli gop."
"Takboh beli sudoh."
Merajuk tak menahan terus aku cari port ke sebuah bangku. Duduk situ sampai mak aku sudah beli. Aku ada satu kelemahan. Tak boleh beli kasut mahupun sebarang pakaian secara sendirian. Tak tahulah kenapa. Maybe genetik dalaman bermasalah kot. Adik adik pompuan aku pun sebegitu. Hihieww. 

Bila fikir balik.. err. mungkin statement tak pandai berdikari tu ada benarnya. Bukan tak pandai langsung, kurang pandai berdikari. Kurang pandai tang shopping ngan masak je pun. hihik. Dah shopping kat tempat orang, kalau setakat dekat mydin mall kuala terengganu ni tak kisah pon jalan sorang sorang. Sebab kat situ pekerjenye ramai pompuan. hihik. 


Kasut raya. Pak sedara aku tegur,
"Dah kenapa hari raya pakai kasut koboi?" -..-







Kesudahannya, mak call cakap. "Mari sini dekat kedai kasut."

Kasih ibu membawa kesyurga kasih bapa sepanjang masa. 

p/s: Merajuk limabelas minit je. Lepas beli eskrim oke balik. haha. 



p/s lagi: Hari jumaat balik palam. Semester 5 bermula. Selamat menjadi senior kepada senior kepada junior!


Sekian, 

3 comments:

Mysara Ab Rahman said...

xbley beli sendrian? klu mai, time sndrian tu la mcm2 beli n mmbazir mula dtg..hee

Nurfatin Atikah said...

kte plak kes terbalik. klu ada org temankan, xdpt nk beli, klu sorang2 baru boleh shopping, hehe ;)

Gadis Berkaca Mata said...

kte kalu pekedai tu pompuan kte oke je. ni laki. xselese bile men perhati gitu. sobsob