Pages

Tuesday 27 August 2013

Pengisian kursus Pra Baitul Muslim

Atau kata nama lainnye.. kursus kawen. Aku lebih suka dengan istilah 'Baitul Muslim' berbanding istilah 'kahwin'. Bila sebut baitul muslim rasa lebih gerun dan seriauu seluruh badan. Sebab aku tahu.. matlamat aku untuk jadi induvidu muslim yang sebetulnya pun belum tercapai inikan pula nak masuk ke fasa baru.. Gerbang Baitul Muslim. Hati mahu kuat derr! 

Sambungan daripada entry ramadhan yang lalu. Lame benor postpone nye. Daripada ramadhan hingga ke syawal hingga ke hujung hujung penghabisan syawal baru berkesempatan nak berkongsi pengalaman. sampaikan dah ingat ingat lupe. hihi. maaf ler esey dah tua nak masuk 21 dah bulan 9 ni. nak buat acenoo hah. 

Doorgift yang diberi. Dalamnye ada
buku panduan BM.





Kursus pra BM yang aku pergi tu selama dua hari. Dalam sehari tu pecah pecah kepada beberapa slot. Ada dalam 5-6 slot cenggitu la dalam sehari. Antaranya slot akidah, ibadah, tanggungjawab selepas berkahwin, pengurusan kaunseling, pengurusan kewangan, pembubaran perkahwinan, komunikasi suami isteri, prosedur kahwin dan lain lain. Setiap slot dihandle oleh lain lain ustaz/ustazah. Majoriti ustaz/ustazah yang bagi talk semua best best. Best tu bukan maknenye best macam makan kekcekelat.. tapi best tu sebab tak ngantok. tak sempat nak menguap. Ustaz asyik buat lawak. Gaya dia. mengajar sambil bergaya dan berdemostrasi sambil membungakan ayat. Sampaikan satu saat aku jadi macam.. 'Err. ustaz ni cakap apa sampai orang lain boleh gelak sakan sampai terburai air mata?' Loading tahap kronik. Beberapa minit baru faham. Lepas tu mula senyum sorang sorang. keje gila senyum sorang sorang! Cane tak loading.. burger dijadikan perumpamaan untuk orang yang dah kawen. Aku dah terbayang burger abang burn tu hah. menjejeh jejeh mayonis dan cheese. terliur sampai kesudah tak dapat makan lagi. kempunengg sungguh!

Ustaz cakap untung gadis gadis terengganu, duit hantaran dijadikan sebagai mas kahwin. Kalau 10k hantaran, 10k itu akan disebut sebagai mas kahwin ketika akad. Mas kahwin itu perlu disediakan ketika akad untuk tatapan tok kadi dan para saksi. Nak bagi dalam bentuk chek boleh. Tapi dibelakangnya akan berbunyi sebegini.. "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin 10k hutanggg." Sebab chek itu tak dikira sebagai tunai tapi hutang. Dah tu cane nak buat? Tak kan nak bawak cash pi rumah pengantin pompuan. Kena samun kat situ naya saya,ustaz. melepas la saya. *Ecehh. gatol!
Nak bawak cash pun boleh. tak de masalah tapi risikonye itulah. terdedah kepada risiko samun dan rompak. Manusia sekarang kan..duit aje dipikirnya. Cara yang terbaik, pengantin lelaki buatkan akaun bank baru kepada si pengantin perempuan. Contohnya akaun bank islam. Nanti masa lafaz akad tunjukkan buku akaun bank kepada tok kadi dan para saksi sebagai bukti. 


Masa slot komunikasi suami isteri.. aku lupa lah sama ada ustaz/ustazah yang bagi talk ni. Dia pesan kat kami yang pompuan pompuan ni, ada aku tulis dalam buku nota. Sebab aku rasa apa yang dikatakan ini macam penting. hihi. Dia kata dalam adab berumahtangga.. 'Kamu bakal bakal isteri tak boleh panggil si suami dengan gelaran nama si suami. Tapi si suami boleh panggil si isteri dengan gelaran nama si isteri.' Ok. aku dah ingat! yang bagi ceramah ni adalah seorang ustaz. Ustaz yang sangat kelakar! Dia pi tanya sorang sorang dekat kami ni 'Nanti dah kawen nak panggil suami awak apa?' Gelak gelak kami dengar. Ada yang cakap nak panggil hubby, sayang, yayang, b, abang, papa.. Aku? panggil 'bro' baru nampak macho tu lebih. 'Heyy bro! kenapa hensem sangat malam ni?' Nampak tak permainannye?Dalam kasar nampak romantikonye. ecehhh!


Lepas habis slot ibadah tak silap aku sambung terus dengan slot pengurusan kewangan dalam BM. Lepas je ustaz tu keluar datang seorang lelaki ni. Tengok gaya jalan cam kenal. Bila dia angkat muka, baru cam.  Eyh. Bukan Abang Man ke? Fuyooo. sepupu aku bagi talk kat sini. Kecik betol dunia ni. Abang Man ni umur sebaya dengan mak aku. Tua dah. Anak sulung dia sebaya dengan aku. Tapi dia tak cam langsung aku. Hari tu pegi raya umah dia, dia boleh tunding ibu jari kat kite tanya dekat mak 'doh ni anok sape pulok?'. Allah, sadiss sungguh! Kecik pulak hati kiter. 
"Haritu nampak abang man bagi talk mase ceramoh kawen."
"Eyh, ye ke?"
"Ye la."
"Allah, dok cam starang ambe. mintok maaf. Besor doh lenim lain jadi muke blake blake."
Senyum.

Ini slot paling last. sebelum 'lesen' sah di beri!


Ada banyak lagi pengisian yang menarik. Bagi aku semua yang disampaikan sepanjang kursus semuenye menarik. sebab ini merupakan benda baru bagi aku. ye la. Walaupun tittew kawen nye entah bile. tapi tittew pun nak belajar jugak persediaan menuju ke gerbang BM ni. Persiapan awal lebih afdhal. dok gitu? Tak nak cerita lelebih. nanti kome kome ter feeling lebih. hihi. susah jugak tu. 


Oh ya. buat geprens yang tertanya kenapa aku pergi kursus kawen tak bagitahu depa? Kenapa pergi sorang sorang? GBM nak kawen dah ke? Bila? Kawen paksa ke? Haihh. banyak pulak depa ni create spekulasi. yang tak menahan ada orang post wish tahniah dekat FB aku tak menahan! Button delete makang dyee! Aku jadi bidan terjun. Dua hari sebelum kursus baru mak aku cakap mak aku tukar nama. Yang patut ke kursus adalah kakak aku. tapi dia tak dapat balik pada hari kejadian. Ada exam.. nak batalkan? dah bayar.. satu pembaziran kalau tak pergi. So, aku dengan hati yang kosong muka yang innocent menggila.. pergilah kursus bertemankan Raqib dan Atid. Dengan harapan menggunung semoga catatan si Raqib lebih banyak daripada si Atid. :))

Dan kenyataan ini. Aku percaya. 100%!

Sekian, 

4 comments:

Anonymous said...

Cisssss. Maaflah gbm, i tot u nk mndirikan BM. Papepon semoga jodoh cepat hihi ameen!

Gadis berkaca mata said...

Aameen! Haha. tu la. lenkali kalau xtahu tanye. =pp

Nurfatin Atikah said...

semoga GBM jumpa 'bro' yang soleh, amin.. :)

Gadis berkaca mata said...

Aameen!