Pages

Tuesday 1 October 2013

Imbasan tentang ukhuwah

Ukhuwah. Tak semua ukhuwah itu manis. Ya. Aku tahu tu. Aku dah 21 weyhh. banyak sangat garam yang dah ditelan. Zaman kejahilan, zaman kejatuhan, zaman kebangkitan.. semua dah dialami. Cuma yang belum adalah zaman kegemilangan. bukan calang calang orang boleh sampai situ tu. Pernah gaduh, bermasam muka, pernah tak bertegur sapa melebihi 3 hari. Fuh, dasyat betol kenkadang rasa keji betol perbuatan aku dolu dolu eyh. Tapi alhamdulillah atas dasar ukhuwah itu kita kembali berbaik. atas dasar ukhuwah kasih sayang mula dirasakan makin menebal. Allahu. Sebak nak cerita.


Minggu lepas.. Kak naqib mesej kami ajak kami geng senpai kohai berkumpul buat kali terakhir. Mula mula tu rasa macam was was jugak ler. Sebab minggu sebelum tu dah buat usrah katanya usrah terakhir kami juga tapi tengok tengok minggu ni masih ada lagi usrahnya. Nampak tak? Berjodohnya usrah kita. Hihi. Tapi usrah kali ni telah dimention awal.. Usrah kali ini adalah usrah wida'. Usrah perpisahan kita.
Dalam pertemuan tu kak naqib minta kami sorang-sorang baca ayat Ali-Imran:103 yang bermaksud,

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya.

Terkesan pulak hati kiter dengan ayat ini. "lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.." Auchhh. Rasa macam batang hidung di sentap kuat. Kena betol!

23/09/2013 berbulat optomey akhirnya dibubarkan.
Sedih betol. Sungguh. Hati memang tak rela dengan keputusan ini. Dah 2 tahun 4 sem kita berbulat bersama tetiba bulatan itu diputuskan.. impak pada hati begitu kuat dirasakan. Banyak ketidakpuashatian dilontarkan pada kak naqib. Maaf kak naqib. Bukan kami marah tapi sebab... sebab... sebab dirasakan ukhuwah itu makin menebal. Rasa sayang kian dirasakan utuh. 

"Kak, kalau tak tukar usrah tak boleh ke?"
"Tak boleh. tukar la seronok.. nanti boleh kenal ramai kawan."
"Tak mauuu. kite kan sekarang dah rapat. Mana boleh pecah."
"Isyk. bukan putus silaturahim pun.. dalam lecture hall still jumpa kan..."
"Alaa... tu tak samalah kakk..."

Macam budak budak belum baligh je bicaranya. Ye la. nak protes punya pasal. Dah macam macam soalan dilemparkan.. dah macam macam ayat yang diperdebatkan. tapi alasan yang kami ada masih belum memuaskan kak naqib. Habis tu cane nak memuaskan. dah kak naqib dan naqib naqib satu daurah dah putuskan. A kata depa.. A juga yang harus kami terima. "Untuk kebaikan kamu jugakkk.." 
ok. foine!


Jumaat lalu.. Kak naqib mesej lagi. 'Malam ni mohon freekan masa untuk akak kenalkan kepada korang naqibah baru korang semua.' Dalam hati nervous tak terkira. Ya Allah, kiranya betul betul la akak ni dah tak jadi naqib kitorang. Respon: sungguh tak rela.


Sampai dilokasi perjumpaan, ada lagi beberapa rakan daurah dah ada dekat sana. Para naqib kesemuanya berjumlah 3 orang. Ok. Sah. sah! Memang kami bakal berpecah. Sesi dimulakan dengan taaruf, dan tadabbur. Masa ni tangan dah seram sejuk. Mengalahkan orang masuk meminang. Ohoi.

“... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” 2:216

"Bismillahirahmanirahim.. sekarang untuk dayah dan fyra.. sekarang akak serahkan korang dibawah tanggungjawab kak naqibah baru korang... Kak Paan."
Aikkkk.. kenapa dayah ngan fyra je? Aku tak payah join usrah ke? waa.. Kakkk.. pliss.. kami satu roomate kot. Dalam hati memprotes hebat. Roti john yang tengah disuakan ke mulut langsung break mendadak. Tak jadi masuk mulut.
"Dan GBM.. akak masukkan dibawah jagaan Sakinah."

Errr.. respond? speechless. Ya. Sakinah memang antara naqib yang paling aku tertarik dengan penyampaiannya. Berkeyakinan dan penuh motivated. Tapi aku tak expect yang aku bakal berpecah 100% dengan geng usrah dahulu. Sensorang masuk usrah baru. Errr.. feeling lonely plak tetiba. Tapi dalam hati lega sikit sebab dapat naqib yang dah pernah kenal. Alhamdulillah. walaupun hakikatnya berkeseorangan sebenarnya. Kak naqib pandang aku...
"Ok. ke ni?"
"Eyh.. apa pulak tak ok. orang kuat ni." tunjuk otot otot lengan siap.


Selepas tu masing masing kena memberikan ucapan buat naqibah lama dan baru. Sesi round table. Dalam kepala dah ready dah ayat nak cakap apa. Tapi bila sampai giliran aku. Baru je cakap terima kasih.. air mata berjejuran jatuh. makin lebat pulak tu. Allah. tak kuat rupanya aku ni. "Kak... tak boleh nak cakap..." Setiap kali percubaan nak berucap minda jadi terimbas. Kenangan 4 semester lalu ketika di bangku semester 1. Macam macam yang peristiwa yang terimbas. Macam mana perkenalan kami memula dulu. Aku tak kenal pun akak naqib dulu. Dengan izin Allah, Allah hantar seorang sahabat (fyra) tag aku di FB. cadangnya untuk buat group study group tapi sekarang dah terbinanya jalinan ukhuwah atas landasan dakwah. Allahuakhbar. Peristiwa dimana sesi keluhan hati kepada akak naqib tentang masalah yang dialami dulu saat nak berubah ke tudung yang sekarang ini dipakai. Kes segan dengan mak ayah terlampau takot mak ayah fikir bukan bukan bila tengok si anak balik kampung berwajah baru. Akak banyak tolong kita.. tapi kita? banyak susahkan akak. Akak minta kita buat persediaan jadi naqib kita tolak mentah mentah. sebab merasakan diri tak layak. Padahal layak dan tak layak itu tak menjadi isu pun. Kita semua sama. kalau bukan kita yang memegang tampuk dakwah ini? siapa lagi? Allah. makin lebat airmata mengalir. sampaikan mulut tak mampu lagi berkata kata. apa pun.
Kesudahnya dipass giliran berucap kepada sahabat yang lain.




Maaf kak. kenangan ini telah membisukan mulut dari berkata kata lalu mengutuskan mata pembawa isyarat. Terima kasih for being nice to me. person who change me alots.


Dan buat kak naqib baru. Terima kasih kerana masih sudi menerima diri ini untuk menyertai bulatan gembira kalian. Tegurku jika ternyata aku salah, sedarkanku jika satu hari nanti aku terlalu gembira sehingga lalai dari mengingatinya.


Yang benar,
Insan lemah.

Sekian. 

2 comments:

Nurfatin Atikah said...

sebak baca entri ni.. moga kita sama2 terus kuat berada di jalan dakwah ini, amin.. :)

NuramieHz said...

jelesnyee tgk korg..untgla na atleast ade jgk kenangan bsame ceni..:')