Pages

Wednesday 15 January 2014

Ending of 2013, ending of semester 5



*Tarik nafas*. Lega. lega. lega. walaupun seketika cuma minggu depan nak kena pikir pasal praktikal di kedai kaca mata pulak. Moga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Aameen!

Hari ni bersaksikan tarikh 15/1/2014 maka dengan lafaz bismillahirahmanirahim berakhir sudah pembelajaran untuk semester 5 sebagai pelajar optometri uitm Puncak Alam. Bermakna masih tinggal 3 semester. Tiga je lagi lepas tu boleh start pikir BM sendiri plak yer. *ini serius ok! haha


Alhamdulillah sepanjang semester 5 banyak benda baru yang dipelajari..tapi tak sempat nak kongsikan. huhu. tapi bukan bermaksud kedekut ilmu. Never ever! Sangat tidak elok sebagai seorang pelajar kerana keberkatan itu terletak pada banyak mana kita manfaatkan ilmu yang kita perolehi. InsyaAllah ada masa lebih, ada umur panjang skit akan diupdate from time to time. :))


Sepanjang semester 5 ni ingatkan dah bebas daripada sebarang tugas, bebas daripada dunia media ni.. *cewah! bebas sengat! dah tu instagram, facebook, twitter kejadah semua tu bukan media ke GBM oiii. Owh. bukan yang itu. I mean dunia ke'media'an OPTIMIST UiTM. Allah masih mahu uji sama ada hambaNya yang sorang ni mampu bertanggungjawab ke tidak dengan tugasan yang diberi. 3 semester sudah bergelar exco multimedia dan publicity. Banyak. banyak sangat yang aku belajar sepanjang menjawat tugasan ni.

Belajar untuk menghasilkan blog yang mantap, belajar untuk tangkap gambar orang lain bukan gambar sendiri, belajar cemana nak remove virus dari blog, belajar untuk sabar, dan yang penting belajar untuk menangis senyap senyap. ok. yang ni sadis. malas nak citaaa. tutup buku. sekarang dah 2014 ok. dah nak masuk 22 tahun GBM. mohon untuk terus kekal kuat!


Untuk semester kali ni, blog OPTIMIST UiTM dah tukar link baru. Tapi admin masih sama. semester depan insyaAllah baru bertukar admin. hehe. Blog lama dah deactivatekan. Buat semua yang ingin mengetahui aktiviti terkini pelajar pelajar optometry uitm boleh ziarah di link http://optimistuitmpuncakalam.blogspot.com . Untuk program Jom Check Mata (JCM) iaitu program screening jelajah seluruh Malaysia, OPTIMIST telah menubuhkan sebuah page di facebook bagi memudahkan masyarakat setempat untuk mengetahui lokasi JCM yang bakal diadakan. senang! senang orang awam nak check mata free, senang juga kami kami nak cari patient untuk clinic nanti. hehe. *Boleh LIKE sini. :))
Semester lepas aku sempat join JCM di dua lokasi. Iaitu di dewan serbaguna SACC Shah Alam dan Kg. Melayu Raya Johor. Kesemua gambar gambar sepanjang screening dijalankan boleh tengok dekat page JCM.

Mobile optometry clinic yang tak lekang mencurah bakti buat masyarakat.
Alhamdulillah. *abaikan model tersebut!

Kaunter history taking, sewaktu screening di Johor.

Kaunter penglihatan warna dan 3D. 

Ni antara serba sedikit gambar masa screening tempoh hari dekat johor disember lalu. Ada banyak lagi gambar-gambar lain boleh tengok di page JCM


Semester kali ni kami wajib amek course "Pre-Clinical Examination" . 2 credits hours. Sebagai persediaan sebelum masuk clinic sem depan. Sem ni berlatih check mata sesama rakan seperjuangan je dulu. Lepas tu kami akan dinilai oleh Optometrist luar. Kalau lulus baru boleh proceed masuk sem depan. Sem depan baru boleh sentuh real patient. So, dengan menyertai program screening sebegini banyak sangat membantu kami.. dari segi komunikasi sehinggalah kepada pemantapan skill. Teringat pulak dialog dengan examiner Clinical Examination tempoh hari sewaktu sesi Q&A. *Dah rasa macam VIVA dah. banyak bener soalan yang diajukan.

Optometrist in future. InsyaAllah.

Examiner: Awak rasa orang yang berenang sesuai tak pakai contact lens?
GBM: Selagi dia tak ada any complication pada mata, mata sihat walafiat.. insyaAllah boleh pakai. 
Examiner: Contoh dan sebab?
GBM: Contact lens daily wear. There is a lot of bacteria contain in water which can cause infection to the eyes. Air merupakan pembawakan bakteria yang sangat banyak. contohnya; acanthaemoba. Salah satu penyebab yang boleh menyebabkan infection yang teruk pada mata. Once someone used the contact lens to swim walaupun pakai gogle, tetap ada air sedikit sebanyak yang masuk mata. So, sebab itu selepas guna kena terus buang tak boleh simpan dan pakai keesokkan dan keesokan.
Examiner: Good, so what the advantage of soft contact lens compared to hard?
GBM: Suitable for sports!
Examiner: Lagi?
GBM: Only need short time to adapt, suitable for pediatric patient. 
Examiner: Lagi? 
GBM: Errr.... 
Examiner: Betul la tu. Tak kiralah apa yang awak buat awak kena yakin. Awak dah pilih nak jadi optometrist so awak kena suka apa yang awak pilih.
GBM: Saya suka je jadi optometrist. Paling saya suka join screening.. tapi saya ada satu kelemahan. Mudah darah gemuruh. 
Examiner: Itu cuma perasaan awak je. Perasaan boleh atasi. 

Examiner yang pada awalnya membuatkan kepala lutut hampir tercabut gara gara ketegasannya pada awal awal sebelum nak mula fitting contact lens. Tapi sepanjang fitting, observed the tightness, consultation.. selalu tanya. "Hah, ok ke tu?" dengan nada bersahaja membuat hati menjadi tenang. Fuh.. fitting dengan tenang.. patient pun baik. Tekun membiar aku bermain dengan matanya. 

Alhamdulillah, its all going smoothly except for the clinical optometry eye examination. Subjective refraction sangatlah tak menjadi gara gara tak control betol betol patient punya accomodation. Peluh menitik baqhang. Buat retinoscopy macam orang baru habis berjoging. Habis je exam terus feeling feeling tak lapar tak nak makan. Tak sampai setengah jam berkurung dalam bilik meratapi nasib last last turun jugak ke dapur cari makanan. haha. 


Hari ni last paper Optometry Case Analysis I. Tapi seperti biasalah... pasti akan ada perasaan memberitakan, 'kalaulah masa panjang skit je lagi, pasti boleh jawab lagi bagus.' Ayat yang kalau, kalau selalu ada. tapi tak pernah pun yang kalau tu berbunyi.. 'Kalaulah GBM manfaatkan betul betul masa yang ada, study lebih gigih supaya masa termenung memikirkan jawapan itu boleh dikurangkan pasti boleh jawab dengan pantas, tepat dan effisien!' gitueeww!!! 
Alhamdulillah, hari ni juga result pre-clinical examination telah diumumkan. Nama untuk repeatest telah ditampal diluar bilik lecturer Mdm. Mimie. Satu satunya madam yang panggil aku dengan gelaran GBM. Confius aku macam mana sampai Madam Mimie boleh tahu nama alam maya guwa yang tak berapa nak femes ni. -.-"
Jantung terasa mahu tercampak keluar kes nervous overdose. Mulut tak putus-putus berdoa. "Ya Allah ikhlaskanlah hati ini untuk menerima apa jua keputusan yang telah Engkau tentukan." Aameen!

Alhamdulillah. My matrix number not listed there. =))

The truth! 
*Sujud syukur!


Selamat berpraktikal buat 6th batch Optometry UITM Puncak Alam!

Sekian,

2 comments:

kucing comel said...

singgah kat sini, kalau sudi datanglah ke SYOKBAH.com balik ye :))))

Ariana Rose Episode 11 - http://syokbah.com/ariana-rose-episode-11/

pjie said...

heheheh
berblogwalking japp
dulu seriously igtkn optometri ni senang, tp bler da blaja baru tau susah ke idok optometri ni