Disebabkan majlisnya berlangsung di pengakhiran semester dengan test dan assignmentnya yang menggunung aku tak dapat nak pulang awal, tak dapat nak tolong sangat mak ayah persiapkan majlis. Kalau majlis kakak second yang bernikah bulan 6/2013 memang aku tolong daripada membungkus goodies sampai membalut bunga telur sebab masa tu tengah cuti. Tak ingat cuti apa. Cuti sem kot kalau tak silap. So pada hari kejadian aku amek tiket 12/12/2013 sampai bumi terengganu pada pukul 6.00pagi bertarikh 13/12/13. Yang paling cemerlangnya tiket aku jam 8.30malam, tapi pukul 3.00ptg dah terpacak dekat stesen bas. Kes malas nak tunggu bas rapidkl petang. Habis kelas tengah hari tu aku terus amek RAPIDKL untuk ke stesen bas kelang. Tu yang terlebih awal sampainyeee! Takpe. Chill. tu tandanya aku dah mula nak independent! *bangga dengan diri sendiri. well done!
Sampai tu terus siapkan diri dan ambil alih tugas untuk props bergambor! haha. Dah ni je aku mampu buat dalam masa yang singkat. Pukul 10pg mula upacara akad nikah. Hari kejadian aku conduct semua sesi penangkapan gambar pada hari tersebut. Mekni amek gambar pakai camera ayah. Mekwa amek gambar pakai camera aku. Idi pakai camera pejabat ayah. Oki amek pakai DSLR dia punya. Aku? Pakai camcoder ayah dan android sendirian berhad. Ada lagi beberapa ketol cameraman yang tak dikenali. Yang tu aku tak sempat nak bertaaruf. Mungkin kaum kerabat rakan mak kot. Betapa banyaknya backup gambar incase ade gambar yang parkinson.
Sesuci lebaran pembawa hantaran dari pihak lelaki. Yang paling rendang tu comel! |
Alhamdulillah dengan sekali lafaz along dan abang adli selamat bergelar isteri suami. Tahniah along! Kesian along balik umah sampai hari khamis petang, hari jumaat kawin, hari sabtu kenduri belah lelaki, hari ahad bertolak balik. Hari isnin sambung kelas. Betapa pengorbanan untuk kawin terserlah disitu. haha
Tahniah along,adli! |
"Awak dah ada pakwe belum?"
"Tak dop."
"Eleh. tipulah.. tengok asyik main henset je."
"Mane ade. tu sebab main facebook la, pak dan"
"Belajar tinggal lagi berapa tahun?"
"Setahun setengah kot."
"Setahun setengah tu berapa sem?"
"Tige sem."
"Oooo.. Awak umur berapa sekarang?
"21. mude lagi."
"Eyh. tua dah tu. Pok Dan kawin muda lagi dari tu."
"Ok. napok benor nipunyee."
*Depa duk gelak gelak. Depa semue ni kawin nak masuk 30an kot. Macam ler aku tak tahu.
![]() |
Pengantin lama dan baru bergabung! |
Malam tu ayah pasang dekat TV semua gambar-gambar yang diambil daripada semua camera. Yang bahagian aku ambil banyak pulak kena kritik dengan ayah kes tangan parkinson. Video bergegar-gegar.. zoom terover laju. haha. Maaf ler. Masa tu tak makan nasi lagi. Tu hormone dopamine tak berapa nak stabil tu. hikhik
![]() |
Lagi seorang cukup 12. Boleh bukak team bola sepak "The FAMILY FC!" |
Masa ni jurucamera tanya nak pegang sepanduk tak? Semua orang kalut ambil sorang satu. Aku dah pegang sepanduk Like tu, tetiba Idi suruh aku pegang sepanduk Next yang bertanda soal dua ketol. Takpelah disebabkan istilah 'Akukan kakak' maka sepanduk LIKE di bagi pada dia dan aku memegang takhta Next. Aku pun tak teringat sebenarnya ada sepanduk "Next??" tu. Haha.
Keesokkan harinya kenduri pihak lelaki berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Pada hari kejadian pengantin perempuan tiba agak kelewatan, kesian pengantin lelaki cuak menunggu. haha. Alhamdulillah everything going right on the track. Hari kejadiaan masih diberi kepercayaan oleh si ayah untuk menjadi camcoder womang. Hari ni majlis lebih santai tak perlu risau nasi tak cukup ke apa.. nanti ada orang tolong servekan. So, hari ni aku rakam ucapan daripada semua orang yang aku rapat. Termasuklah adik beradik pengantin perempuan kesemuenye yer. No one miss out!
Mekni. me. Mekwa |
Untuk video mekni dan mekwa 2 kali percubaan. Biasalah bebudak.. amek masa nak menyusun patah kata. Sampai dimeja adik beradik mak. Aku request mak sedara pak sedara aku untuk say something... Tahu apa dia cakap?
"Selamat pengantin baru kepada Na. Semoga cepat cepat mendapat jodoh."
O.o""
*Speechless.
Kita suh bagi ucapan dekat along kita pulak yang kena. Malu setahun, tapi dalam hati tetap.. AAMEEN!
![]() |
Rehat sebentar daripada part-time "camcoder womang". |
Muka terliur tengok kek pengantin. haha |
Tema semerah cintaku, seunggu rinduku. *eyh?? |
2 ketol budak yang suka senyum. Padan duk layan depa je bergamboo. |
BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA A'LAIKA
WA JAMA' BAINAKUM FI KHAIR"
“Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi atasmu serta mengumpulkan
kamu berdua dalam kebaikan“.
Semoga cepat cepat dapat baby. Mekya dan Abang Din pun!
Aameen!
Sekian,
No comments:
Post a Comment