Pages

Wednesday 26 March 2014

Memori yang membisukan

Sudah genap seminggu arwah pergi. Terasa janggal sekali hari hari yang dilalui. Takde orang yang tidur lewat dah, takde orang yang selalu usik bila nak masuk tandas, bangun tidur takde orang disebelah, takde dah bunyi alarm yang berlagu lagu, dan yang paling sedih bila dah hilang tempat berborak. Rasa yang terpaksa dipendam. Lama.. sampai yang periang menjadi pendiam.


Tapi aku bersyukur, minggu minggu terakhir sebelum arwah pergi.. Allah izinkan aku untuk menjadi aku antara orang yang terapat dengan arwah. Walaupun sebenarnya ini akan menjadi perkara yang paling memeritkan saat terjadinya perpisahan. Perit sangat ya Allah. Perit. Berkali kali diri ini termenung sendiri. Sungguh aturan Mu tiada siapa dapat menduga.

Mungkin dah sampai masa untuk aku ambil pengajaran, bahawa hidup ini tak sepanjang yang disangkakan. Boleh jadi hari ini, malam ini nadi dan jantungku berhenti secara tiba-tiba.

Subhanallah, Allah tidak menjadikan segala sesuatu itu sia sia melainkan untuk dijadikan pengajaran buat hamba hambaNya. 

Perubahan yang cuba ditonjolkan tidak berjaya untuk insan yang lemah ini mengesannya. Senyum dia, lemah lembut dia, kemengidaman dia, kebaikan dia, selera makan yang bertambah, status ruang media yang kearah menuju Allah.. semua ini pelik. Tapi aku tak dapat nak kesan satu pun saat arwah masih hidup.. Betapa segala sesuatu itu Allah jadikan diluar kotak pemikiran manusia manusia lemah seperti aku.


Semalam yang semalam, dua orang rakan cuba merungkai simpulan dalam ukhwah. Cuba membantu aku untuk meluahkan segala rasa. Rasa yang terbuku. Betapa Allah nak tunjukkan pada ana bahawa hidup ini terlalu singkat. Orang yang rapat dengan ana, tidur sekatil kini telah pergi berehat dengan tenangnya dialam lain. First time dalam hidup ana kak. Membuatkan kejutan itu sangat dirasai. Saat bertemu dengan family arwah aku seperti orang hilang arah. Saat kudakap si ibu, bibir terkelu tanpa sepatahkata tapi mata yang berbicara kencang. Tidak seperti rakan-rakan yang lain yang mengucapkan "Takziah makcik." Aku tak mampu nak ucap sebarang katapun. Bagaimana mungkin kuucapkan perkataan "Tabah" sedangkan mereka lagi tabah daripada aku, melayan setiap tetamu yang datang dengan senyuman yang paling manis. MasyaAllah, kuatnya semangat mereka. Betapa kukagumi mereka.



"Ok ke ni?"
"Ok." sambil kepala tertunduk.
Tanpa aku sedar ada tangan yang menadah dipipi...


Alhamdulillah. Saat diri terlalu sedih dan terkejut dengan berita yang diterima, Allah hadirkan aku dengan insan yang bergelar sahabat yang tak putus memberi semangat. "Allah sayang arwah. Arwah cuma ditimpakan ujian sakit sekejap je. Wajah arwah pun kelihatan seperti sedang tersenyum." Bahagia mendengar ucapan itu. Lantas membuatkan hati tersenyum riang...


Sayangku kak cahaya petunjuk, semoga dengan izinNya kita berjumpa lagi ditempat yang lebih baik daripada ini...di taman taman Syurga... :')) 


Catatan arwah.
Ukhwah fillah abadan abada.




Dia dah selesai dengan urusan dunia. Kita yang masih dipenjara dunia ini harus lebih kuat.- Kak E

InsyaAllah. :'))

Al-Fatihah
Nur Hidayah NorSham
11/04/1991- 19/3/2014

Sekian, 

No comments: