Pages

Saturday 12 April 2014

Dalam teguran ada manisnya

Alhamdulillah. summa Alhamdulillah. summa Alhamdulillah.

Ketika jari jemari sedang rancak menari diatas keyboard, jasad telah selamat tiba di kampung halaman. Tiada perasaan yang lebih mendamaikan hati ini selain menatap wajah insan insan istimewa secara 4 mata. :'))

Entah kenapa kali ini dirasakan seperti sangat sulit untuk menjalani hari hari dalam semester ini. Dan cuti panjang sangat sangat didambakan. Allahu akhbar. Sifat seorang hamba sememangnya selemah buih buih sabun. Tatkala dirasakan rohani dan jasmani seekan tidak sehaluan, hati serapuh biskut yang digigit, mata dan air rancak mengiringi. Dia masih setia hadirkan insan insan special untuk menguji hambanya lagi. Semestinya demi untuk menguatkan bukan melemahkan. Semestinya.

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Surah Al-Baqarah : 216)


Semalam, tanggal 11 april 2014 merupakan ulangtahun kelahiran beliau yang ke-23. Minda teringat akan gurauan dengan arwah 3 minggu yang lalu.

"Untungla orang tu setiap kali birthday ada orang belikan dia kek.."
"Itu tahun lepas.. tahun ni dah tiada orang nak belikan dah. Haha"


Dada menanggung sebak. Memang takde orang belikan kek untuk dia, sebab Sang Pencipta terlebih dahulu memanggil dia. Semoga roh akak ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Aameen. Alhamdulillah, segala sesuatu itu Allah tidak jadikan ianya sia-sia. Disaat minda masih terkenang akan bayang bayang dia.. Allah memberi hadiah berupa tugas yang mampu membuat diri ini leka dengan yang dinamakan tanggungjawab. Bermula selaku pemegang exco multimedia optimist kali kedua, yang memerlukan khidmat untuk mendesign poster poster yang berkaitan beserta t-shirt untuk program program yang mendatang. Kemudiannya dengan assignment yang menggunung, dengan logbook clinic yang pelbagai. Membuatkan diri ini terleka seketika. 


Haritu sewaktu menziarahi keluarga arwah di putrajaya sempat berborak dengan mak arwah. Dia membahaskan dirinya sebagai 'Mak'. Terasa benar kasih sayang seorang ibu.

"Ana tak ambil ke baju arwah..."
"Kite tak ambil.. nanti fatin boleh pakai. Tapi kite ambil buku Ahmad Ammar yang arwah beli."
"Takpe.. si Fatin tu baju sendiri pun dia selalu pakai baju yang sama. Ambil la."
"Seganlah mak."
"Ambil je. takpayah nak segan."


Alhamdulillah kak. Masa akak masih ada, selalunya borak dengan mak akak masa mak akak singgah datang rumah je. Sekarang selalu borak dengan mak akak. Selalu tanya kite makan apa, buat apa, ada kat mana. Sebak dada ini kak. Rasa macam dilayan keluarga sendiri. 

Akak.. minda ini teringat akan dialog akak masa kita dating di Shah Alam tempoh hari. 

"Ana, kalau nanti ada 'teguran' yang akak nak tunjuk ni ana jangan terasa tau."
"Errr... 'teguran' apa tu kak."
"Jangan terasa hati, tau!" sambil tunjukkan handset.
Lepas baca apa yang ditaip. Mimik muka segera berubah. 
"Ana kena kuat. anggap apa yang di'tegur' itu sebagai percubaan api untuk menguatkan sang besi. Walaupun orang taknampak apa yg sebenarnya berlaku. Allah nampak."
Hurm.. 

Aku setuju dengan pendapat arwah. Manusia itu sifatnya buta, walaupun hakikat matanya celik. Yang dinampak mata kasar itu yang ditafsir.. Manusia sifatnya lemah, walaupun jasad kelihatan kuat. Yang dinamakan hati itu tak semuanya bersifat menerima. sebab itu dalam teguran perlu ada kelembutan.


Teguran itu ibarat seperti sambal belacan. Tengok macam mana gaya kau hidang sambal belacan. Kalau kau hidang sambal belacan tanpa ada nasi dan kuahnya tentu orang tolak mentah mentah sambal belacan kau walau sesedap mana pun ia. Kalau kau hidang sambal belacan beserta nasi dan lauk ikan siakap singang tiga rasa, mesti laju orang tadahkan pinggan. Walaupun hakikat sambal belacan kau tu cuma letak cili padi, dan budu semata.


Orang tak kan terima teguran yang disampaikan kalau marah dan tengking diselitkan dengan kata kata kesat yang dilontarkan walau niat kau tulus ikhlas dan murni mahu menyedarkan orang yang mahu ditegur. Itu sama macam kau curah minyak petrol dalam api yang membara. Bukan menyembuhkan tapi makin melukakan.


Aku respect sama orang yang berani kerana benar takut kerana salah. Berani kerana inginkan syurga, takut kerana takutkan neraka. Teguran secara face to face bukan secara melulu depan khalayak. Berwajah manis, diselingkan dengan pembukaan yang baik. Aku kagum benar dengan seorang akak ni, akak yang sangat aku respect... yang mana setiap kali teguran yang cuba disampaikan tidak pernah meninggalkan parut luka dihati ini melainkan perubahan kearah yang lebih baik. Kata-katanya tidak terlalu lembut dan tidak terlalu kasar. Semuanya bersifat bersahaja. :'))

Orang yang tegur seseorang depan khalayak baik dari segi fizikal mahupun alamsiber. Dengan niat mahu menyedarkan orang yang ditegur.. Anda silap. Itu bukan teguran. Itu AIB. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tak salah nak menegur, tapi biarlah sesuai dengan yang disyariatkan. Islam itu Indah. Jangan kita mencacatnya dengan cara yang keji. Walaupun mungkin pada pikiran kalian, ianya cara yang paling afdhal. Jangan. Ada orang hatinya sekental besi, ada orang hatinya sesensitif pokok semalu. :))




Teguran yang paling genius.. adalah teguran yang mampu memberi impak positive. Teguran yang face to face. Mata bertentang mata, dengan melimitkan bilangan orang yang ada disekeliling. More privasi more better. Bukankah itu lebih romantik? :))


Sanah HELWAH, cahaya petunjukku sayang. :))

Jumaat
11 April 2014,
Tiada hadiah yang mahal mampu ku berikan melainkan.. 
berupa alunan "Yassin".. 


Sekian, 

No comments: