Pages

Saturday 20 December 2014

Hilangnya hak kebebasan

Alhamdulillah sekarang sudah pun menginjak di bulan december. Bulan terakhir untuk tahun 2014. Teringat akan situasi sebentar tadi, soalan yg diajukan oleh bapa saudara..


"Berapa tahun lagi nak habis belajar?"
"Tahun depan."
"Bulan brapa habis?"
"Bulan 6 kot. InsyaAllah."
"Eh, cepatnya. nak habis blaja dah awak eh."


Saya pun rasa menda yang sama. Betapa pantasnya masa berlalu sehingga aku lupa yang umur aku sekarang dah 22 tahun. Dan aku kini berstatus kakak super senior sekarang ni. Walaupun aku kekok bila orang orang yang baya baya aku je panggil aku kakak. hihi, Prasan muda sangat letteww.


Mukkadimah ni takde kene mengena dengan tajuk. Seperti biasa sedang mengambil mood baik agar perasaan marah tidak menggigit jiwa sehingga memaksa jari jemari menaip taipan durjana yang membangkitkan sensitiviti orang lain. Sekadar meluahkan isi hati terbuku dan pendapat sendiri. Semoga kita bebas daripada sifat hasad dengki dan iri hati.


Aku agak tidak berpuas hati dengan sesetengah sistem yang sedang di amalkan di negara kita. Negara Islam, majoritinya melayu. tapi.. kenapa minda dan tingkah baik kita masih dikongkong oleh budaya barat. membuatkan aku tak habis pikir. Minggu lepas aku bermusafir ke salah sebuah pulau di malaysia. Cantik tempatnya. Alhamdulillah, suka sangat.. sebab bukan selalu aku dapat bermusafir bersama keluarga tercinta. busy dengan dunia optometri manjanggg. payah nak cuti. Dan peluang yang baik ini aku tidak akan sia siakan. Bila ayah ajak mandi kolam, memang laju je cakap "Nak ikotttt" . Semua ikut turun kecuali mak. Mak penat jalan jalan seharian so mak berehat dibilik manakala kami adik beradik bersuka ria ikut ayah mandi kolam. Ya Allah, seronoknyaaaa memang tak terkeluar gambaran perasaan.


Sebenarnya memang dah lama benar aku teringin nak terjun kolam. Tahu tak main air ni terapi yang bagus untuk orang yang sedang stress dengan dunia assignment, logbook dan research? Sampai masa posting HKL haritu pun kalau boleh nak cari hotel yang ada kolam. Walaupun aku tahu aku takde duit pun nak bayar hotel mahal-mahal. haha. Simpan duit lagi bagus. Tahun depan cukup tabung boleh blanja kawan kawan makan nasi minyak. haha.

gambar ihsan Google. 
Baru je 10 minit terjun kolam seorang pegawai keselamatan datang dekat kitorang.

"Saya dapat complain daripada orang ramai, ada orang tidak mengikut kriteria pakaian renang."
Aku berpaling kearah kakak. "Eh, siapa tak ikut kriteria? Family kita je yang ada kat sini."
"Maksud encik pakaian macam mana tu?"tanya ayah.
"Tidak dibenarkan pakai tudung, kalau mahu hanya pakai penutup kepala sahaja. Itu kriteria pakaian renang disini."
Ya Allah, patutla budaya islam tidak berkembang dalam Malaysia ni. Terhalang dek menteliti barat.

Ayah aku dah mula berang dah. Mana taknye aku pun terasa hanginnya. Kalau macam tu semua kene berbikini la baru selayaknya boleh masuk ke kolam renang. Kalau macam tu sampai bila bila perempuan muslim tidak boleh terjun kolang renang. *Nangis dalam hati.*

Mana istilah kebebasan hak beragama disini.
Sedang etika pemakaian yang dianjurkan oleh agama rasmi negara pun tidak diterima sesetengah orang.

Benarlah kata ustaz. Di Malaysia istilah Islam dieja dengan permulaan huruf besar sebagai kata nama khas. Bukannya sebagai islam. Sebab itu ianya kekal hanya pada nama sebagaimana tentera pada IC. bukannya sebagai suatu perbuatan yang diamalkan.


Yang benar,
Insan sedih dan kecewa.


Sekian,

2 comments:

Anonymous said...

Yup..betul tu..hari tu saya nak main gelungsur pun dilarang..

Unknown said...

Awak umur brapa nak main glongsor?