Pages

Saturday 6 December 2014

Aku tak kuat

bila kau kata
“Aku tak kuat.”
“Aku tak mampu nak hadapi semua ni.”
Tak.
Sebenarnya aku.
Aku yang tak kuat.
Aku yang tak mampu.
Sebab itu Allah pilih engkau.
Sebab engkau mampu untuk hadapi ujian ni.
Sedang aku, aku cuma mampu memerhati.
Kau merasakan aku bertuah,
kerana tak teruji.
sedang aku melihat kau bertuah,
kerana dipilih Rabbi.
Ujian itu sesuai kemampuan.
Dan kemampuan engkau adalah menghadapi ujian ini.
Dan kemampuan aku pula hanya memerhati dan membantu kau mengharungi ujian ini.
Dan yang tak mampu itu aku.
Sabarlah, sungguh Allah sedang bersama kamu.


"kita sering mencari asbab kenapa aku yang dipilih untuk ujian berat ini. sedang kita lupa pada akan hikmah yang begitu indah sedia menanti. Lupakah kita akan fakta pelangi takkan muncul sebelum munculnya hujan ditengah hari. " -GBM

credits:tumblrtersenyumelihatlangit


senyum. :))


Sekian,

No comments: