Pages

Wednesday 3 December 2014

Rasa tanggungjawab

Bismillahirahmanirahim..

Permulaan kata dalam entry untuk meluahkan rasa yang terbuku. Moga taipan entry ini tidak disertai dengan marah yang membuku, dan bebas daripada sifat dengki dan keji mengeji. 


Hidup sebagai seorang pelajar tahun akhir sering kali terikat dengan stress. Sama la macam aku. Dulu tak sabar-sabar nak jadi final year student. Sekarang dah rasa macam tak sabar-sabar pulak nak konvo. Lebih lebih lagi sekarang musim konvo. Setiap kali login FB mesti ada gambar konvo. Tak menang tangan nak like. Ye la, tanggungjawab sebagai seorang rakan rasa terpanggil untuk memeriahkan gambar diorang.


Tanggungjawab. oh tanggungjawab. Tahun ni aku rasa banyak kali aku rasa binasa dan berdosa akibat terhimpit dengan yang namanya "tanggungjawab". Semalam aku agak tersentap dengan perkongsian dalam usrah tentang hamba dan khalifah.

"Kita masuk universiti ni sebenarnya untuk apa?"
"Untuk berbakti kepada ibu bapa."

"Sebab apa kita perlu berbakti kepada ibu bapa?"
"Sebab ibu bapa melahirkan kita."

"Sebab ibu bapa membesarkan kita."
"Sebab ibu bapa bersusahpayah mencari rezeki untuk kita."

Geleng kepala akak naqib mendengarkan jawapan setiap anak anak usrah. 

"Balik kepada khalifah, apa tujuan khalifah?"
"Memakmurkan alam."

"Kalau macam tu apa maksud hamba?"
"Mengabdikan diri kepada Allah."

"So, kalau kita berbakti kepada ibu bapa kerana apa sebenarnya.?"
"Kerana...Allah."

"Haa,betul pun. itu yang sebenarnya matlamat hidup kita."

Tanggungjawab sebagai seorang hamba tidak akan pernah terhapus selama mana jasad masih terkandung badan. Kita masuk U juga kerana rasa tanggungjawab sebagai seorang hamba untuk mengajak manusia kearah kebaikan mengikut syariatnya.


Jadikan pekerjaan optometrist sebagai part time. Tapi pastikan pekerjaan sebagai seorang hamba dan khalifah sebagai FULL TIME.

وَإِذْقَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَئِكَةِ اِنِّى جَاعِلٌ فِىْ الاَرْضِ خَلِيْفَةً قَالُوْا أتَجْعَلُ فِيْهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّى أَعْلَمُ مَا لاَتَعْلَمُوْنَ {البقرة: 30}.“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:’Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi . Mereka bekata:’Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamuketahui ” (QS.Al-Baqarah: 30).


Sama juga konsep kalau kita melakukan sesuatu pekerjaan. Bak kata pepatah alang alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Hari ni yang dimana iman cukup teruji apabila sinki dimana tempat pakaian dibasuh tersumbat dengan sisa maggi. Sedangkan pakaian aku mengguni didalam baldi untuk di sental. Melihatkan keadaan sink, rasa nak jerit je dekat situ sape punye kerja buat kerja tangkap lepas tak bertanggungjawab langsung. Mengingatkan prihal yang dibincangkan dalam usrah semalam lantas hati beristighfar.. sabar duhai hati.
 'Anggap ini ujian, dan teguran supaya kamu pun tidak melakukan hal yang sama.'

Mungkin ini salah satu cara Dia nak tegur aku tentang tanggungjawab. yang sebelum ini sangat banyak tanggungjawab tanggungjawab yang dilalaikan dengan sengaja.
Aku tak pernah lupa tunaikan tanggungjawab terhadap nafsu malasku untuk tidor saat diri penat selepas seharian menjaga dan merawat mata pesakit sedang aku lupa tanggungjawab aku pada hati dan jasmani untuk menghadiri usrah. *aduh. cemana la nak jadi solehah ni. T.T


Dengar macam mudahnya nak laksanakan tanggungjawab... rupanya susah juga ye.

macam sekarang... aku perlu resubmit proposal fyp besok petang.. tapi masih watlek watpis taip blog. Third time resubmit. dan the feeling is like "So happyyyyyy!" *tak boleh buat muka. sbb Ustazah pesan nak jadi perempuan solehah selain daripada bertanggungjawab kene jujur dan ikhlas!


"Hidup tanpa ujian itu ibarat pokok tanpa hujan... Kering."- GBM


Ok. jom sambung buat proposal balik!

Sekian,


No comments: