Pages

Monday, 12 January 2015

Stress dan cara tangani

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, hari kedua berada di desa tercinta (desa ler sangatt..), Kuala terengganu. MasyaAllah seronoknya. Makan free, tengok tv free, tidur pun free. Satu je yang tak free. Masa untuk pegang dan mentelaah jurnal. Satu jurnal pun aku tak sentuh lagi semenjak sampai KT ni. haha. betuah punya budak. Its ok. watlek watpis. Besok kita start ye. hihi



Dulu aku begitu excited. Sangat sangat excited untuk bergelar pelajar tahun akhir. Bila dah alami aku rasa, its too difficult to describe. Banyak benda nak kena handle dalam sesuatu masa. Nak kena fikir pasal transportation posting, tempat tinggal, fikir pasal clinic mata, nak cari patient penuhkan logbook, final year project lagi.. It is not an easy as ABCDEFJKLMNOPQ... Kalau lah setiap pembaca blog ni secara suka rela mahu menawarkan diri menjalani pemeriksaan mata bersama GBM, Ya Allah alangkah gembiranya hati ini tak payah gelabah pi turun berlari ke cafe dan setiap fakulti mencari insan insan yang berminat untuk menjalani pemeriksaan mata lagi. Bahagianya hidup seorang pelajar optometri tahun akhir! *senyum sampai telinga. hehe


Kenkadang manusia ni jasadnya terlihat kuat seteguh besi, tapi hakikatnya dalaman selemah buih buih di lautan. Betul la orang cakap, nak jadi pelajar universiti ni kena bijak tangani stress kalau tak mesti cepat jatuh sakit. Masa aku awal awal start semester 7, aku rasa mungkin aku agak stress kot. Ye la, masuk masuk sem dah kena start posting hospital. Dah lah baru dua hari habis praktikal di hospital terengganu. Balik balik puncak alam, tahu tahu group aku yang first kena pergi attachment di hospital. Urut dada sambil pujuk diri, "Sabar GBM, Sabar..." Bulan pertama bergelar pelajar semester 7 aku diserang diarrhea, hilang selera makan, sejuk seluruh badan, lepas tu diserang penyakit kulit misteri seluruh badan. I lose 5kg. Sampai keluarga terdekat tegur, "kenapa nampak kurus sekarang?" Sangat sangat scary. 3 kali pergi klinik tak jalan. Alhamdulillah berkat doa mak ayah, dan ikhtiar guna perubatan islam semuanya kembali sihat. Alhamdulillah. 


Tapi sekejap je la. Pastu bulan kedua semester 7 naik balik berat. Muehehe. Mak ayah pesan, banyakkan baca ayat kursi. Sebelum buat apa apa pastikan baca ayat kursi. wajib. Sampai sekarang aku amalkan. Sebelum study, nak keluar outing, naik kenderaan, sebelum tidur, selepas solat. Dah kena jadikan habit. Perisai kita. Bila badan lemah, hati tak tenang, itu yang syaitan mudah damping dan hasut kita. Nauzubillah. 



Baru baru ni aku ternampak ustazah fatimah syarha ada post berkenaan buku keluaran terbarunya dengan suami. Iaitu buku Kesayangan. Within one week lepas aku tengok post ustazah, aku terus beli. Banyak input input yang sangat berguna untuk aku. Macam kena betul dengan diri ni. 


Kena fotostad ni tampal dekat study board besar besar. 

I learn a lot with this book. Seronok sangat baca. Bukunya pun tidak terlalu tebal tidak terlalu nipis. Dah sejak masuk u ni aku jarang dah baca buku yang tebal tebal. Hihi. Malas punye pasai. 




Kesayangan. 



"Ujian menjadi kesayangan,
bukan kebencian,
bila disingkap...
hikmah berlautan."

Sekian,

2 comments:

Nurfatin Atikah said...

semoga final sem kita berjalan dgn lancar, insya Allah.. :)

Gadis Berkaca Mata said...

aameen. insyaAllah. =))