Pages

Tuesday 20 January 2015

Contact Lens

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan blog GBM mesti tahu yang GBM dulu seorang yang amatlah pengecut dengan contact lens. Pernah nangis gara gara contact lens. Fobia! semuanya pernah tertulis di entry ini. Tapi itu dulu la. Sekarang aku dah nak masuk semester akhir dah, buat malu je la kalau optometrist sendiri penakut dengan lens. 


Dah 2 semester pengalaman jaga clinic, Contact lens clinic adalah antara clinic febret aku. Kalau letak aku sorang sorang dalam clinic contact lens ni aku lagi suka. Lagi lagi kalau orang yang first time experience nak pakai contact lens lagi aku bersemangat waja nak consult. Sebab aku dah alami sendiri pengalaman membenci contact lens dan menyukai contact lens. Benarlah orang dulu dulu cakap, tak kenal maka tak cinta. 


Dulu aku takut dengan contact lens sebab aku belum didedahkan dengan terperinci mengenai cara pemakaian dan cara cabut contact lens dengan betul. Dah bersem sem didedahkan dengan latihan amali aku lebih yakin nak pakai contact lens sendiri. Yeayyhh! 


30 pieces. 15 pairs
Ini kotak contact lens ke tiga yang di beli olehku menggunakan duit sponser abam jpa kite. mekasih ye abam jpa. hehe. First kotak aku beli yang monthly yang ada 3pairs cukup untuk 3 bulan sekali dengan solution MPS dan normal saline. Pastu aku stop dah pakai yang monthly punya sebab aku rasa macam membazir. Sebab aku bukanlah jenis yang 7 hari seminggu pakai lens. Aku pakai dalam sebulan 2-3 kali macam tu je. bila ada event apa apa. dan aku juga bukanlah jenis yang rajin bangun pagi nak basuh tangan, mengoyoh lens dan ngadap cermin untuk masukkan lens kedalam mata. bukan. lebih baik aku bangun awal pagi masak nasi goreng ke apa, kenyang perut sebelum gi lecture hall. *bajet pandai masok. poyo je minah ni. 

Semasa raya tahun lepas, aku cuba tukar angin beli contact lens daily macam dalam gambar dekat atas. Ya Allah, contact lens daily ni 1000x lagi senang daripada contact lens monthly yang aku pernah pakai (ayat hyperbola sangat). But it so truee. Contact lens daily ni lebih menjimatkan untuk orang macam aku sebab aku jarang pakai. kalau aku pakai sekali aku boleh terus buang. ada lagi 14pasang dalam kotak. 

Antara kelebihan contact lens daily ni antaranya ialah...;
1. Tak perlukan solution
2. Tak perlukan casing
3. Tak perlu bersihkan dan rub


Yang perlu hanyalah buka bungkusan lens dan terus masukkan kedalam mata. Cukup 8jam boleh langsung buang kedalam tong sampah. But still. Hygiene must be good yaa! Kuku wajib pendek. Tangan wajib basuh dengan sabun. Wajib! tau.


If you are the person who are 7 days per weeks wearing contact lens, you are recommended to wear monthly contact lens. Sebab ianya lagi menjimatkan korang. Harga satu kotak monthly lens (3pairs) dan daily lens (15pairs) adalah hampir sama. RM50++. Contoh situasi aku bagi dekat korang situasi kak limah yang 7hari seminggu pakai contact lens. 


Monthly contact lens  kebiasaannya mempunyai 6 pieces contact lens means that 3pairs.
1pairs>>1month>> 30days
3pairs>>3months >> 90days
dalam situasi ini, kak limah boleh menikmati contact lensnya selama 90hari dengan bajet rm50++. 


Kalau kak limah pilih pakai daily contact lens. 
1pairs>>1day
15pairs>>15days
dalam situasi ini pula kak limah hanya boleh menikmati contact lensnya selama 15hari dengan bajet rm50++. 


Hurm. rasa-rasa mana yang lebih kak limah pilih?? Semestinya monthly contact lens kan. 


Tapi walauapapun kak limah dinasihatkan untuk selalu mendapatkan pemeriksaan mata dengan optometrist berdekatan. Untuk pemantauan kesihatan mata. Selalunya orang yang full time wearing contact lens lebih berisiko untuk mendapat masalah mata berbanding orang yang tak pakai contact lens.


Semester 7 aku berjaya meyakinkan beberapa orang patient yang menyertai clinic contact lens untuk mencuba contact lens. Dan suprisingly he/she can insert/removing contact lens by her/himself after one time demonstration only. *clap hands* Aku sendiri pun masa mula mula amali beberapa kali demo baru nak reti pakai dan buang lens sendiri. Malu je dekat kawan kawan yang bukan daripada kos optometri. 


Tempoh hari ada seorang patient hantar mesej pada whatsapp aku malam selepas masuk clinic contact lens:
"Akak, saya dah cabut dah contact lens tadi. Rasa sayang nak buang. Saya nak simpan ni buat kenangan sebagai tanda first time saya pakai contact lens."


Tersenyum lebar aku. 
mungkin kalau dulu masa first aku pakai contact lens aku dapat full consultation macam patient aku dapat ni mungkin aku pun akan simpan contact lens yang first aku pakai dulu. takdelah nak fobia bagai. haha. 


Sem depan last jaga clinic contact lens. siapa berminat nak cuba contact lens/nak dapatkan pemeriksaan mata secara percuma boleh directly inform me through email (red_shaz92@yahoo.com) ataupun dail no. talian pejabat seperti yang tertera didalam poster di bawah. 




Pemeriksaan mata untuk semester hadapan bermula pada 2 march 2015. 
Terbuka untuk semua!


Sekian, 

2 comments:

Anonymous said...

Kalau pakai yang daily, buka kejap ambil wuduk then pakai balik. Boleh ke. Ke memang kalau bukak tu, terus buang. ??

Gadis berkaca mata said...

untuk ambil wuduk boleh je pkai lens. cuma waktu basuh muka tu tutup mata. cukup 8jam sehari bolehterus buang