Pages

Saturday 7 March 2015

When Optometrist GBM meet Dr Fatin Liyana

Sejak mula mula aku menceburi dunia blogger, aku macam lost. Takde panduan sangat berkenaan dunia taipan maya ni. Apa kelebihan dan kekurangan dia.. Total lost. Aku berblogging pun sebab hasutan rakan rakan sekolah, memandangkan aku ni hantu gambar. Pergi mana mana memang tak sah kalau tak tangkap gambar. Suka sangat bergambar sampai 5 semester berturut turut diberi kepercayaan pegang jawatan Exco Multimedia Persatuan Optometri UiTM. Boleh tahan bosan gak ah orang nak hadap muka aku ni. haha. Padahal aku tangkap gambar pakai fon cikai je, DSLR nan hadooo. Jadi diorang cadangkan aku untuk bukak blog sendiri. Dan pada tahun 2011 maka terlibatlah GBM dalam industri berbloggah. 


Antara blogger blogger yang aku ikuti sejak awal penubuhan GBM sampai sekarang ialah blogger cikepal, cikyuyu si kupu kupu kecik, umi dena, irine nadia dan fatin liyana. Daripada diorang single mingle sampai dah berpunya aku ikuti blog diorang. Semalam yang semalam aku berkesempatan bertemu 4mata dengan blogger fatin liyana dan tunang dia. MashAllah, cantik sangat dia.


Dah lah serba boleh. Blogger dia, penulis buku pun dia, doktor pun dia, entrepreneur pun dia. Dr Fatin Liyana ada bukak butik bersama tunang beliau, Dr Anwar Fazal yang diberi nama SHEEJAB. Roomate aku ada terbaca dekat instagram mengenai kunjungan Dr FL dan Dr AF sempena grand opening RUMODA. Dia pun ajak lah kami untuk pergi kesana. Mula mula aku was was jugak la nak ikot. Sebab haritu aku ikot dia pergi jumpa penulis penulis buku DIAGNOSIS2 dekat SACC mall dengan harapan dapatlah ketemu kak patin. Tapi hampa. Kak Patin tak dapat datang sebab dia kerja. Nak dekat sepuloh pusingan kami buat dalam SACC mall tu untuk usha mana tahu last last minit kak patin dapat datang kan. haha. Tapi ternyata tetap hampa. Dengan wajah yang agak kuciwa, dalam perjalanan nak keluar dewan terserempak dengan Hafiz Hamidun. Sempatla bergambar sekeping dua. Hilang la sikit rasa hampa. Paling kurang dapat tunjuk gambar dekat adik, kakak dia dapat jumpa Hafiz Hamidun. haha.


Tapi sebabkan aku belum pernah pergi acara grand opening mana mana butik, teringin lah juga nak merasai suasana macam mana. Selalu tengok dalam instagram je, teringin juga nak tengok live kan. So berangkatlah kami menaiki bas rapid U90 dan U80 untuk ke RUMODA Bangsar. Hampir hampir makan buah langsat juga lah kami ni. Nasib baik ada orang yang baik hati memberikan kami laluan arah yang sepatutnya kami tuju. Terima kasih orang yang baik hati itu!



Sampai di RUMODA orang yang first aku nampak si cantik jelita, Kak Puteri Sarah. Lepas bergambar tu aku tegur kak sarah..
"Akak cantik!"
"Isyk, mana ada cantik ni pun dah gemuk dah ni."
"Alamak. kalau akak macam ni dah gemuk, kami ni apa lagi." hehe. 

"Akak, fatin liyana dan dr anwar datang tak hari ni?"
"Oh, akak tak pasti lah. Sebab akak baru je sampai Malaysia ni. Tak sempat nak contact sape sape lagi. Apakata korang cuba tanya dekat IG diorang?"

Hampir 2jam jugak kami duk ronda ronda dalam RUMODA ni semata mata nak tunggu Dr FL dan Dr AF. 

"Kak, kak fatin tak sampai lagi ye?"
"La, kamu tunggu diorang ke?"
"Aah!" sambil sengih sengih.
"Sementara tunggu diorang apakata kamu naik atas, ada felixia yap."

Aku dan Cik VIP turun jap ke tempat photoobooth nak panggil kawan kawan lain naik atas jumpa Felixia Yap. Baru nak turun ternampak Dr FL dan Dr AF. Speechless jap terus lari lari anak dekat kawan kawan. 
"Dr FL dan Dr AF dah sampai!"

Masa tu tak ramai sangat dah orang. Kami antara orang orang yang terawal dapat salam peluk cium dengan kak fatin. 

"Kitorang student final year optometry."
"Oh ye ke. U mana?"
"UiTM Puncak Alam."
"Kenapa cermin mata mahal eh?"

Haha. Sebab GST nak mula kot. =p

Dr VS Optometrist



"Akak, kalau beli buku diagnosis2 dapat free gift tak?"
"Hah, beli buku baru dapat free gift." sambil kak patin senyum senyum. 
"Oklah, kalau macam tu kami nak beli lah."


Autograph ciked! =))

"Kak, tulislah kata kata semangat skali untuk kitorang kasi semangat lebih nak jadi macam akak. hehe"
"Nak tulis apa ye.. hurm.."


All the best!!-Dr FL
Cari DIA, Jumpa semua!- Dr AF

Dapat lah kami shawl daripada SHEEJAB bersama biskut cute dan sebotol air mineral. Dalam goodies RUMODA pun dalam dia terselit tudung instant. Terima kasih RUMODA! makanan semuanya sedap sedap. MasyaAllah, tak sia sia datang. Sebab setiap kali makanan habis mesti diorang akan topup balik. Kenyang sangat! Aku paling suka kek coklat dia. sedap sampai taip pun menjejeh jejeh air liur teringat balik.

Geram aku tengok botol ni. Rembat satu bawak balik kolej.
hehe

After 4years. berjumpa jua dengan kak paten. 
3 words what can I describe about Dr Fatin Liyana. 
Ramah
Bersuara lembut
Cantik



Dah lah dapat makan best. 
Dapat jumpa kak paten, dan kak sarah.
Dapat goodies free.
Dapat pula stripe comel ni. 

THANK YOU RUMODA! 


p/s: kalau nak check kesihatan mata secara keseluruhan can email me, red_shaz92@yahoo.com. free cute button for everyone! =))


Dah ah cek mata free, dapat pulak button free. 
Kome tak jeles ke? =p

Sekian, 

1 comment:

Optom.Boutique said...

Hi optom. Kami singgah Malaysia sat jalan2 makan angin na... =)