Pages

Monday 18 May 2015

Saat Hati Berdebar Cinta| Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi

Untuk pengetahuan semua, GBM bukanlah seorang pembaca buku yang agak tegar. 
Aku ni jenis memang pemilih. Sebelum membaca buku aku akan pastikan buku buku tersebut memenuhi kriteria yang wajib aku listkan sebelum aku decide untuk beli. Kalau tak awal awal dah black list. Bukan kedekut yer... saving and timing is very big things to deal! hihi. 

1. Tak terlalu tebal. 
2. Simple dan bahasa yang sangat mudah untuk difahami. 
4. Mendatangkan ilmu yang baru untuk aku.
5. Menambahkan saham akhirat. 
6. Buku tersebut boleh melahirkan aku yang baru. Tak banyak, sedikit kearah yg lebih baik pun jadilah.

Orang putih cakap time is precious lagi lagi bila dah bergelar pelajar tahun akhir ni. Setiap saat itu berharga. Boleh buat logbook, baca jurnal, writing thesis, dan paling penting boleh tidooo dengan secukupnya. Ewah. haha. 


Alhamdulillah, untuk yang latest aku berjaya qatamkan buku Saat hati berdebar cinta (SHBC) by Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. MasyaAllah. Kalau sepinggan nasi tu boleh mengenyangkan perut, baca satu buku SHBC boleh mengenyangkan rohani. 

Antara intipati buku:

Cinta terbahagi kepada tiga peringkat
1) Cinta Agung - Cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad
2) Cinta Sederhana- Cinta kepada bapa, anak saudara, suami atau isteri dan harta benda.
3) Cinta Rendah- Melebihkan cinta sederhana daripada cinta agung. 

Banyak intipati intipati yang menarik yang terkandung daripada buku ni. Bermula daripada tips macam mana nak menjaga hati, fitrah manusia dalam bercinta, perbezaan antara cinta matlamat dan cinta alat. 

Korang tahu tak apakah itu cinta matlamat dan cinta alat? Sebenarnya matlamat asal kita dalam bercinta adalah untuk mencapai cinta matlamat. Dan untuk mencapai cinta matlamat kita perlu selitkan cinta alat dalam diri. Eh, macam mana tu? Korang boleh beli buku SHBC. Baca sendiri insyaAllah feel dia lagi umppphh. InsyaAllah huraian dan contoh yang diberikan sangat jelas dan zappp terus faham.  


Selain itu, ada juga diselitkan tentang cara yang terbaik untuk kita taaruf dan khitbah pasangan kita dengan cara yang terpuji. Dan macam mana nak tetapkan visi dan misi selepas dilafaz akad. Semuanya lengkap dalam satu buku. =)

Cinta itu bagai singa dan pedang.
Menjadikan orang hina menjadi mulia.
Orang gagap menjadi petah berbicara.
Orang miskin menjadi kaya.
Orang bodoh menjadi bijak.
Orang pengecut menjadi berani.
Cinta seperti ini banyak ditunjukkan dalam Al-Quran: 
Cinta Nabi kepada Allah mengangkat dan berdarjat.
Cinta sahabat kepada Allah dan Rasul, membangun dan beruntung.
Cinta orang orang soleh kepada agama, membina dan berkuasa. 

Hasil tuaian BB1M. RM50+20.

5 Bintang. :))
Aku ada satu perangai. Kalau aku betul betul sayangkan buku yang aku beli memang aku akan pastikan buku aku terjaga rapi. Sebelum baca WAJIB buku tersebut berbalut. Kalau tak aku takkan baca buku tu. Takot terpeleot. Tak santek dah nak baca. Dan aku juga takkan lipat muka surat dalam buku. Sebab tu aku sediakan penanda khas untuk setiap buku yang aku baca. Cerewet tak nak jadi seorang GBM? sangat cerewet kan! hehe. 
Dah teruje nak baca buku sampai tertaipooo baik punya. Berdebar pun boleh jadi berdegup. Haha. GBM is so funnyy!


Next mission: CINTA POTATO SPRING. :))

Kata Ustazah Fatimah Syarha;
Jika belum mahu dan belum mampu berkahwin namun perasaan tersebut terlalu kuat, anda boleh membaca buku Saat Hati Berdebar Cinta.
Jika anda berasa sudah sampai seru, calon sudah ada, hanya ekonomi sahaja yang menjadi tembok penghalang anda, buku Cinta Potato Spring sesuai untuk anda. Boleh memberikan sedikit idea untuk anda membuat langkah pertama.

Ehem ehem. Bismillahirahmanirahim... Moga aku tergolong dalam golongan orang orang yang bersedia. Aameen. :))

Sekian, 

3 comments:

Unknown said...

Aameen. InshaAllah anda org yg bersedia. waiting for nest entry. keep it up. :))

Gadis berkaca mata said...

nest tu apa? sarang burung ke?
*taipo lettewww

Unknown said...

sory. tertypo. naty update lg. best bace blog gadis berkaca mata. hehe..