Pages

Saturday, 6 June 2015

Bagasi diambil orang..

Alhamdulillah tepat jam 5.40am tadi selamat sampai di bumi klang. Turun turun bas dengan muka penuh berazam, InsyaAllah dengan izin Dia ini akan menjadi perjalanan menaiki bas terakhir aku untuk trip Kuala Terengganu-Klang. Semester terakhir aku menempuh hari hari terakhir aku disini, final exam just around the corner *orang putih cakap.

Turun turun bas nak ambil bagasi, tengok tengok bagasi aku takde dekat tempat dimana ayah aku letak semalam sebelum aku naik bas. Melilau tengok semue orang yang tolak bagasi masing masing, kot kot ada yang terambil bagasi aku. Hampa. Tetap takde.

Kembali ke tempat beg yang dilonggokkan keluar daripada bas tengok ada lagi satu beg. Tapi bukan beg aku. Bukan.


"Bang, beg saya takde dalam bas ni."
"Eh, takde? Ini bukan beg awak?"
"Bukan, beg saya ada nama.. saiz besar sikit dari yang ni."
"Betul ni bukan beg awak?"
"Betul. Saya yakin!"


Onthe spot abang tu bukak bagasi tu geledah satu beg nak tahu empunya bagasi. Terbeliak mata aku. Abang ni biar betul. Macam mana kalau beg ni perempuan punya.... ternampak benda benda yang tak sepatutnya. *Alamak.Tepuk dahi. Nasib baik beg aku yang hilang entah kemana mana tu berkunci.

"Ini beg laki ni. Tapi takde plak nama pada beg ni. Mungkin orang yang terambil beg awak ni orang yang turun dekat TBS KL, ataupun Shah Alam tadi. Nanti kalau ada orang serahkan beg awak kita akan inform. Bagi pada saya no.fon awak."

"Ok lah macam tu."

"Awak salin no.fon ni. Nanti awak boleh update keberadaan beg awak dengan pihak pengurusan."

"Ok, terime kasih."


Baru je nak berganjak dari situ ada seseorang call. Unknown number.

"Assalamualaikum, awak ada hilang beg tak?"
"Waalaikumussalam, adaaaaa!"
"Mintak maaf ye, ni anak sedara akak terambil beg awak tadi. Awak dekat mana ni?"
"Saya dekat klang. Takpe kak. Akak nak terus hantar ke sini ke?"
"Aah. Dekat klang kan. Nanti akak sampai."

Alhamdulilllahhhh. Lega sangat. Setengah jam beg tu selamat kembali ke pangkuanku. Alhamdulillah...

Stiker name with beg yang sudah berabad berbakti
 sejak zaman kak long masuk tahmidi dan grad sampai ke adik dia guna.

Alkisahnya sebelum sebelum ni, beg aku kosong jugak tak bernama. Puas mak aku nasihatkan aku untuk tulis nama dan nombor fon lekat dekat beg. Aku je yang degil... cakap kejap kejap last last lupa terus. Tetiba semalam setengah jam sebelum naik bas, Allah detikkan aku untuk menampal sticker bernama dan nombor fon pada beg. Hikmah tersembunyi disebalik kejadian. Rupanya hariini ditakdirkan orang terambil beg aku secara tak sengaja. Nasib baik ada sticker nama tu kalau tak aku sendiri pun tak tahu macam mana orang tu nak trace empunya beg. Yang aku risaukan dengan beg aku ni sebab dalam tu letaknya charger laptop.Fyp writing belum finalize lagi ni. Takdapat la nak on laptop buat masa terdekat ni kalau charger takde.


First experience yang dilalui sepanjang 5 tahun bergelar anak perantau. Matrik kedah+UiTM Puncak Alam. Kenangan dan ujian ujian terakhir sebelum sah bergelar graduan. Senyum geleng geleng kepala. Alhamdulillah. Beg selamat kembali kepada tuannya. Terima kasih buat si terambil beg yang tak disengajakan.


Sekian,

7 comments:

Huzaifah Yusoff said...

Alhamdulillah. Bagus2. Bley wat kenduri kesyukuran. Hehe

Anis Haikal said...

Salam akak.
Saye ade bace blog akak yg pasal kos optometri uitm
saye lepasan matrikulasi ambik sains.
So, kos ni ade biology ke? Kt matrik saye xambik biology. SPM pun xambik biology.
Boleh ke apply wlaupun xde basic bio?

Gadis Berkaca Mata said...

@Anis Haikal
InsyaAllah boleh dik. Tapi kene make sure pointer matrik adik bagus. cuba adik apply dulu. Akak pun dulu dekat matrik tak amek biology. amek sains fizikal. Alhamdulillah dapat masuk optometry. :)

Anis Haikal said...

Akak dlu pngk brape? Saye dpt 3.53, agak rendah. Takot ramai pesaingan yg ambik kos ni.

Gadis Berkaca Mata said...

@anis haikal
InsyaAllah cuba anis apply dulu.
akak dulu minat fizik xminat bio tu dpt score. sem 1 ade anatomy susah sikit la nak score sbb matrik xamek bio. satu lagi mmg kurang minat bio. hihi. awal2 mmg byk sikit la bio. masuk last last sem ni dah kurang dah. awk mmg minat opto ke?

Anis Haikal said...

2 days ago baru knl opto. Sebelum akak dpt kos ni, mmg akak minat opto nie?

Gadis Berkaca Mata said...

Aah. minat mase skolah sbb suka kumpul spect. hihi. anis kenal opto mcm mana?