Pages

Monday 10 August 2015

Syawal 1436

Bismillahirahmanirahim. 

Lama rasanya jari jemari tidak melebarkan sayap dimedan ini. Ramadhan sudah lama melabuhkan tirai. Begitu juga Syawal yang bakal turut sama mengikuti jejak Ramadhan beberapa hari sahaja lagi. Alhamdulillah, perjuangan 4 tahun sebagai student optometri berakhir pada 12 Julai lalu. Doa dan tawakal yang mampu diiringi setelah usaha sebaik mungkin telah dicurahkan pada ujian lalu. 


Syawal kali ini tidaklah semeriah Syawal yang lalu. Kakak sulung tak dapat pulang beraya bersama kami memandangkan khidmat bakti diperlukan merawat warga Putrajaya. Moga Allah berkati doktor doktor yang berkorban masa dan tenaga demi kesihatan orang awam. Aku pun tak sempat pun nak shopping raya. Memandangkan aku sampai Terengganu pun dah 13 Julai. Baju pun mak belikan. Terima kasih mak! Kasut pakai kasut clinic je. Alhamdulillah, raya seadanya. 


Tahniah buat sahabat sahabat yang sudah selamat diijabkabulkan pada raya ke-2, ke-3, ke-4. Semua aku tak pergi. Nasib baik ada FB bolehlah tengok gambar pengantin pakai sesantek. Barakallah buat kalian. Moga bahagia sampai syurga. 





Maaf segala salah silap sepanjang kewujudan GBM diruang maya. 
Selamat hari raya. =)



Sekian,

2 comments:

Nurfatin Atikah said...

selamat hari raya GBM, maaf zahir batin, bila agaknya boleh g terengganu, rindu dah ni.. <3

Gadis berkaca mata said...

bile2 boleh mai. ni tengah duk tanam anggur tepi rumah ni. mai la teman petik anggur skali. haha