Pages

Monday 10 August 2015

Wanita dan masak

Tak lama sahaja lagi aku bakal menginjak ke umur 23 tahun. Tua dah. Tengok anak patung pun dah takde nafsu nak main macam dulu dulu. Melihat kepada peningkatan umur aku sekarang aku dah mula risau dengan diri aku. Dalam umur hampir 23 tahun ni masih banyak kekurangan dalam diri aku selaku seorang wanita jika dibandingkan dengan wanita seusia aku sekarang. 


Bawak kereta pun terkial kial. Asyik kena marah marah sebab lembap pulas stereng. Ayah aku konfius macam mana JPJ boleh lepas aku. Sedihnye lahai. Masak pun tak reti. Mak pun dah start bising bising. Aku rasa tersangatlah ketidak bergunaan diri ini buat keluarga dan masyarakat sekeliling. Disebabkan kelemahan yang aku ada ni yang membuatkan aku terpaksa hold tawaran kerja gara-gara ketiadaan transport. 


Dalam kesempatan cuti yang masih bersisa sebelum aku mula bekerja *entah bila entah nak start kerja ni. Aku cuba manfaatkan cuti aku dengan baik. InsyaAllah. Terima kasih buat Ciktin yang sudi menjadi cikgu driver yang sangat bagus untuk aku. Orang nak bagi duit dia tak nak. Serba salah aku. Alhamdulillah, makin improve sedikit sebanyak boleh la gerakkan 4 roda serentak. Terima kasih juga google dan rakan rakan diFB yang banyak share resepi resepi yang menarik yang telah berjaya menjadi tunas utama penggerak semangat aku untuk memasak. Ewah. Tapi aku masak apa yang aku rasa menarik je la. haha. Dalam banyak banyak yang dimasak, aku paling stress buat begedil. Tak jadi. huhu. Mungkin waktu buat tu tengah stress baru lepas kene marah dengan ayah sebab lembap blaja kete. Betul la orang cakap, bila kita buat sesuatu dalam keadaan marah atau sedih, emosi tak stabil boleh effect segala kerja kita. 


Semoga GBM lebih rajin seiring dengan pertambahan usia. 
Semoga GBM berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. 
Aameen.


YES, YOU CAN DO IT. 


Sekian, 

2 comments:

Nurfatin Atikah said...

sama! *sep sikit* all the best GBM! :)

Gadis berkaca mata said...

agaknye org yang lahir bulan 9 memang ade masalah pembawakan 4tayar kot kan. haha. xpasaiii salahkan bulan.