Pages

Saturday 12 September 2015

Contact lens dan snorkling

Kebelakangan ni isu contact lens telah diviralkan secara meluasnya di media sosial. Aku pun ade share dekat FB aku dengan caption pendapat aku selaku pelajar lepasan ijazah optometri. Pakai contact lens tak salah dan kalau tak pakai juga tak salah, sebab masih ada alternatif lain iaitu spect. 

Geram jugak aku bila dah orang duk jaja keburukan contact lens sana sini walhal mereka sendiri kurang sendiri peka dengan kebersihan dan penjagaan contact lens dengan betul. Kalaulah contact lens tu boleh menyebabkan kebutaan dan membahayakan nyawa manusia, takkan kami dengan gigih belajar subject contact lens selama 5 semester. *Susah woo nak score A. Semester akhir baru berjaya rangkul A. fuhhh.

We had learn from zero to hero. Daripada takut nak pakai contact lens, jadi terpaksa pakai pada diri sendiri dan sekarang boleh pakaikan untuk orang lain. Nasihat aku bagi yang teringin nak pakai contact lens pergi mana mana kedai optical terdekat tanya ada optom tak kedai tu. Lepas tu cakap yang kau first time nak pakai lens. Nanti dia akan ajar kau daripada cara penjagaan, hygiene, do and donts in contact lens wearer dan cara pemakaian yang betul. Aku pun tengah plan nak kasi do and donts pada contact lens wearer yang datang beli kat kedai aku. *bukan kedai aku, kedai majikan aku. aku keje makan gaji je. Sekarang tengah cari masa lapang nak buat tu, maklumlah kerja 6 hari seminggu. Balik kerja terus pengsan. Haha. 


Sape cakap nak berenang tak boleh pakai contact lens? Actually can! Contact lens sebenarnya ada banyak jenis ada yang silicone hydrogel ada yang monthly ada yang daily. Yang monthly, YES you cannot wear it for swimming. HARAM sebab ianya boleh memudaratkan kesihatan mata kalian melainkan lepas pakai korang terus buang dalam tong sampah. Sebenarnya tak salah pun nak berenang sambil pakai contact lens. Kalau yang power -7.00 berenang tanpa spect teraba-raba dilautan tak dapat tengok dengan jelas keindahan alam. Buat pengetahuan semua aku baru je pulang daripada short vacation di perhentian island yang Subhanallah pemandangan secantik mata memandang. Nanti nak kumpul duit bebanyak blanja family bercuti sini ah. Pergi sorang sorang dosa tak share ngan orang orang tersayang. Aku tak pakai spect masa naik boat dan nak snorkeling tapi aku pakai contact lens. Takot air masin terpercik dekat spect aku masa naik boat tu sia sia berkarat spect. 



Tadaa. This is the contact lens that I wear for that trip. Daily Contact lens. Lepas pakai terus buang dalam tong sampah. No need to buy a solution, wash it, rub it, and put it in lens case. NO. You no need all that stuff. Cuba beli contact lens, pakai, dan cukup 8-9jam pakai terus campak dalam tong sampah. Masa aku beli haritu 2kotak RM100 ada promosi. 1 kotak ada 15 pasang. Sekarang harga dah kembali normal dah RM80 sekotak. Pikir 40x nak beli. Pastu mula rasa menyesal nak hantuk kepala dekat dinding silap sebab beli sikit je hari tu. haha. 






Cantik kannn. Nanti nak pegi lagi. Dah beli dah contact lens daily siap siap ni. Padahal cuti sehari je seminggu. huhui. Nanti aku dah siap list do and donts in contact lens wearer aku print screen letak sini. K lah. baibai. Esok keje nak kene tido awal. Assalamualaikum!


Sekian, 

12 comments:

Syafiqah Azmi said...

Tau tak apa. Saya ni power tinggi dekat 800++.. Bila orang kata contact lens boleh jadi buta saya mmg takut. Saya kalau pakai spec memang lens tebal so memang pakai lens. Lepas bc artikel awak ni saya jadi secure sikit. Saya tertunggu screen shot awak. Thanks for the artikel..:))

Nurfatin Atikah said...

bestnyaaa, xpernah lagi g snorkeling, huhu

Miroro said...

Nak tnye, mmg boleh pakai cntact lens klu mandi laut n snorkling ye? Sbb sy nk snorkling nti tp bila tnye kt kedai optometri katanya better jgn pakai...tp klu x pakai x nampak nti. Klu pakai spec x best laa..huhu

Unknown said...

Mne nk beli nimmm

Anonymous said...

Perlu ada perlindungan mata. Klau snorkeling prlu pkai mask snorkeling. Untuk trus masuk air tanpa perlindungan bhgian mata, tidak digalakkn kalau pakai cntc lens.

Unknown said...

Awk bli dkt mne...sy snorkeling mmg xpki lens..xbrani sb ramai kata xbole..piwer 4.+++..nmpk tu mmg nmpk msa snorkeling tp xjelas sgtla kn..rugi

Unknown said...

kalau air masin tuh terkena mata, takde ap ap ke sis? atau kita acah acah swimming je kat tepi pantai tuh tak guna google tuh.. lens kat mata tuh kena air masin.. takde ap ke?? atau memang kena pakai google tuh... nk terus try without asking, saya takut.. hahahaha

Unknown said...

boleh ke buat mandi laut?? yela.. mandi laut kn takpky mata google tuh sbb main celup celup je.. ok ke lens kat mata tuh..hehehe

Nur said...

Kalau berenang dlm laut tanpa goggles ok ke pakai ni? Atau kena pakai goggles?

Anonymous said...

Xbergerak ke contct lens dalam mata mata pakai masa berenang?

Ely Norsuhaili Ali said...

Tq dear..saya baru planning nak pegi snorkeling..baru ni ada pi swimming kolam renang pakai spec je pedih nak mampuih mata ni mungkin klorin kuat kot..xtau pulak ad lens pakai buang ni..nanti nk carik la ..tq ya

siti said...

sygnya sy pegi snorkling haritu haram xnampak apa berenang2 dilautam jela tanpa spec huhu.. tq share.. next kne beli sekotak..