Kalini ibu decide nak berpantang di terengganu. Balik awal sebulan sbb nak bagi kakak hana familiar dgn family ibu nanti ibu masuk ward utk bersalin senang nk tggal.
Masuk bulan 8 ibu dah start nervous. Ibu berdoa sembahyang hajat ibu dapat beranak awal bulan 8 lepas je raya haji itu hari. Sebab kesian dekat suami nak kena berulang jauh. Kulim-terengganu. Setiap malam since masuk je bulan 8 mesti terjaga. Lepas tu terus tak boleh tidor. Cuak punya pasal.
Makin dekat dengan due, makin gelabah. Cerita dekat mak tidur dah tak lena dah sekarang ni. Debar nak bersalin. Kalau boleh taknak dah beranak kena induce. Nak bersalin normal. Sebab kita dah pernah rasa bersalin induce memang sakit meronta ronta. Tapi mak suruh doa bagi mudah urusan bersalin. Tak apa bersalin mana mana pun asal dipermudahkan semuanya. Since itu aku pun ubah doa harian.
“Semoga Allah mudahkan urusan bersalinku, dan kami dikurniakan zuriat yang sempurna sifat, sihat tubuh badan. “
12 haribulan 8 aku kena warded hospital untuk di induce. On the way berjalan ke ward rasa macam sesuatu mengalir keluar. Lendir+darah. Alhamdulillah. Lepas tu aku cepat cepat bagitahu doc. Doc cakap itu salah satu tanda bersalin. Tak apa nanti kita cek jalan petang ni lepas zohor. Kalau jalan dah buka 3cm kita tak induce. Tapi kalau belum, kita masuk ubat untuk induce.
Masa ni baru check in hospital. Boleh relax lagi main fon.
Pukul 3petang check jalan baru buka 1cm. Doc terus masukkan ubat untuk induce. Lepas tu doc suruh rest je dekat katil selama 1jam untuk bagi ubat tu react dengan baik dan tak jatuh. Pukul 4 nurse panggil untuk cek ctg jantung baby. Mase tu baby dah bergerak aktif sangat. Perut aku pun dah start mengeras dan rasa senak dekat bawah tu.
Lepas check ctg aku cepat cepat mandi prepare untuk solat asar. Sebab takot sakit makin kuat tak boleh nak sembahyang berdiri lagi. Sampai ke pukul 7 sakit makin kuat giler. Nak berjalan pun dah tak mampu. Tapi aku gagahkan jua berjalan pergi dekat nurse utk cek jalan buat kali ke-2. Check jalan baru buka 2cm. Baru 2cm.... Memang terseksa juga la batin bila tahu baru 2cm. Balik ke katil pergi tandas nak get ready solat maghrib pulak. Tapi waktu ni aku memang dah tak boleh berdiri lama. Aku solat sambil duduk atas kerusi tepi katil je sebab sakit makin kuat. Waktu solat pun aku kene berhenti berenti nak tahan sakitnya contraction.
Lepas solat aku duduk atas katil baca doa sambil bukak quran baca surah maryam perlahan lahan sambil tahan sakit contraction yang maha dasyat. Tak sempat abis aku baca sebab sakit makin kencang. Kakak suruh pergi mandi lagi sekali untuk cool kan badan sambil layan contraction. Dalam pkul 8.15malam macam tu aku pergi tandas untuk mandi. Lama jugak aku layan contaction dalam bilik air. Orang dah azan isyak baru aku keluar perlahan lahan.... start masa ni memang aku tak mampu nak hadap phone dah. Whatsapp family bertubi tubi masuk aku tak sempat nak respond.
Ingat nak terus solat isyak. Tapi sakit contraction makin mengganas. Aku duduk dulu atas katil sambil mengerang sakit sorang sorang. Sakit dia memang macam nak tercabut nyawa betul. Aku tengok jam dah pukul 9 lebih dah waktu tu. Rasa macam nak berak. Pi tandas lagi sekali sebab ingatkan nak berak. Tapi tak keluar apa pun. Mujur katil dengan tandas dekat sejengkal je. Aku hold jap tak jadi nak sembahyang sebab nak bagi contraction ni slow sikit. Kalau pikir logik akal mana mungkin contraction makin slow kan. Makin kencang adalah. Haha. Masa ni pikir apa pun macam dah tak waras. Whatsapp dari family bertalu talu masuk tanya macam mana sakit? Makin kerap ke? Selang berapa minit sakit? Masa tu aku tengok jam macam tak sampai 3minit pun dah sakit balik. Kakak whatsapp suruh pi cek jalan lagi sekali. Tapi aku tahan lagi. Sebab takut bukaan tak besar lagi. Aku hold dulu. Sampailah jam 9.30malam aku tahan sakit, tak sedar waktu tu kain aku dah penuh dengan darah. Katil apatah lagi rasanya. Lepas tu aku slow slow berjalan pergi bilik cek jalan tu lagi sekali. Dah check jalan nurse tu cakap
“Eh dah 8cm dah ni. Awak ada rasa nak berak tak??”
“Saya dari pukul 9 tadi lagi duk rasa nak berak. “
Terus kelam kabut semua nurse dekat situ.
“Awak tidur mengiring. Kepit dulu kaki tu.”
Terus diorang tolak katil masuk labour room. Ward tingkat 2. Labour room tingkat 5. Boleh bayang tak kelam kabut diorang tolak katil cemana. Aku duk risau ni sebab tak sempat nak maklum dekat sesiapa aku dah masuk labour room.
“Nurse, saya belum bagitahu suami ni.”
“Tak pe. Awak jangan risau tunggu sampai labour room dulu nanti kita contact suami awak.”
Masa tu suami aku memang dah get ready dekat surau hospital dah. Cuma dia tunggu aku maklum baru dia gerak gi labour room. Sampai labour room tu belum sempat diorang prepare kelengkapan aku dah tak tahan sangat sangat dah. Sekali teran bustttt pecah air ketuban. Kali ke dua teran kepala baby keluar.
“MasyaAllah tembamnya adik niii.”
Dengar nurse tu bising bising tgk kepala baby.
Kali ke4 teran selamat keluar adik baby Hana jam 10.02malam. Perempuan juga satu geng dengan kakak Hana. Baby girl seberat 3.875kg. Alhamdulillah. Tapi cerita bahagia tak berakhir disitu. Ada lagi part yang tak best. Kena jahit yang sangat banyak dekat bawah. Sebab aku tak tahan sangat aku tak ingat dah macam mana aku teran sampai boleh koyak rabak. Nak dekat satu jam jugak process jahit sahaja. Masuk labour room pkul 9.50malam. Baby selamat lahir pukul 10.02malam. Siap semuanya pukul 11.00malam baru aku ditolak keluar dari labour room. Suami tak sempat nak teman aku sepanjang dalam labour room. Sebab dekat hospital line very slow. Suami aku dapat tahu aku masuk labour room aku dah selamat bersalin dah.
Pukul 10.03malam baru suami dan family yang lain dapat info ku dah masuk labour room. Padahal masa tu dah selamat bersalin dah.
Sepanjang proses jahit tu memang menggelupor jugak lah walaupun dibius tapi tetap rasa macam dijahit hidup hidup. Nurse yang jaga bilik labour room sebelah tetiba masuk bilik aku.
Anak dara ibu yang ke-2. Moga jadi anak solehah ye sayang.
“Eh dah siap dah bersalin? Mudahnyaa. Baru je masuk dah nak keluar dah. Bilik sebelah yang masuk dulu tak keluar keluar lagi.”
Dalam hati tetiba rasa sebak. Betul cakap mak. Kadang kita rasa apa yang kita minta tu yang terbaik untuk kita tapi kita lupa.. Allah lebih tahu mana yang terbaik.
Kalau aku beranak normal tanpa induce aku pun tak pasti aku kuat ke tidak nak hadapi sakit contraction yang berpanjangan. Alhamdulillah. Kurang daripada 12jam selepas induce, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Kalau mak tak tegur cara doa aku tu mungkin aku pun tak pasti macam mana keadaan aku nak hadapi contraction yang berpanjangan. Alhamdulillah. Syukur ya Allah.
Lepas selesai jahit katil aku ditolak balik naik ke ward. Dekat ward jiran katil sebelah aku tengah mengerang kesakitan contraction. Tak tidur malam juga aku sebab terganggu dengan katil sebelah yang sedang berjuang contraction. kejap kejap dia tekan loceng panggil nurse sebab sakit. Kesian tengok sebab sebelum tu aku pun dah rasa sakit yang sama. Jadi aku lebih faham bila tengok para ibu yang tengah berjuang nyawa ni. Lama juga dia bertahan tahan contraction. Dari pukul 12malam sampai nak dekat orang azan subuh. Fuhhh, kalau aku dah minta nurse bagi ubat tahan sakit ni.
Alhamdulillah. Harini hari ke-20 aku berpantang. Semuanya very smooth perjalanan berpantang kalini. Adik Hana diberi nama Hasya Safiya yang bermaksud “Kesempurnaan Wanita Mulia”. Hari pertama keluar ward check kuning Hasya 75. Sepatutnya dah tak payah check dah. Tapi sebab Hasya baru berusia 2hari nurse suruh check lagi selang 2 hari. Kuning dah bawah 50 tak payah check lagi dah. Alhamdulillah. Lega sangat sangat. Dapat tahu anak dah bebas kuning seawal beberapa hari je dah mengembirakan hati seorang ibu tauuu. 🥰
Semoga para ibu yang sedang menanti detik kelahiran dipermudahkan segala urusannya. Stay positive, stay strong for our baby. 😊
No comments:
Post a Comment