Pages

Sunday, 28 August 2011

Hidup perlu diteruskan...

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi







Tatkala kami memerlukan kehadirannya.. 
Mereka pergi meninggalkan kami.. 
 Malam berganti siang... siang berganti malam..
Air mata ini menitis..Menangisi kepemergian mereka..
Adakah ini salah satu ujian bagi kami? 
Ataupun ianya sudah tersurat akan takdir yang bakal menimpa mereka?
Kami keliru Ya Allah...
Tetapi kami pasrah... Kami tahu.. setiap yang hidup pasti akan mati.. 
Setiap yang Engkau ciptakan pasti akan dihadapkan jua suatu hari nanti...









Semalam.. iaitu pada tanggal 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadan.. Kami menziarahi kubur atuk dan nenek sebelah ayah.. Sudah begitu lama kami tidak menghulurkan salam dan menghadiahkan al-fatihah beserta jantung hati AL-QURAN kepada mereka secara 'face to face'.. 


Al-fatihah..

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. 
Amin~





Sekian,

7 comments:

atien said...

Amin~..
semoga roh allahyarham dicucuri rahmat...



wowww...itu perabot baru maaa..manyak cntik..
beli saja maaa...xda la laki bini duk gaduh2 dh lepas ni kalau ada sofa bed tu..haha

Gadis berkaca mata said...

Amin...


waaa.. kamu dah macam itu ah moii maa... manyak hebat maa.. hehe.. Entah la ayah cheq ni..cheq tak berapa suka pergi kedai perabot. hehe. ^_^

kisah gadis stay up late said...

semoga mereka ditempatkan di kalangan2 org yg beriman..amin :)




"plomosi plomosi.. tilam tilam tilam.. pelabot pelabot pelabot kasi tuka balu" HHAHAAHAH :D

EyqaLuvender said...

al-fatihah buat mereka yg tlh pergi...
smoga roh mereka dicucuri rhmt Allah sentiasa.

SoLy SoLicious said...

semoga roh arwah dicucuri rahmat ilahi sentiasa :)

Gadis berkaca mata said...

@kisah gadis stay up late
amin... amboi hang.. amoi mane tersesat neh.. haha..=p

atien said...

amoi jugak tu..haha..

xkkan x suka bau kedai kot...
lalala~