Tapi perkara diatas tidak membawa sebarang makna bagi sesetengah insan seperti aku. Bagi aku LESEN itu memang WAJIB.. kerana:
1. Ia menandakan kematangan seseorang. Ia sebagai petanda bahawa aku dah cukup dewasa dan berhak menentukan hala tuju sendiri! *macam lew matang sangat. nasik pun suh mak masak.
2. Ia juga menunjukkan bahawa aku berjaya membuktikan bahawa aku ni pemandu yang sangat berwibawa dan terhebat di alam ini. *setelah berhempas pulas memandu disebelah pegawai JPJ bermisai kontot.
3. Nak tunjuk kat kawan-kawan.. Akulah hebat..Aku pun ada LESEN memandu.. P lagi tuuu!! Kau ader?? *Berlagak derr..
4. Sebagai penambah koleksi kad-kad didalam purse. *selagi tak penuh dengan kad selagi tu aku sumbat kat ketat-ketat!
5. Untuk menaikkan saham. Nanti kalau mak mertua tanya..'boleh bawak kereta tak?'... 'Boleh-boleh! Nak suruh tunjuk lesen ke?'.. kasi terlopong itu mak mertua derrr.. *gerenti duit hantaran naik seribu derr..tak pasal-pasal!
6. Penting untuk tatapan umum. Kebiasaan aku perhatikan ramai dikalangan masyarakat pada hari ini meletakkan LESEN mereka di tempat special dalam purse mereka..iaitu di poket kad lut sinar. *sebab itu lesen itu WAJIB untuk kelihatan SANTEK dan MENARIK!!! mana tahu.. kot-kot tengah nak membayar topup di 7E ada mamat hensem terpandang lesen tu terus terpikat kot. muahaha~
7. Kata orang tak kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi... tak kemana juga LESEN kalau tak tunjuk kat orang!
Waa..Pakcik hebat! ^_^ |
Lesen itu umpama KUIH SERI MUKA..
Santek untuk ditatap..Santek juga untuk dipamerkan!!! muahaha.. ^_^
Bagi orang yang segeng dengan shaye.. yang ada LESEN tapi setakat menjadi KUIH SERI MUKA.. Takpe..takpe.. kita kena sabar.. QUE HAIDAR cakap.. 'Sabar itu diibarat bawang besar.. kalau kita kupas satu persatu...lama-kelamaan hasilnya akan jadi SANTEK!'
(p/s: sejak shaye memandu disebelah pegawai JPJ dan memegang LESEN berikhtiraf P hampir 2 tahun lamanya.. shaye tak pernah sentuh mana-mana stereng untuk bersiar-siar di mana-mana jalan raya yang terdapat di MALAYSIA..)
(p/s lagi..: LESEN shaye ibarat pelengkap kepada koleksi kad-kad yang ada didalam wallet shaye...*shaye tak suka pakai purse..shaye suka pakai wallet..sebab tu orang cakap shaye macam jantan! muahaha..)
Sekian,
12 comments:
sy xde kuih seri muka...:( assshhaaneeeee
HAHAHAHAHAHAHA..lawak gila kot.
sbr la yer...senasib malang..
HAHHAHHAA...
yg pasal mak mertua dgn pak cik tu mmg sempoii kot!!terbaikk!! :DD
@soly solicious
ala..kenape xde? kat bazaar ramadhan ade banyak..=)
@atien
tulah pasal.. naseb si labu labi..HAIHHH..SEMPUT~
@kisah gadis stay up late
mak mertua manalah nak nengok lesennye.. haha=p
LESEN memandu juga lani sbg syarat untuk dapat keja.. klaw mintak keja jer, mesti majikan akan tanya ada lesen ke tak..
btw, 23.9 ni zwan nk amek lesen keta..
doakan zwan berjaya ye.. ;)
MySuaraBlog: Penyakit Makan Benda Pelik
sy labu, awk labi..hahaha
@zwan sabri.
betul ke? mmg kalau nak kerje ade lesen eyh? siyes xtau.. ni br first time dengar.. btw. gudluck nanti. JPJ bermisai kontot amat garang tuuu.. hehe
@atien
ade pulak lagu tuh.. hahaha.. labi tu comey org? =p
awak ni mcm kawan kak bui
ada lesen tp takut nk bawak kereta
haha..gambar org tua tu,lucu lah..
awak..beranikan diri ok..nnt kalau ada emegenci mcm mana..?haa...renungkanlah yer
senasib la ..huhu
yerlah..awk la labi yg comel tu..muahahaha
Post a Comment